2 minggu kemudianSABTU PETANG-Tiba lah hari di mana Naura dan Aryan menikah. Seminggu yang lepas Naura dapat menjawab SPM dengan baik.
Seorang lelaki dengan memakai baju melayu hitam berjalan menuju ke bilik Naura. Pintu bilik Naura dibuka dengan luas. Terlihat Naura yang sudah bersiap dengan baju nikah warna putih. Cantik.
"My younger sister so beautiful today." Puji Naren dengan lembut. Sejuk sahaja hati Naren memandang Naura yang tutup aurat nya dengan sempurna
Sejak kejadian itu. Naura terus berubah. Dia sudah tutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat.
"Thank you, abang Naren" Ujar Naura dengan senyuman manis. Hari ini adalah kebahagiaan dia.
"Jom turun bawah, bakal suami adik dah tunggu kat bawah" Kata Naren, dengan lembut Naren menarik pergelangan tangan Naura.
Naura mengangguk kecil, dibiarkan sahaja abang nya memimpin dia ke bawah.
Dak!
Dak!
Dak!
Dak!
Kedengaran bunyi telapak kaki menurun tangga. Semua yang berada di bawah menoleh ke arah tangga. Puan Nina tersenyum bahagia.
"Naura, mari sini duduk sebelah mami" Ujar Puan Nina lembut. Naura mengangguk kecil, dengan perlahan pergelangan tangan nya dilepaskan oleh Naren. Naura mula mendekati mami nya dan duduk bersebelahan mami nya.
"Ehem, boleh kita mulakan sekarang?" Soal Tok Kadi. Semuanya mengangguk.
"Aryan Mikael bin Harith Megat"
"Ya saya"
"Aku nikah kan dikau dengan Naura Kayla binti Nayyan Danish dengan mas kahwin sebanyak 10 ribu ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Naura Kayla binti Nayyan Danish dengan mas kahwin sebanyak 10 ribu ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah"
"Sah"
"Sah"
"Alhamdulillah" Naura mengucap syukur.
Air mata nya mula mengalir di pipi nya. Akhirnya dia sudah menjadi isteri sah kepada Aryan Mikael."Papa tengok lah anak papa, anak papa dah jadi isteri orang" Kata Naura dalam hati.
"Ryan, pergi lah ke isteri kamu, pakai kan dia cincin." Ujar Tuan Megat. Aryan mengangguk.
Aryan bangun dari duduk nya, perlahan Aryan mendekati Naura. Aryan duduk berhadapan dengan Naura, Naura hanya menunduk sedari tadi. Dia malu.
"Assalamualaikum isteri Aryan" Bisik Aryan lembut. Naura mengangkat wajah nya. Anak mata nya bertembung dengan anak mata Aryan. Tidak boleh di nafikan bagi Aryan. Anak mata Naura sungguh cantik.
"Aryan, pasang cincin ni dekat jari Naura" Kata Puan Arina sambil memberi cincin kepada Aryan.
Aryan mengangguk. Aryan mengambil cincin dari Puan Arina lalu memasangkan cincin di jari Naura.
Naura pula mengambil cincin di Puan Arina lalu memasangkan cincin di jari Aryan. Naura mengambil tangan Aryan untuk di cium. Lama Naura mencium tangan kasar suami nya. Aryan juga mencium dahi isterinya.
Setelah Aryan mencium dahi isterinya. Naura juga sudah berhenti daripada mencium tangan kasar suaminya itu. Aryan mendekatkan wajahnya di tepi telinga Naura. "You have become mine. I will not let others hurt you. Including me." Bisik Aryan. Naura tersenyum gembira.
YOU ARE READING
ARYAN MIKAEL || OG
Romance"Saya Naura Kayla bersetuju untuk kahwin dengan Aryan Mikael" Ujar Naura dengan lembut. Dia sudah berfikir panjang. "Baiklah kalau macam tu, kamu berdua akan berkahwin dalam masa 2 minggu lagi. Jadi kamu Naura masih ada masa untuk study for your SP...