Seminggu setelah kejadian di bilik mesyuarat itu, Iza semakin segan mahu bertemu dengan Rokberg. Dia takut bosnya itu akan cuba untuk mengodanya lagi. Namun bukan itu saja yang menjadi kerisauan utamanya. Yang paling ditakutikan adalah bila Iza sendiri yang tidak mahu lari bila berada dalam situasi itu nanti. Dalam masa yang sama, Iz malu kerana tidak bertingkah seperti selalunya sesuai penampilannya yang lembut dan sopan.
Keadaan ketika di bilik mesyuarat minggu lalu tidak seperti Iza yang selalunya menjaga batasnya. Seminggu itu jugalah Iza sering menyalahkan dirinya yang ternyata masih tidak berubah perihal mengawal naluri wanitanya. Mungkin juga kerana Zariq yang saat ini sudah sebulan outsation. Atau juga mungkin kerana perlakuan Hisma dan Andy yang sempat terlihat oleh Iza ketika sedang 'belayar' di depan matanya. Hingga membuat dia rindu ingin berada dalam situasi sama seperti itu. Di puaskan oleh suaminya.
'Ni rahsia mak bagi papa kamu tu sayang kat mak.' Ucap Mariani pada Iza. Satu botol jamu muda diberi pada Iza hampir setiap masa.
Kini ia juga menjadi rahsia Iza menjaga badannya hingga menampakkan dirinya yang terlihat muda dengan asetnya yang masih cukup mengiurkan.
Iza yang faham akan sifat Rokberg yang suka bermain perempuan ketika di luar waktu bekerja sedikit lega kerana bosnya itu tidak cuba mengoda dia lagi. Walaupun sempat mencium bibir seksi Iza tapi dia tidak seperti orang yang sedang 'hauskan' wanita. Cukup setakat di dalam bilik mesyuarat itu saja.
Tapi yang Iza tidak tahu adalah, malam selepas kejadian dalam bilik mesyuarat itu, Rokberg telah menempah dua wanita sekaligus untuk menemaninya. Naluri seksnya jauh lebih besar dari yang Iza boleh bayangkan. Keinginannya lebih besar. Dan sepanjang seminggu itu juga, Rokberg sendiri mulai membayangkan Iza ditakluki dan berpeluang bersama. Namun dia masih sedar dengan risikonya mendekati isteri orang. Tambah-tambah bila suaminya adalah seorang yang ganas. Dia tidak mahu hanya kerana ingin meniduri seorang wanita perniagaannya akan hancur.
...........
(Ringg.......)
Iza menerima panggilan telefon dari Rokberg.
"Bos? Aduh...." Iza mengeluh. Belum sempat pun dia membuang tentang apa yang berlaku minggu lalu. Kerana kejadian itulah dia kini sedikit gugup untuk menjawab panggilan Rokberg.
Iza harus menjawab panggilan itu. Nada Rokberg seperti biasanya apabila dia bertanya pada Iza tentang hal kerja. Saat itu juga Iza berjaya mengawal nadanya sendiri. Sehingga perbualan ringkas mereka itu seolah kejadian minggu lalu hanyalah hal biasa dan sudah terlupakan.
Iza mematikan telefon dan tersenyum sendiri. Menepuk lembut wajahnya. Merasa lucu pada fikirannya sendiri. Sebelum menjawab panggilan telefon itu tadi, Iza mengira Rokberg ingin mengajaknya bertemu tidak kiralah sama ada untuk tujuan kerja atau bukan. Ternyata dia hanya 'overthinking'. Dan seolah-olah dia tidak boleh 'move on' dengan tindakan mereka berdua sebelum ini.
'Dah la Iza... lepas ni jaga diri... fuh... Iza... Iza...' Monolog Iza dalam hati.
.............
"Akak, bos tak goda akak ke? hehe.." Kali ini Mira pula yang melontarkan pertanyaan itu.
"eh..eh.. Kalau bukan Is, Mira pula tanya macam tu?" Ucap Iza sedikit kesal. Sepertinya mereka mengira Rokberg sedang mengincar dirinya. Soal digoda itu, Iza tidak mahu membuka mulut. Kejadian 3 minggu lalu sudah berjaya dipadam oleh Iza. Rokberg ada mendatangi pejabatnya 5 hari lalu. Namun, suasananya adalah tentang perihal kerja sepenuhnya. Tidak terlihat seperti ada keintiman. Iza yang berjaya memadam kejadian 'tidak sengaja' itu turut menunjukkan profesionalnya ketika bekerja.
"Takde la kak.. Bos tu nak ada je wanita layan dia. Mira takde sebulan lebih ni entah-entah dia try staff lain. Mira tengok akak je yang bos boleh rapat pasal kerja. Siapa tahu dia menyelam sambil minum air." Ucap Mira.
YOU ARE READING
Novel Erotis - Diari Perselingkuhan 2
Fantasy"Suatu drama fantasi seks. Kisah cinta dan nafsu liar. Kisah perselingkuhan di balik layar. WARNING!! ⛔️🔞 :: Adults Content! "Usia perkahwinan Iza kini sudah lebih 8 tahun. Dengan naluri batinnya yang besar itu dia bersyukur dapat suami seperti Zar...