N A U R A M I K A E L || 6

1.3K 61 0
                                    

"Hiks.. papa.. jangan tinggalkan Ayla papa... hiks.." Racau Naura.

Aryan terbangun dari lena nya. Aryan memandang ke arah isterinya di sebelah. Kelihatan Naura sedang bermimpi buruk. Dengan perlahan Aryan membangunkan isteri nya.

"Sweetheart... Bangun.."

"Sweetheart.. ni aku.. Aryan." Kejut Aryan beberapa kali dengan lembut.

Dengan perlahan Naura membuka kelopak mata nya. Naura terus masuk ke dakapan Aryan. Teresak-esak Naura di dada suaminya.

"Shuhh..." Aryan mula berselawat di tepi telinga Naura, dengan perlahan Naura kembali tenang.

Rambut Naura yang menutupi wajah nya di selitkan tepi telinga. Naura kembali tertidur lena. Aryan membaringkan tubuh kecil isterinya dengan perlahan, takut-takut isterinya terbangun.

Jam dikerling sekilas, sudah pukul 6 pagi. Aryan terus bangun dan menuju ke bilik mandi untuk mengambil wudhu dan solat.

Selesai sahaja Aryan solat. Telefon nya yang berada di night stand di ambil. Surah Yasin di buka oleh Aryan, Aryan mula mengikuti.

Naura membuka sedikit kelopak mata nya. Naura melihat di sebelah kanan nya terdapat suaminya sedang membaca Surah Yasin.

Suara suaminya itu membuatkan Naura terbangun. Suaminya terlihat fasih dalam membaca Surah Yasin. Naura duduk dari baring nya. Naura mendengar sahaja suaminya membaca Surah Yasin.

Selesai Aryan membaca Surah Yasin. Aryan melihat ke arah isterinya yang sudah bangun.

"Baru bangun ke sweetheart?" Soal Aryan sambil melipat sejadah.

"Haah.. saya terdengar suara awak..." Meleret sahaja nada Naura.

Aryan bangun dan mendekati Naura di atas katil. "Sweetheart senggugut lagi tak?" Tanya Aryan lembut sambil mengusap lembut pipi isterinya. Comel lah isteri dia ni!

"Buat masa sekarang tak ada." Naura mula melentokkan kepalanya ke dada suaminya. Bau perfume suaminya membuatkan dia nak berkepit dengan suaminya sahaja. Wangi!

"Wangi lah awak ni.."

"Hm? Wangi ke sweetheart? Aku tak mandi lagi lah"

"Awak tak mandi ke, dah mandi ke, berpeluh ke, tetap wangi"

"Ya lah sweetheart.." Aryan mengalah, kalau dia sambung pun, tak ada guna nya.

"Awak"

"Hm?"

"Kalau saya panggil Kael boleh tak awak? Dengan perlahan Naura memandang suaminya. Posisi Naura masih sama hanya wajah nya sahaja yang bergerak.

Aryan memandang ke bawah, mata mereka bertembung. Tangan Aryan mula menyentuh wajah isterinya, di lihat dengan teliti oleh Aryan. Terukir senyuman Aryan sehingga menampakkan lesung pipitnya.

Naura tersenyum, baru pertama kali ini dia melihat suaminya senyum sampai nampak lesung pipit. Comel.

"Boleh je sweetheart.. aku tak akan marah kau kalau kau panggil aku guna second name aku."

"Kalau kau panggil aku abang, lagi aku suka." Aryan senyum senget.

"Abang? Bukan tu panggilan untuk abang kandung ke?" Wajah Naura yang tersenyum tadi, bertukar kepada wajah blur.

Aryan menggelengkan kepalanya. Isteri nya ni buat-buat tak tahu ke macam mana.

"Try call me abang, sweetheart. I know sweetheart tahu but saja nak mengelak kan?" Teka Aryan. Saja nak mengusik isteri nya.

"Mana ada!" Tipu Naura.

"Sweetheart.." Meleret nada Aryan. Naura meremang seluruh badan. Seram pula suami nya ini.

ARYAN MIKAEL || OGWhere stories live. Discover now