Broom!!
Broom!!
Kereta Aryan mula memasuki perkarangan rumah Tuan Megat. Kereta di parkir kan di depan rumah Tuan Megat.
Aryan memandang di seat sebelah nya. Naura terlihat comel apabila tengah tidur. Rasa nak gomol je pipi tembam isteri nya tu.
Aryan keluar daripada perut kereta nya. Pintu kereta belah isterinya di buka perlahan. Takut-takut isteri nya terjaga.
"Luqman, sini" Aryan memanggil salah satu anak buah nya yang berdekatan di situ.
"Ya Tuan Muda"
"Kau ambil barang dekat belakang kereta, nanti kau letak je dekat depan pintu bilik aku. Ha lagi satu, nanti kau masuk bilik kerja aku." Pinta Aryan. Luqman mengangguk.
Dengan perlahan Aryan mengangkat tubuh kecil isterinya dan membawa ke dalam rumah. Tingkat 3 di tuju.
Perlahan Aryan meletakkan tubuh kecil isterinya di atas katil. Tudung yang masih di pakai isterinya di buka dengan perlahan. Tangan besar Aryan mula menyentuh pipi isterinya. Comel lah isteri dia ni!
Aryan dengan pantas keluar dari bilik tidur mereka. Bilik kerja di tuju. Buka sahaja pintu. Terlihat tubuh Luqman yang sudah lama berada di dalam bilik kerja nya. Aryan mula melangkah ke arah meja nya.
"Sejak bila kau buat adik aku tergila-gila dengan kau?" Soal Aryan tegas. Luqman sedikit terkejut dengan pertanyaan Tuan Mudanya.
"Errr" Tengkuk nya yang tidak gatal di gosok perlahan. Apa nak jawab apa ni.
"Hm?"
"Saya tak berapa ingat Tuan Muda.. maaf." Jujur Luqman. Dia memang tidak berapa ingat pasal itu.
"Sure?"
"Err.. s-sure-"
"HI EPERYBODY!! CIK AIRIN DAH BALIK--" Terus Airin menekup mulut nya apabila melihat tubuh Luqman berada di dalam bilik kerja abang nya. OMG! Abe kito dah mai lah!!
"Mana adab kau? Memang mulut tu dah penuh dengan emas ke? Bagi salam tak akan tak reti?" Tegas Aryan menegur adiknya.
"Nyenyenyenye" Airin kemudian tersenyum manis memandang ke arah Luqman. Ada abe kito nih!
"Mulut dah lah macam makcik bawang. Ada hati nak try anak buah aku"
"Mulur dah lah macam makcik bawrang. Ada hati nak try anak buah aku" Airin meniru gaya abang nya.
DUSH!!
Tepat sasaran Aryan. Bantal itu terkena tepat di wajah Airin. Luqman yang berada di situ menahan ketawa nya daripada meletus. Mampus kalau aku ketawa.
"Tepat sasaran aku" Kata Aryan dengan bangga.
"Ihh! benci lah aku dengan kau ni abang!" Terus Airin berlari anak keluar daripada ruangan itu.
"Dah besar pun perangai macam budak. Ni kalau kau Luqman kahwin dengan budak tu, naye hidup kau" Pasrah Aryan.
Tergelak kecil Luqman mendengar perkataan Tuan Mudanya. Habis lah kau Luqman.
"Tak silap aku Airin ada tanya kau, tentang kau nak kahwin dengan dia atau tak. So kau terima ke?" Tanya Aryan lagi yang membuatkan Luqman berhenti daripada ketawanya. Aduh!
"Kalau saya terima, Tuan Muda akan izinkan ke?" Tanya Luqman pula.
"Aku terima je. Itu life dia. Dia berhak mendapatkan kebahagiaan dia sendiri. Aku akan turun tangan apabila ada yang cuba cederakan Airin."
YOU ARE READING
ARYAN MIKAEL || OG
Romance"Saya Naura Kayla bersetuju untuk kahwin dengan Aryan Mikael" Ujar Naura dengan lembut. Dia sudah berfikir panjang. "Baiklah kalau macam tu, kamu berdua akan berkahwin dalam masa 2 minggu lagi. Jadi kamu Naura masih ada masa untuk study for your SP...