Chapter 9

833 24 0
                                    

Jari Aeden bermain-main di atas meja kerjanya. Hari ini dia mendapat panggilan dari mamanya bahawa Emerlyn ingin menemuinya. Setelah 3 tahun dia menjaga Emerlyn hanya dari kejauhan dan sekarang Emerlyn ingin menemuinya.

Hati Aeden girang memikirkan bahawa pinangannya akan diterima oleh Emerlyn. Meskipun buat kali ke-2.

"Aku janji aku akan bertanggungjawab. Kita kahwin nak?" ujar Aeden menenangkan Emerlyn yang menangis teresak-esak.

Emerlyn memandang sayu wajah Aeden. Sejak kejadian Izkandar berlaku curang dengannya, hubungan mereka menjadi lebih dekat. Cuma Emerlyn masih jijik dengan dirinya.

"Aku yakin kita tak buat apa pun malam tu. Kalau kau betul virgin mesti ada darah kat atas katil malam tu."ujar Aeden lagi.

"Awak nak cakap saya dah tak virgin ke?!"suara Emerlyn mula berubah. Apa maksud daripada ucapan Aeden sebentar tadi.

"Maksud aku kau masih virgin faham?" Emerlyn terangguk-angguk macam burung belatuk.

"About the proposal..."Emerlyn tidak menghabiskan ayatnya.

"Ye aku serious. Hujung minggu ni aku akan masuk minang kau. Hubungan kita bukan atas dasar cinta jadi kau jangan berharap lebih dekat aku. Aku tak pasti aku boleh bahagiakan kau. Yang aku tahu aku takkan sakitkan hati kau lagi." Emerlyn terkedut dengan tutur bicara Aeden. Dia bersyukur kerana Aeden mahu bertanggungjawab.

"Thank you."ucap Emerlyn ikhlas dengan senyuman.

Jantung Aeden berdetak kencang melihat senyuman gadis itu. Benar dia pernah suka terhadap Emerlyn. Tapi itu dulu! Zaman cinta monyet.

"Hmm." Aeden membalas kemudian keluar dari ruangan pejabat Emerlyn. Entah kenapa detakkan jantungnya selalu tak normal bila berada dekat dengan Emerlyn. Adakah karna dia mula sayang dengan Emerlyn? Atau hanya kasihan semata-mata? Kepalanya serabut memikirkan semua masalah yang datang.

     "Hoi!" Eriq memampar kasar bahu Aeden. Hilang sudah layar yang bermain di minda sebentar tadi.

     "Apa hoi hoi? Salam mana?"soal Aeden. Bila pula mangkuk ni balik Malaysia?

     "Aik dengan setan pun nak kene bagi salam ke?"seloroh Eriq. Aeden menumbuk perut Eriq. Sekadar gurauan.

      "Bila kau nak terus terang dengan adik aku masalah tiga tahun lepas?"soal Eriq sambil berpeluk tubuh. Dia rasa kasihan akan sahabatnya kerana telah dibenci oleh adiknya. Dia sayang Emerlyn tetapi Aeden adalah rakan baiknya.

"Tunggu waktu yang sesuai bro. Bukan senang Lyn nak terima aku semula. Lagipun aku tipu dia semua pasal keluarga aku bro." Aeden menyesal atas apa yang telah dilakukan 3 tahun dulu. Meski nadanya mendatar tetapi getaran di jiwanya hanya tuhan yang tahu.

Benar! Punca kejadian 3 tahun lepas telah terungkap semua. Dan Aeden sangat kecewa! Kepercayaan dia terhadap orang di musnahkan begitu sahaja. Dia yang sekarang tersangat lah berbeza dengan Aeden Rizky 3 tahun lepas.

"Apa-apa pun bersabar lah bro. Aku tahu maksud disebalik kelembutan Emerlyn nak terima kau. Hati-hati bro. Walaupun dia adik aku,kau sahabat aku juga. Tegur dia kalau dia salah. Malam ni jumpa kat mantion."ujar Eriq panjang lebar sebelum pamit.

"Mi dispiace amore mio.(I'm sorry my love.)" ucap Aeden perlahan sambil mengelus gambar Emerlyn.

     "Weyh! Bila kau balik KL semula?"soal Rina sambil mencuci pinggan kotor di dapur.

     "Malam ni."jawab Emerlyn ringkas. Tangannya lincah membersihkan kotoran di atas meja.

     "Ma...malam ni?!"teriak Rina terkejut. Gila betul lah Emerlyn ni. Tiga hari lepas dia tiba-tiba muncul. Sekarang tiba-tiba balik pula!

     "Yer Cik Rina. Esok saya ada date dengan future husband sayaaa."jawab Emerlyn meleret. Suka dia mengenakan Rina. Terkekeh- kekeh dia mentertawakan wajah Rina yang seperti cicak tertelan kapur.

     "Lama-lama aku mati katak lah Lyn. Kau datang mengejut, nak balik pun mengejut! Tup-tup kata ada date pula dengan bakal suami."ujar Rina sambil meneruskan basuhannya.

     "Lelaki malang mana yang jadi suami kau tu?"soal Rina setelah siap mengerjakan kerjanya.

    "Asal mati katak pula? And apasal lelaki tu malang sebab kahwin dengan aku? Eh hello Cik Rina Awliyah, bestie awak ni anak Dato' tau! Cantik dan comel pula tu! Mana nak dapat pakej lengkap macam ni?"soal Emerlyn dengan bangganya menglibaskan rambutnya ke belakang.

     "Yelah! Buat apa aku mati untuk kau. Dah lah nak kahwin tak bagitahu member. Eh Cik Emerlyn Rayhana, hidung pesek awak tu jangan nak tinggi sangat boleh tak? Isi bakul angkat sendiri lah awak ni!"jawab Rina geli.

    Emerlyn meraba-raba hidung nya. Aik,sejak bila hidung aku pesek? Selalunya mancung aje. Apa pasal pesek tiba-tiba?

     "Pesek ke weyh?"soal Emerlyn. Tak lama kemudian pecah tawa mereka menggegarkan rumah double story milik Rina.

TBC

¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn RayhanaWhere stories live. Discover now