Leo ketawa mengekek-ngekek mendengar Maria menjerit dan meraung kesakitan. Dia sendiri tidak ingat sebenarnya berapa hari dia menyeksa gadis itu kerana dia sendiri kadang-kadang hanyut dengan arak dan kokainnya. Jikalau Puan Laurent tidak datang tadi, dia sendiri koma dalam sedar barangkali.
Pistol hitam yang digenggam kemas itu diketuk beberapa kali di dahinya. Air mata dan hingus yang meleleh di seka dengan tangannya. Leo bangkit dan duduk di kerusi kayu menghadap television. Dia cuba mencari siaran lain kalau ada lagi berita pasal kehilangan Maria. Nada...~
Berita terbaru yang dia dengar tadi hanyalah tentang kematian pemandu peribadi Maria dan Agnes yang baru sedar dari koma. Jika adiknya itu sudah sedar bermakna hanya waktu dan tika saja yang kabin mereka akan diserbu. Leo mengeluh berat. Tidak banyak yang dia fikirkan sebenarnya; hanya dua. Bunuh atau biarkan hidup. Itu saja. Apa saja keputusan yang di buat, impak buatnya juga sama. Mati!
Laungan Maria di bilik sebelah terasa bingit berdesing pada gegendang telinganya. Dia berpaling dan merenung muka pintu yang tertutup rapat namun tidak berkunci. Tiada sebarang keperluan untuk di kunci. Maria pun tidak boleh bangun. Malahan kalau tidak dibius pun, gadis itu tidak mampu untuk menggerakkan kakinya.
Ha ha ha ha ha ha!!!!
Pintu bilik ditolak dan dia bersandar di sisi pintu sambil ketawa. Matanya mengamati sekujur tubuh gadis yang lemah dan berlumuran darah. Kakinya patah pada tulang keting. Tangan kirinya juga patah. Seluruh tubuhnya lebam dan calar balar. Malah terdapat kesan toreh dan hiris pada tangan tubuhnya. Di tambah pula dengan kesan cucuh rokok yang entah berapa banyaknya. Wajah Maria juga kotor dengan kesan darah yang lama dan baru.
"You know what..." Leo berjalan mendekati Maria sambil, menuang serbuk putih ke belakang tapak tangan lalu menyedut dengan hidungnya.
Maria menangis teresak-esak. Sakit yang di rasakan itu bukan kepalang. Seluruh tubuhnya seakan diganyak diganyang tanpa sebarang ehsan. "Help me Leo.... please..." Suaranya tersekat. "Please... Leo. Please...."
Lelaki itu menggeleng kepalanya laju lalu mengetuk sisi kepalanya beberapa kali. "No! No! No!" Dia menghala pistol di tangan ke arah Maria. "This is all your father fault! All his fault! He should be lying there. Not you Maria.... Not you!"
Maria keliru. Apa sebenarnya yang terjadi? Apa yang papa buat sampai tega hati seorang lelaki yang baik pada fikiran gadis sunti itu sehingga kejam sekali dia. Sanggup buat semua ini.
"Leo...."
"No!" Bentaknya. "No Maria!" Dia menggenggam kuat pistol model Beretta '92. Bila-bila masa sahaja sebenaranya dia ingin menembak gadis di hadapannya. Bayang lelaki tua yang mati kerana jahatnya seorang lelaki lain yang tamak dengan wang ringgit seakan hidup di hadapan matanya.Leo terduduk berlutut sambil menangis teresak. Di panggil, "Papa... papa...." Dalam esak tangisnya. Saat itu hanya ada perasaan marah pada orang tua Maria dan, rindunya yang mendalam pada papanya yang telah meninggal dunia.
Maria cuba menguatkan diri. Dalam fikirannya dia cuba untuk memujuk Leo. Dia tahu lelaki itu baik sebenarnya. Dia tak percaya yang Leo sekejam itu. Dia juga tidak percaya yang Raja Alaudin Syah adalah punca segalanya. Namun, baru sahaja dia ingin bersuara Leo tiba-tiba berdiri dan menghalakan kembali pistol ke arahnya.
"Forgive me."
Bang!
Satu das tembakan dilepaskan tepat pada bahu Maria. Gadis itu terdiam tidak mampu bersuara. Darah mula mengalir.Bang!
Satu das lagi tepat pada dada kanannya. Maria kaku. Kelopak matanya terkebil-kebil.Bang!
Itulah perkara terakhir yang dia dengar sebelum dunianya gelap.Gelap-segelapnya. Tiada satu titik cahaya pun yang menemaninya. Yang dia ingat hanya suara entah siapa-siapa. Yang dia ingat hanya rasa sakit yang tidak mampu dia ungkapkan dengan kata-kata. Kadang-kadang seakan samar sahaja cahaya yang datang namun beberapa saat dia menjadi kelam kembali.
Aku dah mati ke?
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...