Aisy termenung di sebalik jendela di biliknya,entah mengapa dia terasa penat dengan semua ni..Malah dia banyak memikirkan tentang hubungannya dengan luth yang semakin renggang..Sejak kejadian tempoh hari luth sudah tidak menjenguk aisy lagi .Bila di tanya soal luth pada yang lain ada yang cakap luth busy menyiapkan persiapan kahwinnya dengan suhaila.
Sakit? sangat sakit.
Cincin di jari manisnya di belek,entah mengapa cincin itu sekarang tiada makna buatnya.Selepas puas menilik cincin di jarinya dia terus mencabut cincin itu dan diletakkan di dalam laci mejanya.
" Aisy...sorry kalau akak ganggu..teman akak keluar nak tak ? " ajak vina sambil menghampiri aisy yang termenung itu
" ha ? nak pergi mana ? " soalnya
" ermm teman akak cari barang kahwin.." bisik vina
"barang kahwin?? siapa punya ? " soalnya dengan hairan
tak kan lah yang luth punya an? tapi yang nak kahwin luth tak kan aku kena beli pula ? getusnya di dalam hati
" akak punyaa laa.." jawab vina sambil mengeyitkan matanya
" ha? seriuss laa !! akak dan luwis ?? " soalnya dengan teruja
" iyaa lah..dengan luwis laa tak kan dengan aidan pula ...mampus akak nanti kena tembak dengan luwis " gurau vina sambil ketawa kecil
" yeayy... akak tunggu sekejap..aisy nak siap siap " balasnya dengan riang sambil berlari menuju ke dalam tandas
Vina hanya mengelengkan kepalanya melihat telatah aisy..dah isteri orang kadang perangai macam budak budak
" arrhh...peningnyaa kepala.." adunya sambil menekan kepalanya berdenyut denyut
Suhaila memerhati segenap ruang yang diduduki olehnya..Melihat ruang yang berselerak itu membuatkannya tiba tiba dihuni dengan rasa takut
" aku..dekat mana ni ?? tolong !! " jeritnya sambil berusaha memulas tombol pintu yang berkunci itu
" buka laa bodoh !! siapa yang berani buat aku macam ni haa ?! " jeritnya sekuat hati
Tiba tiba pintu itu terbuka luas melihat gerangan yang berjaya membukakan pintu untuknya membuatkan suhaila tersenyum lebar
" abang luthfi...ilaa takut.."jeritnya kecil sambil memeluk tubuh tegap itu
Luth menolak suhaila sekuat hati hingga membuatkan belakang badannya terlanggar dengan dinding
" auchh ! "
" kau jangan nak peluk peluk aku..jijik tahu tak !! " kata luth dengan sinis sambil mengibas bajunya
" abang..kenapa cakap macam tu dekat ila..abang tak sayang ila ke ? " soalnya dengan wajah sedih
" sayang ? sayang aku hanya untuk aisy medina sahaja... jadi kau tak payah berangan yang aku akan sayang kau macam mana aku sayang isteri aku..Cukuplah aisy yang jadi bidadari aku " balas luth sambil memeluk tubuh melihat suhaila yang merenungnya
" jadi..selama ni..abang tipu ila? "
"yess !! kau ingat kau sorang je boleh tipu aku ? hey ! aku tak bodoh macam kau laa betina..Kau ingat aku tak tahu yang kau skandel jacob? " Dengar sahaja apa yang di katakan oleh lelaki itu membuatkan dia mengigil ketakutan
" apa yang abang mengarut ni ?? ila..tak ada kaitan dengan hal tu semua !! ila betul betul sayangkan abang luthfi..pleasee abang..percayakan ilaa.." rayu suhaila sambil memaut kaki luth
YOU ARE READING
THE DEVIL BLOOD'S (COMPLETED)
ActionDah COMPLETE tapi maybe banyak kesalahan yang ada jadi proses pengeditan tu mungkin mengambil masa.Apa apa un selamat membaca ye semua sebelum saya unpublish untuk proses pengeditan. LUTHFI UWAIS -Seorang lelaki yang berwajah bengis dan kejam,panas...