PC 24

412 4 0
                                    

Rutin harianya adalah keluar rumah seawal jam 7 pagi bagi menempuh kesesakan ibu kota dan tatkala matahari sudah terbenam senja barulah dia sampai ke muka pintu rumah. itulah kehidupan lelaki pertengahan umur bernama Hafiz. Dirinya cuma mengabdikan pada pekerjaan mencari nafkah dan juga keluarganya. Hafiz bukanlah seorang yang suka melepak atau punya kehidupan malam mahupun hujung minggu seperti lelaki bujang walaupun dia sendiri seolah lelaki bujang biarpun sudah berumah tangga hampir 10 tahun lamanya. 

ditempat kerja Hafiz banyak mendiamkan diri sementelah suasana alam pekerjaannya juga menuntut supaya tidak berbuat bising. Tugasnya memastikan semua peralatan dan peranti digital serta koleksi journal, media, majalah, arkib suara dan video serta akses internet berfungsi dengan baik supaya para pengguna terutama pelajar diinstitusi dia berkhidmat dapat menggunakan semua kemudahan tersebut dengan lancar. 

selain itu Hafiz juga bertanggungjawab memantau aliran trafik pengguna internet terutama dibahagian makmal komputer. ramai pengguna tidak menyedari bahawa segala akses ke internet melalui makmal dipantau oleh Hafiz. kebiasaanya Hafiz akan menghalang akses kepada laman web tertentu yang berpotensi untuk memberi ancaman dan bahaya kepada pengguna mahupun peralatan digital perpustakaan seperti laman web judi online, lucah dan lain-lain. Namun tidak kesemua laman web itu diketahui Hafiz, masih banyak laman web seperti itu diluar pengetahuan Hafiz dan terbuka kepada sesiapa sahaja untuk dilawati.

telah lama hafiz memerhati dan meninjau aktivti sebuah komputer dimakmal jagaannya. komputer yang sama sering menziarahi laman-laman web berunsur lucah. ini bukanlah yang pertama kali, sudah beratus kali dia melihat aktiviti pelajar-pelajar diuniversiti itu mengakses laman sebegitu menggunakan internet perpustakaan. namun kali ini berbeza, hafiz sangat tertarik dengan cache yang ditinggalkan oleh seorang pengguna komputer disitu. 

Dua bulan berlalu, Hafiz masih mencuba menjejaki siapakah gerangan yang sering menggunakan pc ber IP kan ******.  Berbagai jenis manusia silih berganti namun tiada satu pun yang menunjukan ciri-ciri seorang pengguna yang dicari Hafiz sehingga pada suatu malam jam menghampir 9.30 malam, Hafiz yang ketika itu bertugas lewat malam terperasan dua susuk tubuh yang masih menggunakan komputer maklmal. matanya pantas menangkap gerangan lelaki yang asyik dengan tugasnya dihadapan skrin komputer. lelaki ini memenuhi kriteria yang difikirkan Hafiz sebagai pengguna tegar pc yang sering membawa kepada laman web berunsurkan seksual.  Hafiz kembali ke biliknya. Hafiz memulakan komunikasi dalaman antara komputer-komputer makmal menggunakan kuasa admin yang ada pada ibu komputer dibiliknya. messenger yang terbina dalam komputer makmal adalah medium komunikasi antara pentadbir/penjaga makmal dan para pengguna bagi menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. Hafiz akhirnya lega kerana berjaya menjejaki siapakah gerangan disebalik pengguna pc 24 yang dicari selama ini.

Bersambung....

Disclaimer: kisah yang dipaparkan adalah fantasi semata-mata tidak ada kaitan dengan mana-mana individu, watak, tempat mahupun bangsa dan agama.

PC24Where stories live. Discover now