Bab 1

532 30 1
                                    

TANGAN kanan Haania memegang erat tangan kecil milik kanak-kanak yang berumur tujuh tahun itu. Sekali-sekala Haania perasan yang kepala gadis yang rambutnya diikat kuda itu sedang memandangnya.

"Ye sayang, kenapa?" Haania mula mencangkung, agar ketinggiannya sama dengan kanak-kanak perempuan yang bernama Dalily itu.

"Bila mama nak sampai?" tanya Dalily polos. Nampak sangat dah bosan menunggu. Haania tayang senyum tips.

"Sekejap lagi mama Lily sampai la ye? Tadi mama Lily bagitahu yang mama sampai lambat sikit," beritahu Haania lembut. Dalily hanya mengangguk lalu pandangan kembali terarah ke hadapan. Mata Haania meliar memandang kawasan sekolah rendah yang bingit dengan suara para pelajar yang sedang berlari pulang.

Ada yang duduk diam tunggu di bawah pondok yang disediakan. Ada juga yang sibuk bermain tiang bersama rakan-rakan sambil menunggu diri dijemput. Telatah para pelajar di sekolah rendah di mana tempat dia bekerja, sedikit sebanyak mencuit hatinya.

"Mama!" Dalily melepaskan tangan Haania lantas berlari apabila mata bundar gadis kecil itu menangkap susuk tubuh si ibu. Tersenyum lebar jadinya apabila Dalily kini sudah selamat tiba di dalam pelukan si ibu. Senyuman dilayangkan sekali lagi apabila mama Dalily turut menghadiahkan kepadanya senyuman sebagai tanda terima kasih. Apabila kelibat dua beranak itu hilang, Haania melangkah masuk menuju ke bilik guru.

Bukan setakat di luar sahaja riuh, ruang di dalam bilik guru itu juga turut dipenuhi dengan suara hiruk pikuk para cikgu berbual rancak yang membuatkan Haania sendiri tertanya-tanya. Apa yang rancak sangat tu?

"Katanya guru besar nak buat family day!" Cikgu bernama Aini bersuara.

"Family day?" Cikgu Yana pula bercakap.

"Ye! Tapi kalini kita boleh bawak tok laki apa semua tu, hm lagi rancak la jadinya! Bukannya buat dekat tempat biasa-biasa, dekat resort tau!"

"Uish, banyak duit guru besar tahun ni..."

"Iya, sebab ada parents yang sumbang duit untuk sekolah kita ni katanya. Bukan sikit, dalam seratus ribu ringgit jugak lah." Rancak sekali Cikgu Aini bercerita, tangan pun turut main peranan dengan bergerak sana sini yang membuatkan Haania terhibur.

Cikgu cikgu bila dah ada masa nak berborak, gosip bagai, kemain rancak! Sampai dia sendiri pun kadang-kadang tertarik nak dengar sebab ada hari tea yang diorang bawak tu kemain panas!

Apa-apa pun, seratus ribu ringgit? Mak ayah siapa yang kaya sangat sampai sumbang sejumlah wang yang besar kepada sekolah mereka ini?

"Seratus ribu ringgit? Kaya betul! Mak bapak budak kelas mana tu?" Cikgu Wahida pula menyampuk.

"Tak tahu la Wahida oi, yang penting tak sabaq la aku nak pi, nak bawak tok laki anak apa semua. Depa pun dah complain kata asyik duduk rumah ja. Padahal depa tak tau yang mak depa ni duk pong-pang, pong-pang dekat sekolah, nak berjalan pi kot mana hala bila? (nak berjalan pergi mana bila?)."Cikgu Aini menggelengkan kepalanya. Wanita itu mengalihkan perhatian ke arah Haania apabila melihat gadis tersebut sedang berjalan menuju ke meja sendiri.

"Eh Nia! Pergi tak family day nanti?" tanya Cikgu Aini. Haania mula datang mendekat.

"Family day? Bila tu?"

"Bulan depan katanya..."

Haania diam untuk seketika. Kalau dia pergi pun, dia pergi seorang sahaja. Bukannya bawak siapa-siapa.

"Tak tahu la cikgu...." Haania sengih.

"Ish, awat pulak hang tak tau? Best tau kalini punya family day. Kalau hang nak tau, sebelum-sebelum ni, mana ada benda-benda laguni (macam ni). Kalau ada pun, buat dekat-dekat ni ja. Tak dak sampai resort bagai!" Bersungguh Cikgu Aini cerita, sampai dah keluar loghat Kedahnya.

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now