Chapter 11

803 23 0
                                    

"Hi Aeden. Long time no see." Irine melabuhkan punggung di sebelah Aeden. Muka Emerlyn jelas menunjukkan dia tidak selesa dengan kehadiran Iris.

"Tu lah! Lama tak jumpa pon perangai tetap sama."ujar Aeden mendatar. Dia berpindah tempat duduk sebelahan dengan Emerlyn.

"Kenapa dengan perangai I? Cute eh?" Emerlyn buat-buat lagak seperti mahu muntah mendengar Irine puji diri sendiri.

"Tak. Macam ahli neraka!"sembur Aeden. Emerlyn sudah tersengih bahagia. Padan muka. Miang! Heh ni Sir Aeden Rizky lah! Bakal suami Emerlyn Rayhana kot.

"You ni Aeden! Benci lah I macam ni."ujar Irine konon-kononnya merajuk. Bibir turut dimuncungkan. Namun mereka disitu hanya diam seakan dia tidak wujud di situ.

     "Hmm kedatangan I kat sini macam tak di alukan je."kata Irine seakan berjauh hati.

    Emerlyn sudah naik meluat dengan lakonan Irine yang dari tadi mencari perhatian Aeden. Memang sangat tak dialukan pon!

"Dah tu? Tak reti lagi nak berambus ke?Aku tak ada masa nak pujuk orang OKK merajuk."soal Aeden mendatar sambil melirik ke telefon pintarnya. Padahal tiada apa yang menarik pun.Dahi Irine berkerut. Apa maksud Aeden? OKU?

"You...you halau I Aeden? What is OKK means?"soal Irine sambil jari telunjuk menunding dirinya.

"Ohh,OKK means Orang Kurang Kasih sayang. And ofcourse dia halau you.Takkan dia nak halau future wife dia pula kan? Dah lah datang tak diundang. Sebuk je ganggu romantic hour I dengan Aeden."balas Emerlyn. Tangannya merangkul lengan sasa Aeden sambil kepala dilentokkan di atas bahu Aeden. Sengaja perkataan future wife di tekankan.

Aeden tersenyum sinis. Emerlyn masih sama seperti dulu. Mulut berbisa dan pandai menyakitkan hati orang dengan ayat savagenya

Irine memandang Aeden seakan tak percaya. Aeden sangat anti dengan perempuan lepas dia memeluk Islam tapi gadis di hadapannya ini senang-senang saja peluk Aeden. Dan...Aeden tak menepis? What is happening?

     "She...she is your fiance?" Irine mahu mendapatkan kepastian.

     "Yes she is. Bulan depan majlis reseption kitorang jangan lupa datang."balas Aeden sambil mengusap kepala Emerlyn. Emerlyn tersenyum paksa tatkala Aeden mengelus kepalanya. Habis rosak rambut aku!

Irine bangun dan bereda dalam rasa tidak puas hati dengan pasangan sejoli. Manakan tidak? Aeden sentuh dia pun tak mahu. Pernah dulu dia dengar Aeden tak jadi kahwin. Puas dia dia cuba korek rahsia mengenai pengantin tak jadi tersebut. Namun semua seperti disimpan rapi.

"Hishh jangan sentuh sentuh lah!" Emerlyn menjauh dari Aeden saat kelibat Irine hilang dari pandangan.

    Terkulat Emerlyn menjauhkan diri dari Aeden. Gedupan jantungnya semakin mengila semasa Aeden mengelus lembut kepalanya tadi. Kau pun satu Emerlyn! Yang pergi peluk tangan anak teruna orang sesuka hati tu siapa suruh?! Gatal!

     Muka Emerlyn merona merah akibat malu dengan tindakan melulunya sebentar tadi. Rasa macam nak tanam diri sendiri je.

Aeden tersenyum sinis melihat wajah malu malu Emerlyn. Rasanya tadi macam Emerlyn yang bertindak berani mati sangat. Sekarang malu malu pula? Dia menarik kerusi Emerlyn mendekatinya kembali. Jarak mereka kini sangat dekat.

Jantung Emerlyn berdegup kencang. Aeden mendekatkan wajahnya di hadapan wajah Emerlyn dengan senyuman yang sukar di tafsirkan. Mula timbul rasa menyesal dalam hati Emerlyn.

     "O...orang tengok lah Aeden!"tegur Emerlyn tidak selesa menjadi halwa mata orang yang turut berada di cafe itu. Sudahlah jarak mereka sangat dekat ketika ini.Mummy tolongggg!

"Weekend kita pergi fitting baju ye future wife." Aeden sengaja menekan kan perkataan future wife memulang kan paku buah keras kepada Emerlyn.

Wajah Emerlyn merona merah. Terasa seram pula bila Aeden menutur perkataan tersebut. Terangguk-anguk kepalanya kemudian bergegas bangun dari tempat duduk.

"Sa...saya balik dulu lah. Nan...nanti abang Eriq tunggu lama pulak."pamit Emerlyn. Aeden menganguk kecil dan menghirup airnya tanpa rasa bersalah. Lucu wajah Emerlyn yang malu-malu begitu.

    Tak rasa awal sangat ke minggu depan kahwin Emerlyn?! Ya Allah...lepas tu kau boleh pula nak balik time time macam ni. Ah lantak lah! Janji jauh dari Aeden dulu. Kalau tak, mahu berenang peluh orang dalam cafe ni nanti karang.

     Tanpa menunggu lama, Emerlyn mencapai tas tangannya kemudia beredar pergi. Aeden tersenyum menang. Emerlyn tidak menolak bila dia mengatakan bahawa mereka akan menikah minggu depan. Orang kata diam tanda setuju! Yahuuu!

     "See you later neonata."ucap Aeden separuh berbisik namun masih bisa didengari oleh Emerlyn.

    Emerlyn tidak membalas, tapi dalam hati rasa bahagia kerana Aeden tidak pernah lupakan dia.

TBC

¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn RayhanaWhere stories live. Discover now