‧₊˚🖇️✩ : 26

597 62 3
                                    

KAKINYA diatur satu per satu ke arah butik milik seseorang. Hari ini, dia sudah nekad bahawa dia mahu bertentang mata menyelesaikan masalah yang pada dasarnya bukan masalahnya. Setelah berjalan beberapa langkah, dia akhirnya berdiri betul-betul di hadapan butik gadis itu. Daun pintu kedai ditolaknya dari luar.

"Hai, selamat datang. Cik nak cari baju apa ya?" sapa seseorang kepadanya sambil tersenyum, menayangkan sebaris gigi yang cantik tersusun rapat.

Falia masih lagi dengan riak seriusnya. Senyuman yang ditunjukkan kepadanya langsung tidak membuatkan hatinya sejuk, malah makin berapi.

Mana hatinya tidak panas, awal-awal pagi lagi dia sudah menerima satu lagi mesej ugutan daripada pengguna media sosial yang lain. Bahkan, ada yang turut menghantar mesej melalui nombor peribadinya. Gila bukan? Pelaku langsung tak ada rasa simpati terhadapnya.

Siapa sahaja yang selesa hidup dalam ugutan daripada orang yang langsung kita tidak kenali? Memanglah dia boleh mengabaikan sahaja mesej-mesej tersebut, namun siapa punca sebenar kepada masalah yang ditanggung olehnya ini? Jika bukan kerana gadis itu, hidupnya pasti masih aman damai sekarang.

Sakit hatinya apabila privasinya dicerobohi oleh orang luar sesuka hati. Sebab itulah dia tidak suka hidup dalam populariti. Padanya, hidup tanpa nama yang langsung tidak dikenali oleh orang luar lebih aman. Sekurang-kurangnya, dia tidak perlu serabut memikirkan masalah yang dialaminya sekarang.

"Aira mana?" tanya Falia sepatah. Matanya turut sama melilau mencari kelibat gadis itu.

"Cik cari bos saya ke? Kejap eh," balas gadis itu dengan sedikit ketakutan. Yelah, riak wajah manusia yang berada di hadapannya itu sedikit bengis apabila bercakap dengannya. Siapa yang tak takut?

Perlahan-lahan bayang gadis itu hilang dari pandangan Falia. Sambil menunggu, matanya memandang setiap ukiran hiasan dalaman di dalam butik itu. Walaupun cantik pada pandangan matanya, biarlah kata pujian itu tersemat dalam hatinya sahaja. Ini bukan masa yang sesuai untuk dia puji cita rasa gadis itu.

"Berani eh you tunjuk muka you dekat sini?"

Suara itu mematikan seketika lamunan Falia yang dari tadi asyik meneliti hiasan dalaman butik itu.

Akhirnya, matanya bertembung sekali lagi dengan mata gadis yang sentiasa mencari pasal dengannya sejak dari sekolah.

"Apa masalah kau dengan aku eh? Kenapa kau libatkan aku dalam masalah kau?" Kini, tiada lagi panggilan biasa yang digunakan buat gadis itu. Buat apa dia mahu berlembut lagi dengan orang yang sudah memfitnah dirinya?

"Sebab you, Ihsan tinggalkan I. Semua yang I nak, semua you sapu kan? You memang suka ambil bekas I eh?" sindir Aira lantas tangannya disilang ke dada.

"Ihsan tinggalkan kau sebab dia dah sedar yang kau ni manusia bertopengkan syaitan. Kau ingat bila kau pakai tutup litup macam ni, kau mampu tutup perangai sebenar kau ke? Ihsan tu tak bodohlah macam kau." Puas hati Falia apabila dapat memaki gadis itu.

"You cakaplah apa yang you nak cakap. You tetap takkan boleh berdiri sama level dengan I. Antara I dengan you, agak-agaknya siapa yang orang lagi percaya?"

Falia menyumpah dalam hatinya.

Perempuan itu benar-benar suka menguji kesabarannya.

"Memang aku takkan boleh berdiri sama level dengan kau tapi kau jangan lupa, Tuhan tu sentiasa ada dengan orang yang ditindas. Hidup ni jangan sentiasa mendongak ke langit, takut bila kau jatuh tersungkur, tanah pun tak nak terima kau."

Dirinya yang berusia 16 tahun dahulu mungkin akan menepuk tangan apabila melihat dia sudah berani melawan gadis itu. Dulu, dia lemah dan naif kerana tidak berani bersuara membela dirinya. Kini, dia bukan lagi Falia Inara yang dulu.

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now