"Scars of love
🔞 sex scenes ( light ) , matured language.
Read at your own risk.
"Ke...kenapa ni, Ezekiel? Awak okay?" Irena yang sedang memeluk tubuh Ezekiel bersuara setelah hampir 5 minit mereka berkeadaan begitu. Bukan memeluk sangat pun, dia yang dipeluk kemas oleh lelaki ini sejak tadi. Huh. Kalau ikutkan hati, memang dia tak rela untuk memeluk ajnabi. Dia perlu jaga batas antara mereka.
"Shh... sikit lagi, cikgu..." Ezekiel memejamkan matanya rapat apabila gigi taringnya mulai panjang. Matanya juga berubah warna. Tubuh ramping Irena semakin dipeluk kemas.
"Ingat, apa pun yang terjadi... kau tetap kena peluk aku, okay?" Irena semakin keliru. Apa yang terjadi? Dari tadi lelaki ini berkata sedemikian. Tapi tak berlaku apa-apa pun.
"Ada apa... arhhh!! Ezekiel, sakit!!" Irena ternganga luas dan berkerut sakit apabila bahu kanannya tiba-tiba digigit oleh Ezekiel. Sungguh sakit! Dia dapat merasakan ada cecair darah mengalir di situ. "Arhh... arhh sakit..." Irena memejamkan mata bagi menenangkan dirinya.
Dia yang tidak membalas pelukan Ezekiel tersebut terus memeluknya kemas. Berharap ia dapat mengurangkan kesakitan pada bahunya. "Sakit, Ezekiel..." Irena sudahpun menangis kuat.
Seketika kemudian bahunya dilepaskan. Irena tercungap-cungap. "Ezekiel..." mata Irena mulai kuyu lalu dia terus terjatuh pengsan di situ namun disambut oleh Ezekiel.
Irena dapat rasakan lelaki ini mengangkat tubuhnya lalu membaringkan tubuhnya di atas katil.
Penglihatan Irena samar-samar. Tetapi dia dapat merasakan Ezekiel sedang berada di atas tubuhnya dan menjilat bahu yang digigitnya tadi. Sesaat kemudian dia sudah terkulai pengsan di situ.
Ezekiel menjilat rakus darah Irena yang berada pada bahu gadis tersebut. Dia menggigit bibirnya sendiri. "Kau milik aku... hanya milik aku."
...
"Farween." Seorang perempuan yang sedang sibuk mendandankan rambutnya sendiri menoleh ke arah belakang. Dia mengangkat kening bagi membalas tuturan si abangnya tadi.
"Sebulan dari hari ini majlis perkahwinan Ezekiel." Farween membuat muka terkejut. "Ya ke? Okay. Farween pergi dengan abang la nanti."
"Bukan... Ezekiel suruh Farween dandankan bakal isteri dia." Farween tergelak kecil. "Oh, kenapa tak cakap awal-awal? Boleh sahaja. Kita pergi sekarang ke rumah dia,"
Farweeq mengangguk.
...
"Kiel." Ezekiel yang sedang merenung pemandangan di luar mengerling ke arah kanannya. Kelihatan figura Farweeq dan adik perempuannya, Farween.
"Bagus kau datang tepat pada waktu. Ingat nak pergi heret kau sendiri tadi," Farweeq tergelak kecil. "Alah relaks lah, Kiel. Aku bawa adik aku kot, kau patut berterima kasih banyak-banyak kat aku..."
"K." Hanya itu yang dibalas oleh Ezekiel. Dia kemudian memandang ke arah Farween. Fizikal Farween jauh berbeza dengan abangnya. Ketinggian Farween normal seperti manusia biasa. Tak kerdil seperti abangnya.
"Terima kasih sudi tolong aku."
"Alah, tak ada apa lah. Mana pengantin perempuannya?" Soal Farween lembut. "Pengsan. Kau dandankan dia sahaja dalam keadaan begitu."
"Mana boleh. Kena bagi dia bangun," balas Farween tegas. Ezekiel mendengus perlahan dan akur sahaja.
Mereka kemudian melangkah menuju ke arah bilik tidur Irena.
YOU ARE READING
Mrs. Ezekiel : The Werewolf Love
Werewolf[ON-GOING] [UNEDITED] #2 Fantasy Series "Scars of love" Click read for blurb. ⚠️PLAGIAT DILARANG KERAS⚠️ Published:8 November 2021/23 January 2022/24April2022/11December. Start:24April2022. End: ©Thelesyeuxdelily 2021, 2022.