BAB 29

12.4K 374 37
                                    

Laila termagu-magu sendiri. Badan yang masih penat baru balik dari Melaka membuatkan otaknya agak lambat untuk berfikir.

Ini bukanlah kali pertama orang menegur badannya naik. Tapi dulu dia tak pernah ambil peduli sebab Tuan Mizan tak pernah menyentuhnya, tapi kali ini dah berbeza ceritanya. 'Betul ke aku mengandung?'

"Macam mana badan tak naik, Tasya ni kalau balik je ajak pergi makan. Asal balik je bawa balik fast food. Aku pun boleh gemuk macam ni." Antonasi suara Tuan Mizan mendatar.

"Ayah jangan nak salahkan Tasya pulak. Tasya cuma risaukan mama kat sini lapar, tak cukup makan.   Alaa.. ayah pun tahu yang Tasya ni kan food hunter. Makanan yang sedap, mestilah nak dikongsi dengan orang lain juga."

"Kalau Tasya nak makan, makanlah. Jangan sampai mama kamu ni pun gemuk juga. Aku tak suka. Nanti dapat banyak penyakit."

"Eh, mama tu muda lagi la. Sihat je Tasya tengok. Muka pun dah nampak makin berseri-seri. Entah-entah memang mama dah mengandung kot."

"Mama tak pergi check dekat klinik ke?" Tanya Ika lagi.

"Aa... Err..." Laila tergagap-gagap ingin menjawab.

"Aku nak mandi." Kata Tuan Mizan pendek seraya bangun memasuki biliknya.

Semua orang memandang antara satu sama lain. Tahulah mereka yang Tuan Mizan sudah naik angin. Tak ada angin tak ada ribut, mood Tuan Mizan berubah.

"Ayah tu kenapa? Marah sebab mama gemuk ke?" Bisik Tasya perlahan.

"Saya bawa masuk barang-barang ni dulu." Laila meminta diri bila suasana di ruang tamu berubah menjadi janggal. Masing-masing hanya berbicara menggunakan insyarat mata sahaja.

"Kau ni Tasya, suka sangat menjawab kalau ayah bercakap." Marah Faizal pada Tadya sebaik sahaja kelibat Laila hilang di sebalik pintu.

"Tasya cuma cakap benda yang betul je."

"Yang, awak punya pasal la ni."

"Eh apa saya pula? Saya cuma tanya je. Tak ada pun saya kata mama tu gemuk." Ika membela diri.

"Takkan la ayah nak dapat anak lagi. Nanti anak along lagi tua dari anak dia. Anak Along nak panggil budak tu apa nanti? Haish pening la. Buat malu je." Bebel Faizal.

"Tasya pun tak terfikir pasal ni. Kalau mama mengandung, Tasya akan jadi kakak la kan? So boleh la Tasya buli adik Tasya nanti."

"Tasya nak adik ke? Nanti Tasya dah tak jadi mak su dah. Lepas ni nak panggil apa?"

"Tasya still mak su la la. Adik baru, jadi mak su muda."

"Buat pening kepala je. Kenapalah ayah tu kahwin dengan anak dara. Janda banyak kat kampung ni. Pilih la satu. Ini tidak, budak mentah jugak yang dia pilih. Tup tup dah mengandung pulak"

"Ish abang ni. Nanti dengar dek diorang, kecil hati." Ika menampar lengan Faizal. "Yang abang ni anti sangat dengan mama tu kenapa? Bukan semua lelaki suka perempuan muda ke?"

"Awak apa tahu." Faizal mengerling bininya tidak puas hati.

"Malas la saya layan abang ni. Makin menjadi-jadi pulak." Bebel Ika seraya mendukung anak kecilnya ke bilik.

Tasya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kenapa suasana yang ceria boleh bertukar 180 darjah? Adakah dia yang tersalah cakap tadi?

******************

Perlahan-lahan Laila menuntup pintu bilik. Belakang badan Tuan Mizan yang tidak berbaju dipandangnya. Lelaki itu langsung tidak berpaling ke arahnya. Selalunya pantang saja dia masuk dalam bilik, pasti Tuan Mizan akan memandangnya atau pun menegurnya.

"Abang marah Laila ke?" Tanya Laila perlahan. Hatinya cuak. Dia tidak dapat menduga riak wajah Tuan Mizan kerana lelaki itu membelakanginya.

"Kenapa pula tiba-tiba aku nak marah?" Tuan Mizan mencapai tuala lalu dililitkan ke pinggangnya.

"Sebab Laila dah gemuk."

Tuan Mizan menghela nafas panjang. Perlahan-lahan dia berpusing menghampiri Laila.

"Siapa yang cakap Laila gemuk? Kat mana yang gemuknya?" Tuan Mizan mencubit pipi Laila. "Berisi sikit tak bermakna dah gemuk. Aku tengok Laila okey je. Sedap mata memandang, sedap lagi untuk dipeluk." Tubuh Laila ditarik ke dalam pelukan. Satu kucupan diberikan di ubun-ubun kepala Laila.

Merona merah wajah Laila. Tak sangka begitu ketara berat badannya naik. Patutlah pakaian dalamnya sudah ketat dan perlu ditukar ganti dengan saiz yang lebih besar.

"Bila last Laila period?"

"Laila tak ingatlah. Rasanya bulan lepas. Tapi bulan ni belum datang lagi." Laila tak pernah ambil peduli dengan tarikh haidnya selama ini sebab haidnya memang tidak menentu. Dia mendongak memandang wajah Tuan Mizan. Cuba membaca apa yang difikirkan lelaki itu ketika itu.

"Kalau hujung bulan ni tak datang juga, baru kita pergi klinik check."

Laila menganggukkan kepalanya. Tapi dia tidak rasa yang dia mengandung. Dia tidak ada apa-apa alahan atau pun mengidam makanan yang pelik-pelik. Tetapi dadanya tetap berdebar-debar.

"Kenapa pandang aku macam tu? Laila nak teman aku mandi ke?"

"Err.. tak nak." Laila menolak dada Tuan Mizan seraya melangkah beberapa tapak ke belakang. "Abang mandi la dulu. Laila nak kemas barang-barang ni sekejap." Dalihnya.

Tuan Mizan tersenyum tawar lalu masuk ke dalam bilik air. Kepalanya perlu disiram dengan air sejuk bagi meredakan kekusutan yang mula bersarang.

****************

Usai solat maghrib, Faizal mundar mandir di halaman rumah bersama handphone dilekapkan ke telinganya. Bunyi nyamuk yang sedang tawaf kepalanya tidak dipedulikan. Hatinya panas kerana itu panggilan yang ketiga dibuat tetapi masih tidak berjawab.

"Mana dia ni pergi." Rengus Faizal. Semakin lama dia mendengar bunyi nada dering, semakin tipis sabarnya.

"Kau tengah buat apa?" Soal Faizal sebaik sahaja panggilannya diangkat.

"Wei kalau ye pun, jawablah salam aku dulu. Ini tak, nak main sergah je. Yang kau call aku time maghrib ni kenapa? Tak boleh tunggu malam sikit ke?"

"Aku dah jawab dalam hati. Kau buat apa yang lambat sangat nak angkat call? Cuti sekolah ni tak reti nak balik kampung ke?"

"Eh eh yang kau nak marah-marah ni dah kenapa? Datang bulan ke?"

"Datang bulan apa bendanya. Ada isu yang lebih besar dari tu. Baik kau balik sini malam ni jugak." Gesa Faizal.

"Agak-agaklah Along. Aku ni baru balik kerja. Penat."

"Aku tahulah penat. Aku pun kerja juga. Sama je. Tapi ada masalah besar kat sini. Kita kena settlekan cepat."

"Masalah apa? Ayah nak kahwin lagi satu ke?"

"Ish bukanlah "

"Habis tu masalah apa?"

"Alaa.. kau balik la sini dulu. Nanti aku cerita."

Hebat. 🥳Cepat je dah dapat 200 votes. Ingatkan sis boleh santai-santai rehat sikit...

SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)Where stories live. Discover now