Rayqal macam orang gila di luar bilik. Dia berjalan mundar-mandir sambil memaki hamun dan mengomel entah apa-apa. Gelagatnya itu disaksikan oleh beberapa orang termasuk seorang doktor dan dua orang jururawat, tiga orang lelaki berpakain kasual dan juga Puan Laurent yang sedang menangis dan Agnes yang duduk di kerusi roda.
Fikirannya kosong. Hatinya rasa berat dengan rasa bersalah. Hakikatnya, dia tersepit antara cinta dan keluarga. Walau betapa dalamnya perasaan cinta Agnes kepada Maria, dia harus utamakan keluarganya. Saat itu, baru dia sedar apa yang dia lakukan sebenarnya salah. Ah, apalah yang dia tahu.
Dia baru berusia 16 tahun. Umurnya pada 11 tahun, ayahnya mati kerana serangan jantung. Akibat diperdaya oleh papa Maria dalam urusan bisnes mereka. Selama lima tahun pemikirannya di asak yang mereka ditipu hingga hampir jatuh miskin. Mujur papanya ada aset lain. Habis dijual semuanya demi kelangsungan hidup. Demi mengekalkan status atasan mereka. Malu besar andai orang tahu yang mereka muflis kerana orang Asia yang asal usulnya dari sebuah negara yang kerdil pada mata mereka.
Malah mamanya juga meminta, merayu malah berlutut demi secebis bantuan dari ahli keluarganya. Cuma yang membuat mereka terduduk apabila papa mereka mati. Bukan mudah untuk mereka bangkit. Bukan mudah juga untuk Leo menjadi ketua keluarga dan pada masa yang sama menguruskan perniagaan yang ditinggalkan papa.
"How could you do this to her?" Rayqal berlutut memegang roda kerusi roda itu. Matanya berkaca merenungn tepat ke dalam anak mata keemasan itu. "How could you Agnes." Bergetar nadanya. Kelam intonasinya.
Agnes juga cedera tetapi kerana kemalangan yang menyebabkan Roger, iaitu pemandu peribadi Maria mati. Kedua belah kakinya retak dan kepalanya juga ada luka yang dalam. Berbalut seperti mumia gadis itu. Namun, mujur dia koma tidak lama dan dalam pada masa dia sedar, dia terus memaklumkan kepada doktor apa yang terjadi. Dia tahu dia salah. Tetapi pada yang sama, dia tidak mahu kehilangan kekasih hatinya itu. I do love her!
Berjurai air matanya. Menitik satu persatu mengenai belakang kepala Rayqal yang menyembamkan mukanya pada pangkuan Agnes. Dia hilang kata-kata. Mulutnya tertutup rapat. Berat rasa sungguh lidahnya. Sesak ketat menjerut dadanya. Dia ingin meminta maaf pada lelaki itu, namun semuanya sudah terlambat.
C'est trop tard.....~
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...