EC:NN7

2.5K 91 0
                                    

Allahuakhbar, Allahuakhbar!

Aishlyn bangun untuk menunaikan solat Subuh. Sebelum itu, sempat dia membuka telefonnya.

Terdapat sebuah email yang menarik perhatian gadis itu. Terus Aishlyn membuka pesanan tersebut tanpa ragu.

You have been accepted ! Congrats!

Aishlyn menggosok matanya sebelum mesej itu ditilik sekali lagi. Terus senyuman lebar menghiasi bibirnya.

"WOOOO AKU DAPATT! ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH!!" jerit gadis itu ceria sambil berguling-guling di atas katil.

Dia menuju ke arah bilik air untuk mandi dan mengambil wudhuk. Kemudian, dia mengerjakan solat di awal waktu tanda kesyukuran terhadap Allah SWT.

"Aishlyn? Apa benda yang kau menjerit-jerit tadi tu?" soal Ayana apabila Aishlyn turun ke bawah. Dia sedang mengunyah roti bakar yang dibuatnya.

"Aku diterima kerja weyy!" maklum Aishlyn teruja. Ayana menepuk tangan tanda bangga dengan pencapaian sahabatnya itu.

"Fulamakkk! Kau diterima?! Hebat siaa! Sekarang ni, kau masak. Tanggungjawab tu takkan sesekali berubah kepada orang lain, cepat sikit ya. Gue lapar," celah Arya selamba.

Aishlyn menjeling gadis itu. Terus dia meletakkan beg tangannya di atas meja dapur sebelum membuka peti sejuk. Beberapa biji telur di ambil sebelum dia melakukan kerjanya.

"Bila kau kena lapor diri?" soal Felisha pula. Hebat diorang ni, lepas Subuh tak tidur balik HAHAHA!

"Kejap lagi. Pukul 8 aku kena ada dahh," balas Aishlyn sambil menggoreng telur scrambled.

Rakan-rakannya hanya menunggu di meja makan memandangkan mereka tidak reti memasak hehe.

"Nah ges, let's dig in," ujar Aishlyn lagi seraya meletakkan kuali itu di tengah-tengah meja makan. Mereka semua mencedok telur itu ke atas roti.

"Baru pukul 7 wey, lambat lagi," celah Felisha pula sambil melihat jam di dinding terus berdetak ahh~

"Takpee, aku nak pergi awal. Tambah pagi-pagi ni jem pulak, kena pulak company tu 40 minit daripada sini hm. Bye guyss! Aku pergi dulu," pamit Aishlyn sebelum mencapai beg tangannya.

Nasiblah dia sudah memesan grab sebentar tadi. Grab itu pun kebetulan sampai ketika Aishlyn melangkah keluar.

                   AISHLYN tiba di hadapan sebuah bangunan yang memiliki 25 tingkat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                   AISHLYN tiba di hadapan sebuah bangunan yang memiliki 25 tingkat. Gadis itu memandang bangunan itu dengan kagum. Mulutnya ternganga melihat ketinggian dan kebesaran bangunan tersebut.

"Bismillah," bisik gadis itu sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Kaunter pertanyaan menjadi tujuannya.

"Hye, Miss? How can I help you?" soal gadis di meja itu ramah. Aishlyn mengukirkan senyuman manisnya.

"I'm Aishlyn-"

"Oh Mr Luth's new secretary kan?" potong gadis itu. Aishlyn mengangguk laju, nampaknya pekerja-pekerja disini sudah mengenalnya.

"Come, I tunjuk you punya mentor and you punya new office," ajak gadis itu sebelum berjalan ke arah lif. Aishlyn mengikut langkah wanita muda itu.

"Oh nama aku Mimi by the way. Tempat aku dekat bawah tu, and mentor kau ni namanya Hafiz. Dia yang pilih kau," terang Mimi. Nada gadis muda itu tidak sesopan tadi.

Aishlyn hanya mendengar.

"Actually aku terkejut orang macam kau ni terpilih untuk kerja disini. Bukan aku downgrade kan kau ke apa tapi, yang minta nak kerja dekat sini semuanya hebat-hebat tau. Hebat lagi dari kau, tapi I wonder how, I wonder why," ujar Mimi tanpa tapis.

Aishlyn yang berada di belakang Mimi itu memandang gadis itu atas bawah. Dah rezeki terpilih, nak buat macam mana!

"Anyways kita dah sampai. Tingkat 24. Hafiz woi! Ni anak didik kau ni!" jerit Mimi kepada seorang lelaki yang sedang bertumbuk dengan mesin fotostat.

"Oh Aishlyn? Haa welcome to hell- meh sini meh," panggil Hafiz ceria. Elok sahaja Aishlyn bergerak ke arah Hafiz, terus Mimi turun daripada tingkat itu.

"Haa Aishlyn. Nama aku, Hafiz. Akulah yang pilih kau," ujar Hafiz lagi masih dengan senyumannya.

"Nak tanya boleh? Mimi kata ramai lagi orang yang hebat, kenapa err Encik? You? Kau?"

"Panggil aku-kau je... Kau ni macam tak pernah berkawan pulak," ujar lelaki itu lagi. Aishlyn tersengih sebelum kembali mengajukan soalannya.

"Haa kenapa kau pilih aku sedangkan ramai lagi yang hebat?" soal Aishlyn penasaran.

Hafiz melihat ke sekelilingnya sebelum berbisik kepada Aishlyn.

"Sebab kau ada blackbelt," bisik Hafiz. Aishlyn terdiam.

"CEO kita lain sikit, Aishlyn... Dia baran gila bapak ah, so I need someone yang setanding dengan dia. Dia tu suka mengamuk dekat assistant, kau ingat kenapa 10 orang assistant terdahulu tu berhenti? All because of him," bisik Hafiz lagi.

"Atleast... Dengan adanya blackbelt kau ni, kau boleh takek dia balik kalau dia buat perangai," tambah lelaki itu.

Aishlyn menganggukkan kepalanya tanda faham. Panas baran ya? Aku pun baran, sama-sama baran lah kita. Menarikk!!

"Eh jomlah aku tunjuk kau kawasan sekeliling. Nanti bila Mr Luth tu dah masuk, aku kenalkan kau. Lepastu baru kita sembang pasal skop kerja, let's go!" ajak Hafiz seraya memimpin jalan.

Aishlyn yang seperti anak anjing kehilangan ibu itu hanya mengikut langkah Hafiz kemana sahaja lelaki itu pergi.





🌸-arysffya-🌸

3|| EC: Lynquan's First Love ©️Where stories live. Discover now