CHAPTER 16˚➶ ⋆

622 53 12
                                    

ARBELLE bagaikan baru tersedar, lantas kaki di bawa ke belakang sedikit. Dia mendongakkan kepala dan memandang sebentar Farell sebelum dia mengorak langkah berlalu pergi ke arah lain. Tanpa menyapa sedikit pun jejaka itu.

Langkah Arbelle terhenti apabila sling bag nya seakan tersangkut atau tersekat pada sesuatu benda. Arbelle memalingkan kepala ke belakang.

Tangan Farell memegang erat tali pada beg nya. Anak mata Arbelle memandang wajah jejaka di hadapan dengan sling bag nya silih berganti. Farell menghelakan nafas perlahan.

"Please...?" Kedua-dua belah kening Farell dinaikkan ke atas. Arbelle berdecit perlahan. Arbelle menepis tangan jejaka itu daripada terus memegang sling bag nya.

"You buat apa dekat sini?" Soal Arbelle sambil menahan rasa di dada.

"Aku nak jumpa kau." Mendengar balasan itu, Arbelle mendengus kasar.

"I taknak jumpa you." Balas Arbelle semula seraya menjeling Farell.

"Please Arbelle?" Mohon Farell sambil kedua-dua belah tapak tangan disatukan.

"No means, no!" Tegas Arbelle berkata.

"Please?...let me explain everything." Farell mengerdipkan mata marble grey nya beberapa kali. Untuk Arbelle? Dia sanggup berbuat demikian walaupun sekarang mereka berada di hadapan khalayak ramai.

"TAK. NAK!" Bentak Arbelle keras.

Keras kepala betul.

"Arbelle, listen" Farell menyentuh lengan Arbelle yang berlapik dengan kemeja yang dipakai oleh wanita itu.

"No, you listen to me. LET. ME. GO!" Bentak Arbelle sedikit kuat. Farell masih tidak melepaskan lengannya.

"Lepaslah, Farell! Kalau tak I jerit." Ugut Arbelle menyebabkan si jejaka tersenyum sinis.

"Berani ke kau nak jerit dekat sini?"

Arbelle memandang ke kawasan di sekeliling.

"Of course I berani. You jangan cabar I tau." Farell hanya tersenyum sinis.

"I jerit ni. AAAaaa" Membulat besar mata Farell. Terus tapak tangan besarnya melekap pada mulut Arbelle. Dia menarik wanita itu ke arah sebuah tempat yang tersembunyi.

"Lepas!" Farell melepaskan Arbelle.

"Please Arbelle...ikut aku?"

"Please?" Tidak berkelip mata Farell merenung wajah Arbelle. Tidak selesa pula Arbelle apabila direnung begitu.

"You ni, duk please please ish!"

"Fine!" Putus Arbelle. Tidak boleh lama-lama dia melihat mata cantik Farell itu. Cair nanti.

Farell tersenyum lega.

***

ARBELLE dan Farell berjalan-jalan di sekitar taman yang berhampiran di cafe itu. Arbelle sudah memaklumkan pada Sally dan Deanne yang dia pergi berjumpa dengan Farell. Sakit juga lah telinga mendengar jeritan mereka semasa dia berkata yang dia sekarang bersama Farell. Aku dah tolong bayarkan untuk diorang kut. Ini yang aku dapat?

𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐲 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now