Part 1

414 39 7
                                    

Tapak kaki laju mencari langkah. Tercungap-cungap nafas Qaseh cuba menarik nafas yang dirasakan pendek ketika ini. Hanya satu figura yang ada dalam fikirannya. Dia tak boleh lambat, kalau dia terlambat memang menyesal seumur hidupnya.

'Tunggu Qaseh, nek.'

Qaseh berdoa di dalam hati agar dia lekas tiba di rumah usang yang dihuni oleh Qaseh dan neneknya. Rumah usang menjadi saksi Qaseh dibesarkan di situ. Hanya dia dan nenek.

Qaseh mengelap peluh dengan belakang tapak tangan. Kaki masih lagi laju berjalan sambil tangan memegang utuh beg plastik berisi ubat semput. Sudah 2 minggu nenek diserang asma. Hanya berbekalkan inhaler sahaja memandangkan nenek tidak mahu ke hospital.

Keadaan jalan agak sunyi. Hanya ada beberapa buah kereta sahaja yang lalu memandangkan Qaseh dan neneknya tinggal di hujung kampung. Walaupun terpaksa berjalan agak jauh dari perhentian bas, Qaseh tetap memberanikan diri keluar berseorangan hanya untuk membeli ubat.

Dalam hati Qaseh penuh debaran. Berdebar kerana agak takut dengan keadaan sedikit sunyi dan berdebar kerana neneknya sedang menunggu dalam keadaan sakit.

Diam tidak diam, tinggal beberapa minit sahaja sebelum Qaseh tiba di rumah namun langkahnya terhenti tatkala sebuah kereta Proton Wira berhenti di hadapannya. Suasana agak gelap menyukarkan penglihatan Qaseh untuk melihat gerangan di dalam kereta. Qaseh tidak peduli, dia hanya meneruskan perjalanan walaupun kereta itu sudah berada betul betul di hadapannya.

"Nak pergi mana laju-laju?"

Satu suara menegur tatkala kakinya mahu meneruskan perjalanan. Qaseh melihat pintu sudah terbuka dan 3 orang lelaki sudah pun melebarkan senyuman. Atau lebih tepat, senyuman penuh makna.

Hatinya sudah mula berdebar.

"Nak pergi mana dik laju sangat? Jom kami hantarkan", kata lelaki tadi. 2 orang lagi hanya diam tetapi mata tidak sedikit pun beralih. Qaseh hanya diam. Walaupun hati sudah berubah rentak lebih hebat, dia hanya membisu. Perjalanan harus diteruskan. Nenek amat memerlukan dia saat ini.

Kaki Qaseh terhenti tatkala lengannya dipegang. Automatik kakinya berhenti langkah. Wajah dipaling ke arah lelaki tersebut.

"Kau nak apa?", ujar Qaseh.

"Huish, garangnya", kata salah seorang lelaki tadi.

"Adik nak pergi ke mana? Jom ikut kitaorang. Kitaorang hantar balik."

Qaseh merentap kasar lengannya. "Taknak. Jangan kacau aku", kata Qaseh. Dia cuba bereder namun 2 orang lelaki tadi sudah menghalang laluannya.

"Korang nak apa?", tanya Qaseh. Mata Qaseh melihat ketiga tiga lelaki di hadapannya. Gelap.

"Kitaorang nak bebual kejap. Jom la ikut kitaorang."

"Taknak! Jangan kacau aku."

Peluh mula merenik di dahi Qaseh kerana dia tahu, kalau dia jerit pun tiada sesiapa yang dengar. Sudahlah jalan raya pun sunyi.

"Korang semua nak apa haa?", suara Qaseh bergetar kerana ketakutan. Sudahlah dia saja perempuan, di hadapannya semua lelaki. Mana nak samakan tenaga mereka semua.

Ketiga-tiga lelaki hanya tersenyum sambil memandang sesama sendiri. Mereka semua mengepung Qaseh dan mula mendekati dirinya. Qaseh memegang beg plastik berisi ubat dengan sangat erat. Risau ubat neneknya terjatuh.

"Korang nak buat apa ni?!", suara Qaseh mula naik oktah.

"Kitaorang nak hantar adik balik. Jom la...", balas lelaki memakai baju merah. Jelas lelaki tersebut memakai rantai emas di leher.

Sekali Lagi CintaWhere stories live. Discover now