humaira kini sedang sibuk memasak sarapan pagi untuk ashraf dan ibu bapanya . kata ibunya mereka akan datang besok tetapi tiba tiba diawalkan pula jadi hari iniashraf yang tidak mahu isterinya kesusahan sendirian turut membantu humaira membuat air dan menghantar makanan makanan itu ke atas meja
nak tolong humaira masak dia tak bagi . katanya itu resepi special yang dia je boleh buat
" let me help you with that " kata ashraf yang melihat humaira baru sahaja ingin menghantar semangkuk sambal ke atas meja makan
" thanks dear " kata humaira dia kini kembali ke tempat memotong untuk memotong telur rebus
ashraf tersenyum mendengar panggilan humaira terhadapnya
letak sahaja semangkuk sambal itu ke atas meja tiba tiba telefonnya berbunyi. ashraf dengan pantas menjawab panggilan ibu mertuanya itu
" hello ? waalaikumsalam " humaira dari dalam dapur menjengulkan sedikit kepalanya untuk mendengar perbualan ashraf dan ibunya mungkin
" dah nak sampai ? okay nanti kami tunggu di luar " mendengar hal itu humaira cepat cepat meletakkan telur yang sudah siap dipotongnya tadi ke dalam pinggan kecil kemudian berlari anak meletakkannya ke atas meja makan
" jom kejap lagi ibu ayah sampai " kata ashraf lalu menarik lembut tangan humaira mengikutinya ke hadapan rumah
berdiri sahaja di hadapan pintu dapat mereka lihat kereta ayahnya memasuki perkarangan rumah mereka
" remember what I said. act like I have loved you with all my heart all this time " bisik humaira sambil tersenyum manis ke arah kereta ayahnya itu
"with all my pleasure" ashraf mula merangkul pinggang humaira erat
yes ! kesempatan untuk menempel dengan humaira datang lagi sorak ashraf di dalam hati
" assalamualaikum " ucap ibu dan ayah humaira serentak
" waalaikumsalam " balas humaira dan ashraf juga serentak sambil bersalaman dan berpelukan bersama mereka
" anak ibu sihat ? " tanya ibunya kepada humaira sambil mengusap usap bahu anaknya itu
" sihat ibu alhamdulillah . ibu sihat ? " tanya humaira kembali . haih rindunya dengan ibunya . selepas kahwin macam jarang sekali dia berjumpa dengan ibunya
" sihat alhamdulillah " balas ibunya sambil menilik wajah humaira
tiba tiba ibunya mengerutkan kening semasa memandang wajah anaknya
" kenapa ibu ? " tanya humaira pelik . ada apa apa ke di muka dia ? ibu dia tengok dia macam ashraf biasa tenung dia pula
" kenapa macam sekarang muka kamu nampak berseri seri eh maira " tanya ibunya pelik . tak tahu sebab sudah jarang berjumpa ke atau bagaimana muka anaknya itu kelihatan lebih berseri dan senang cakap sedap mata memandanglah
ashraf secara tiba tiba memeluk humaira dari belakang sambil menongkatkan dagunya pada bahu humaira
" rasanya sebab semalam kami tidur 'nyenyak' kot ibu " kata ashraf sambil mengenyitkan matanya kepada ibu humaira
ibu dan ayah humaira yang faham dengan maksud menantunya itu mula melepaskan tawa
humaira diam diam menyubit tangan ashraf yang berada di pinggangnya. gatal !
" baguslah kalau macam tu. kena selalu tidur 'nyenyak' ya ashraf humaira " kini ibunya pula tersenyum penuh makna kepada pasangan itu
" eh ibu dengan ayah belum breakfast kan ? jomlah masuk dulu adik ada buat nasi lemak " humaira yang tidak mahu berlama lama dengan cerita tidur nyenyak itu mula menukar topik . lagipun dia lapar
YOU ARE READING
My Childhood Friend Became My Husband
Romancebagaimana jika teman zaman kanak kanak anda adalah jodoh anda ? humaira nasuha seorang yang jarang bergaul dengan lelaki bertemu dengan ashraf haikal seorang yang tidak bergaul dengan wanita namun bersebab ashraf haikal yang berkepribadian mirip den...