EC:NN8

2.4K 93 0
                                    

                    SUDAH 15 minit Hafiz membawa Aishlyn berjalan-jalan di sekitar bangunan itu. Sehinggalah ada yang menyapa mereka.

"Nokkkk bapak setan tu dah masuk nokk! Dia cari kau la nok!" ujar gadis berambut perang itu dengan riak yang jelas gelisah.

Panik Hafiz dibuatnya. Terus dia berlari masuk ke dalam ruangan milik CEO itu. Aishlyn juga mengikuti langkah lelaki itu.

"Ampunkan patik, Tuanku! Sesungguhnya patik membawa dayang baharu untuk dipersembahkan kepada Tuanku!" ujar Hafiz seperti berada di dalam pementasan drama.

Aishlyn memerhati lelaki yang bergelar CEO itu. Lelaki itu tidak memandang mereka, dia hanya memandang ke luar tingkap.

"Siapakah gerangan baharu yang menjejak kaki ke dalam istana beta?!" soal lelaki itu kuat. Terhincut bahu Aishlyn dibuatnya.

"Dayang baharu ini diberi nama Aishlyn, Tuanku!"

Terus lelaki itu pusing dan memandang mereka. Mata bertentang mata! Masing-masing terkejut!

Zaquan!

Aishlyn!

"Tinggalkan aku dengan dia..." ujar Zaquan seraya menghalau Hafiz. Matanya masih merenung tepat ke dalam mata Aishlyn yang agak ketar-ketir itu.

"Tapi Encik, saya yang kena ajar dia nak buat kerja," ujar Hafiz hairan.

"Kau keluar jelah. Ikut arahan aku, ada lah yang aku nak sembang dengan perempuan ni," ujar Zaquan dingin.

Hafiz hanya akur sebelum mengundurkan diri. Meninggalkan Zaquan dan Aishlyn sendiri.

"Well, well, well... Look who's here! My lovely Aishlyn," ejek Zaquan sinis. Aishlyn membuat muka.

Menyesal aku minta kerja dekat sini!

"Can I resign?" soal Aishlyn selamba.

"Uish can lah. Tapi kau kena bersiap sedia untuk menganggur lah, aku akan pastikan kau tak dapat kerja lain. Honestly, melepaskan kau adalah kesalahan yang besar," ujar Zaquan lagi.

Aishlyn terdiam. Dia nak kata dia menyesal lepaskan aku dulu ke?

"Nope. Bukan pasal kenangan silam kita, I'm talking about your skills. Rugilah syarikat ni kalau aku lepaskan kau, so yeah. You're not leaving," tambah Zaquan sinis.

Macamlah dia tidak boleh baca riak wajah Aishlyn.

"I'm pretty sure ada sesuatu yang menarik perhatian Hafiz pasal kau ni, mustahil dia akan pilih kau berdasarkan badan dan fashion kau," ejek Zaquan lagi.

"No wonder semua perempuan dekat sini freehair. And no wonder they give me the dirty looks! Kau pilih berdasarkan penampilan and bentuk badan, MashaAllah you're going to hell if you keep doing this," bentak Aishlyn geram.

"Oh shut up." Zaquan membalas dengan nada yang jelas mengatakan bahawa dia menyampah.

"Sit down. Banyak benda kita nak sembang," arah Zaquan tegas. Aishlyn sekali lagi membuat mimik muka menyampah sebelum mengambil tempat di hadapan Zaquan.

"So, my dear. Kau dengar sini, nak kerja dengan aku... Mestilah kena ikut syarat aku kan? Marilah kita bincang. First of all, you're my secretary. Kau kena update setiap jadual aku, and kena ikut aku kemana sahaja aku pergi."

Aishlyn memandang jejaka itu kosong.

"Yang kedua, kalau ada di antara staff yang buat masalah... Aku akan cari kau. You're gonna be my punching bag," tambah Zaquan sinis.

Aishlyn ketawa.

"Patutlah tak maju. CEO baran, pilih orang yang tak cukup kain untuk kerja. No wonder all your past secretaries berhenti," ejek Aishlyn pula. Berubah reaksi Zaquan.

"Kau nak salahkan aku ke apa ni?" soal lelaki itu. Aishlyn mengangguk.

"Ya. Don't worry, my dear. Hafiz chose me sebab aku ada blackbelt, probably perangai baran kau tu tak akan berkekalan," tambah Aishlyn dengan senyuman manis.

Zaquan mengetuk mejanya.

"Damn you, Hafiz!" maki lelaki itu perlahan. Kemudian, perhatiannya kembali kepada Aishlyn.

"Anyways, kau tahu kan kita ni bekas pasangan kekasih? But at the same time kau pun dikategorikan sebagai bestfriend aku juga," ujar Zaquan dengan ayatnya yang meleret-leret.

"Yes, and?"

"And aku taknak kau hebohkan langsung hal ni dekat orang. First, sebab nanti orang ingat kau masuk sebab cable, second is... Aku malu lah kalau orang tahu aku pernah couple dengan kau!" hina Zaquan sambil meniup kukunya ala-ala diva.

"Trust me, aku pun geli lah nak bagitahu yang kita pernah couple. Jijik kau tahu tak?" bidas Aishlyn geram.

"Jijik jijik ni la kau sayang sangat dulu," gumam Zaquan sendiri.

"Dahla bagitahu skop kerja aku cepat, orang nak kerja. Bukan nak tengok muka kau," rungut Aishlyn lagi.

"Eh hello, Aishlynku. Kau tu kerja under aku, everyday kau akan tengok muka hensem ni tau," marah Zaquan.

"Oh haa kau boleh keluar. Aku pun malas nak tengok muka kau lama-lama. Ingat ya Aishlyn, dalam pejabat ni... Kita bukan siapa-siapa. Kau kena hormat aku macam mana orang lain hormat aku!" ujar lelaki itu lagi.

Aishlyn mengeluh sebelum mengangguk. Ini yang den tak gemar ni!





🌸-arysffya-🌸

3|| EC: Lynquan's First Love ©️Where stories live. Discover now