노래(song): Home - 세븐틴

3 2 0
                                    

Jeonghan's

"Yoon Jeonghan! Sanggup kamu memalukan omma dan appa! Kenapa kamu mencuri telefon Seojun! Kamu dah melampau!"

Appa menampar pipi ku. Sakit sangat. Aku mahu nangis tapi air mataku tidak mahu mengeluarkan air mata.

Aku perlu pertahankan diri aku!

"Bukan Han yang buat, appa!"

"Appa kecewa dengan kamu. Appa akan pindahkan kamu ke Jepun untuk 5 tahun." Aku terus melihat wajah Appa.

"Appa, kawan-kawan Han macam mana?" Aku memegang kaki kiri appa.

"Mingi ke? Dia lah yang bagitahu appa fasal ni." Aku tergamam. Kawan yang aku percaya buat macam ni.

"Appa, Han taknak pindah."

"Tiada bantahan! 2 minggu depan kamu pindah!" Appa terus keluar dari bilik ini.

Aku menangis teresak-esak. Aku tidak sangka rakan baik aku sendiri buat aku macam ni.

Macam mana dengan Hyewon? Dia boleh terima ke?

Author's

Jeonghan keluar daripada bilik belajar Tuan Yoon. Dia pergi ke biliknya.

Adiknya, Yoon Jaehyuk menegur Jeonghan. "Hyung okay tak ni?" Wajah Jaehyuk kelihatan risau. Dia nampak Tuan Yoon memukul abangnya. Dia juga nampak Puan Yoon namun ibunya tidak memberhentikan perbuatan suaminya.

"Hyung okay je." Jeonghan tersenyum palsu. Dia tidak mahu Jaehyuk risaukan tentangnya lagi.

"2 minggu depan hyung dah tak ada kat Korea. Appa suruh hyung pindah Jepun." Jeonghan mengelap air mata adiknya yang sudah mengalir. Jaehyuk tahu perkara itu. Dia tak sanggup untuk berjauhan dengan abangnya.

"Kalau hyung tak ada siapa nak gaduh dan gelak dengan Jae?" Jaehyuk nangis teresak-esak.

"Kawan-kawan hyung kan ada. Jangan risau. Hyung tetap in touch dengan kamu masa hyung dekat Jepun."

"Janji?"

"Janji. Macam mana pun, keluarga hyung tetap jadi rumah pertama yang hyung sayang."

H O M E

Jeonghan menunggu seseorang ditaman pada lewat malam.

"Jeonghan." Tegur seorang yeoja perempuan dengan rambutnya berparas dada dan berwarna perang.

"Hyewon-ah." Jeonghan melemparkan senyuman pada Hyewon, teman wanitanya. Walaupun Jeonghan tersenyum, dalam hatinya risau jika Hyewon tidak dapat menerima apa yang Jeonghan akan beritahu.

"Waeyo? Ada problem ke?" Hyewon duduk di buaian bersebelahan Jeonhan dan memegang pipi Jeonghan.

Jeonghan mengeluh sedikit. "Ada. Saya kena pindah Jepun." Jeonghan risau jika Hyewon tidak dapat menerimanya.

"Sebab parents suruh?" Jeonghan menangguk. "Saya okay je. Berapa lama?"

"5 tahun."

Hyewon's

5 tahun? Aku tak sanggup kehilangan dia.

"Kenapa awak kena pindah? Perlu ke?" Aku tak nak lepaskan dia.

"Saya dituduh, Hye. Saya terpaksa akur."

Aku taknak lepaskan dia tapi atas dasar arahan keluarganya, aku sanggup lepaskan dia untuk seketika.

"Saya sanggup tunggu awak untuk 5 tahun. Because you're my home." Aku hanya mampu tersenyum.

Author's

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 12, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Home | Y.JHWhere stories live. Discover now