Random Teaser 2

798 21 1
                                    

TIDUR Sara terganggu kerana perutnya yang mulai memulas dan pedih. Dia mengiring kanan dan sekejap mengiring ke kiri. Nafas juga dia rasa seperti tidak cukup. Sara berhenti bergerak bila tekaknya terasa mual dan dada berasa senak kerana ada sesuatu yang menolak ingin keluar.

Terus dia bangun dan berlari ke tandas berdiri di sinki. Kepala ditundukkan ke dalam sinki dan termuntah. Pahit. Perit. Muntah yang keluar hanya la air dan tiada sikit pun sisa makanan.

Dia kembali ke katil dan berbaring. Dia tahu kenapa dia muntah begitu. Kerana hari ini langsung tiada makanan yang masuk ke dalam perutnya. Dan perutnya telah pun masuk angin.

"Uwerk!" Mulut ditahan bila rasa gelodak ditekaknya kembali.

Dengan terpaksa dia ke tandas kembali. 4 kali dia berulang alik ke tandas sehinggalah rasa gelodak itu berhenti dan dia boleh sambung tidur dengan lena.

Tengku Raykal keluar dari bilik dan berdiri dihadapan pintu bilik Sara. Dia terdengar seperti ada orang muntah saja tadi. Jam dikerli. Pukul 1 pagi. Pintu bilik itu diketuk perlahan.

"Sara?" Panggilnya. Dia cuma ingin memastikan betul atau tidak suara muntah utu datang dari Sara.

Sara terpaksa bangun kembali padahal dia baru saja meletakkan kepala ke atas bantal. Pintu bilik dibuka dan terlihat suaminya yang tercegat dihadapan bilik.

"Awak okay tak?" Soal Tengku Raykal biasa. Tiada riak risau sikit pun.

Perlahan-lahan Sara mengangguk lemah dengan kepala disandarkan pada pintu.

"Okay. Kenapa?"

"Saya dengar macam ada orang muntah tadi. Awak ke?" Sara yang lemah itu diperhati Tengku Raykal hairan. Kenapa pula dengan Sara?

Badan Sara tegakkan. Tunjuk kuat la konon. Pasti lelaki itu terganggu dengannya kerana itu Tengku Raykal terjaga pada waktu begini.

"Saya ganggu awak tidur ke? Sorry. Perut saya masuk angin sebab tu saya muntah. Sorry sangat kalau sebab saya awak tersedar." Serba salah Sara berkata. Dia bimbang kalau lelaki itu memarahinya. Sudah la lelaki itu pulang lewat dari hospital dan mestilah ingin berehat dengan secukupnya.

Tengku Raykal diam. Adakah dia penyebab perut Sara masuk angin? Ketika dia turun ke bawah sebelum tidur tadi, dia terlihat meja makan sudah kosong dibersihkan. Dia fikir Sara sudah makan kemudian simpan semua lauk itu. Kalau Sara makan kenapa perut itu masuk angin pula?

"Awak..."

"Uwerkk." Mulut Sara tekup. Sebelah tangan memberi isyarat supaya Tengku Raykal tunggu disitu dan dia terus berlari ke tandas semula. Penat dia muntah dan hanya air saja yang keluar. Perut yang berbunyi dipegang kuat.

Tengku Raykal turut masuk ke dalam bilik isterinya dan pergi ke tandas di mana Sara berada. Belakang Sara digosok. Teruk betul perut Sara masuk angin.

"Awak tak makan ke hari ni?" Tiba-tiba saja suaranya bertukar cemas tanpa sedar. Perasaan risau menjengah ke pangkal hati.

Sara berkumur dan membasuh mulut. Walaupun sedang bertarung dengan muntah, tangan sasa Tengku Raykal yang menyentuh belakangnnya itu menyebabkan darah serbu ke wajah. Pertama kali dia disentuh lelaki itu biarpun berlapik. Jantung mula mainkan rentak. Soalan suaminya tidak dibalas sebaliknya dia keluar dari tandas.

Tengku Raykal mengikuti langkah Sara.

"Awak pergi la tidur. Saya okay." Sehabis upaya Sara cuba mengaku dirinya baik-baik saja. Lagipun ini bukan kali pertama dia kena seperti ini. Sudah berkali-kali dan dia sudah biasa. Jika Uminya ada pasti dia dibebel kerana tidak mengisi perut dengan sikit makanan pun.

Dirimu Untukku  [TERBIT]Where stories live. Discover now