💫BAB 7💫

5K 260 27
                                    

Dhia bersiap-siap ingin pergi kerja bersama Eldian suami tercinta. Acewahh.

Eldian memeluk pinggang Dhia, kelakuan itu membuatkan Dhia terkedu.

"Sunshine." Eldian mencium leher Dhia. Dhia menyembunyikan senyumannya.

"Abang dah siap ke?" Tanya Dhia. Eldian menggeleng.

"Wangi." Bisik Eldian. Dhia memusing tubuh memandang Eldian.

"Kenapa tak butang baju? Mana tie abang? Kenapa tak pakai lagi? Kang lambat." Kata Dhia. Eldian tersenyum sinis.

"Im the boss sunshine." Kata Eldian. Dhia menjuling mata ke atas.

"Butang lah baju ni, pakai lah tie cepat. Abang ada meeting pukul 9." Kata Dhia. Eldian memeluk pinggang Dhia.

"Butang kan and pakaikan tie." Kata Eldian lalu menyangkutkan tali leher di leher Dhia.

Dhia membutangkan baju kemeja Eldian lalu memakaikan tali leher.

"Uwahhh hensem." Kata Dhia. Eldian tersenyum kecil lalu mencuit hidung Dhia.

"Dah jom." Eldian memimpin tangan Dhia menurun kebawah.

Kunci kereta dicapai oleh Eldian. Kereta mewahnya dituju.

"Ehh biasa naik motor." Kata Dhia. Eldian memandang Dhia.

"Sunshine, perut kau ni dah besar sikit tahu tak, nak ke kau naik superbike tu? Sakit pinggang nanti." Kata Eldian sambil mengusap perut Dhia.

"Ishh tak yah lah cakap perut saya besar." Kata Dhia dengan memuncungkan bibir. Eldian tertawa kecil.

"But you look sexy when you pregnant sunshine." Bisik Eldian. Wajah Dhia memerah.

"Ishh dah lah malas cakap dengan abang." Terus Dhia memboloskan diri ke dalam kereta. Eldian tertawa lalu masuk ke dalam kereta.

Perjalanan mereka bermula. Eldian fokus membawa kereta, manakala Dhia sibuk melihat ke luar tingkap.

"Sunshine." Panggil Eldian. Dhia menoleh memandang Eldian.

"Ye abang." Jawab Dhia.

"Aku cakap ni bukan nak paksa kau atau apa tau, cuma kan, kalau kau pakai tudung mesti cantik, mesti ayu je. Aku bukan apa, aku tak nak hak aku dilihat orang lain." Ujar Eldian lembut. Dia tahu keadaan Dhia agak sensitif jika dia berkasar jadi dia hanya bertegur dengan lembut dan tiada paksaan.

"Abang nak Dhia pakai tudung ke?" Tanya Dhia. Eldian mengangguk.

"Tapi kalau tak sekarang pun it's okey sunshine, hidayah itu milik Allah. Kau cuba slow slow. Start with berpakaian tertutup." Kata Eldian. Dhia memandang pakaiannya.

"Sekarang terdedah ke?" Tanya Dhia. Eldian tersenyum memandang Dhia.

"Tak terdedah sangat, tapi kalau boleh start pakai baju lengan panjang, start pakai stokin, kalau boleh. Macam aku cakap slow slow. Pakai baju lengan panjang kalau nak pakai skirt pakai skirt muslimah." Kata Eldian. Dhia diam memahami kata-kata suaminya.

"Takpe sunshine take your time. Im not gonna forcing you." Kata Eldian lalu mengusap pipi Dhia. Dhia tersenyum mengangguk.

Sampai di syarikat Eldian mereka berdua turun lalu masuk ke dalam lif sambil berpegangan tangan.

Sampai ditingkat pejabat Eldian Dhia melepaskan pegangan untuk duduk dimeja kerjanya.

"Ehh mana meja saya?" Tanya Dhia. Eldian memeluk bahu Dhia.

"Meja kau aku letak kat dalam bilik aku. So aku boleh tenungkan sambil buat kerja." Kata Eldian. Dhia mengerut dahi.

"Abang nii, nanti apa pula orang cakap." Kata Dhia sambil melihat kiri kanan.

HIS PAST:ELDIAN AMIR(COMPLETE)Where stories live. Discover now