Rahsia Lagi

269 8 2
                                    

Maria dan Adam berdiri di suatu sudut di luar sambil menghabiskan champagne dan rokok mereka. Sesekali mereka akan melihat ke dalam rumah yang penuh dengan kenalan orang tua mereka. Andai ada yang berjalan berselisih dengan mereka berdua, mereka sekadar bertukar senyuman mahupun sekadar bersalaman.

"This is so fucked up!"

Adam ketawa kecil. "Anything involves orang tua ni memang semua fucked up beb." Dia melihat orang tuanya yang sedang rancak berbual dengan entah siapa-siapa. Mungkin apabila dia mula bekerja dengan ayahnya baru dia akan kenal dengan semua manusia yang ada malam ini. Datuk-datin, Tan Sri-Puan Sri, Tun-Tun juga barangkali.

Kadang-kadang dia rasa sebal juga dengan hidupnya. Nampak bebas dan gembira tetapi hakikatnya, itu semua topeng. Orang hanya nampak luaran hidupnya saja. Anak orang kaya. Tunggal pula. Hidup mewah bergaya dengan perempuan sana-sini. Tetapi yang sebenarnya, dia tidak gembira pun. 

"Dini macam mana?"

Dia bergumam. Kejadian semalam dia cerita pada Adam. Semuanya dia sudah cerita pada Dini, kecuali akan satu hal. Iaitu tentang dia dan Adam. "You rasa dia okay ke kalau I bagitahu pasal kita?" 

Adam menjungkit bahu. "Hard to say. Tapi dia kena tahu. Benda ni pun dah tak lama. And kita pun patut dah start plan our next move." Dia memberi isyarat mata pada Maria untuk melihat ke dalam. "Tengoklah betapa happynya orang tua kita. Without realised we are not happy at all." Adam menekankan nadanya pada perkataan "we" itu.

Dua pasang mata itu melihat saja gelagat orang tua mereka seronok berbual. Mesti sedang berbual tentang bisnes mereka, tentang masa depan anak-anak mereka, berapa orang cucu mereka dapat barangkali.

Fuck!

Kenapa tidak dipaksa saja abang-abangnya untuk berkahwin dulu. Kenapa perlu dia yang kena kahwin? 

Fuck! Fuck! Fuck!

"You ada plan?"

Adam menggeleng. "...So far, none!" Pemuda itu mengeluh berat. Tidak faham percaturan orang tuanya..., orang tua mereka berdua lebih tepat. Apa lagi yang hendak dikembangkan? Cukup-cukuplah dengan segala kemewahan yang ada. Kenapa perlu di campur-aduk dengan ingin disatukan anak-anak pula? Konon tidak mahu hasil kekayaan pergi ke orang lain? Atau, mahu membesarkan lagi empayar yang ada? Yang ada ni pun dah international! Apa lagi lah orang-orang tua ni nak!? Adam merengus geram.

Maria mendongak ke langit. Cuba mengira bintang yang ada namun, hampa. Tiada sebutir bintang yang ada. Langit itu kelam. Sekelam hatinya.

"What should i tell to her bro?"

Adam mendongak ke langit kelam itu juga. Meniru gaya gadis di hadapannya. "The truth... .Hmm.. I guess."

The truth huh? Maria mengetap bibir. Macam mana nak beritahu Dini? Hal semalam pun dia naik angin semacam. Inikan pula nak kena beritahu yang aku kena kahwin paksa dengan bestfriend sendiri. Ahhh.... eventhou we a had a good fuck afterwards, still... nak hadap nak bergaduh itu yang aku benci. 

"Patut ke aku beritahu dia as soon as possible? Or after exam?"

Adam mengetap bibir. Berfikir-fikir bagi pihak temannya itu. Kalau ikut perkiraanya, lebih baik secepat yang mungkin. Tetapi mereka ada peperiksaan bulan depan. Kalau diberitahu sekarang mesti Dini terganggu fikirannya. "After exam. You kan plan nak balik kampung dia. Better time tu. Lagipun, kita bukan nak kahwin sangat pun. Kita pun tengah cari jalan nak cancel this shit."

Pada fikirannya, ada betul juga kata Adam itu. Dini kena fokus dengan pelajarannya. Kalau dia gagal dalam mana-mana tugasan atau peperiksaan, pasti sedikit-sebanyak Maria dan keadaannya akan dipersalahkan.

Hanya Kau Di Hati (GxG)Where stories live. Discover now