Di rumah keluarga Aryssa...
"Assalamualaikum!!"Jerit keenam-enam remaja itu.Pak Mat menggelengkan kepalanya sambil mengeluarkan beg-beg remaja-remaja itu.Seorang pembantu rumah membuka pintu untuk remaja-remaja itu masuk.
"Waalaikumussalam.Ya Allah Cik muda dan tuan muda semua.Tak perlulah menjerit.mau nya mak Jah mati terkojol sebab terkejut macam mana"kata Mak Jah yang merupakan ketua pembantu rumah Aryssa.Remaja-remaja itu tersengih apabila mendengar bebelan mak Jah.
"Hehehe,sorry mak jah.lain kali kitaorang tak jerit dah"kata Aaden tersengih.yang lain turut tersengih.
"Umi dengan papa dekat mana mak Jah"tanya Ariff dengan lembut.Ye lah mak Jah kan lebih tua dari aku.takkan aku nak cakap guna nada dingin.maunya Hazel pukul aku sebab tak hormatkan orang tua.
"Puan Alice dan tuan Ariel ada di dalam bilik bacaan.mereka berdua tengah buat kerja"Kata mak Jah.
"Ouhh ingatkan umi dan papa tengah buat adik"kata Aaden selamba.kesemua remaja itu ketawa selepas mendengar kata Aaden yang selamba itu.
"Tak de masanya nak buat adik baru.cukup lah kamu,Ariff dengan Ryssa tu.Umi dah tak larat.lagipun kami dah tua.Kamu bertiga pun dah berumur 17 tahun takkan nak ada adik lagi.Nanti adik kamu tu muda 17 tahun dari kamu"kata Tuan Ariel yang mendengar kata-kata anak lelakinya itu.Tuan Ariel menuruni tangga diikuti dengan isteri,Puan Alice.Aaden tersengih apabila mendengar bicara papanya.ketiga-tiga kembar itu bersalaman dengan parents masing-masing manakala Fellen, Felicia dan Danieysha hanya bersalaman dengan puan Alice dan memberikan senyuman kepada tuan Ariel.
"Ellen,El dengan Ieysha sihat?parents kamu sihat?"tanya Puan Alice kepada kawan baik anaknya.Lagipun dia kenal sangat dengan parents gadis gadis itu.Parents mereka kawan baik dia jugak.
"Semua sihat aunty.Mama dengan papa pun sihat"kata ketiga-tiga gadis itu.
"Ni mama dengan papa kamu bertiga tak marah ke kamu habiskan cuti dekat sini?"tanya Tuan Ariel.Yelah takut bestfriend dia mengamuk je.Anak tak balik rumah sebab tinggal kat rumah kawan baik sendiri.
"Mama dengan papa tak kisah lagipun diorang pun cakap nak datang melawat Uncle dengan Aunty"kata Danieysha.
"Mummy dengan daddy pun sama je"kata Felicia.Memang parents diorang nak datang lawat kawan baik diorang sebab lama tak jumpa dek kerana masing-masing sibuk.
"Ouhh datang jelah.lagipun kami memang rindu nak berborak dengan diorang"kata puan Alice.Dia memang suka kalau kawan-kawannya datang ke rumah mereka.
"Ellen, El dengan Ieysha pergilah rehat kat atas.Kamu bertiga kan dah ada bilik kat sini.Aaden,Riff dengan Ryssa pun pergilah rehat.nanti makan tengah hari mati Mak Jah panggil"kata Tuan Ariel kepada remaja itu.Kesian pula dia tengok wajah lesu remaja-remaja itu.
"Kitaorang naik dulu umi,papa"kata Ketiga-tiga kembar itu.mereka mengambil beg baju mereka lalu berlumba lari ke bilik masing-masing.
"Kami pun naik dulu Uncle Aunty"kata ketiga-tiga gadis itu pula.
"Yelah"kata Puan Alice dan tuan Ariel.Mereka menggelengkan kepala melihat kerenah anak-anak mereka.
"Abang,Aaden cerita dekat saya yang Aryssa dah ingat semua benda"kata puan Alice kepada suaminya selepas memastikan keenam-enam remaja itu masuk ke dalam bilik masing-masing.
"Ye.bila?"tanya tuan Aaden dengan terkejut.
"Dia kata ingatan Aryssa kembali bila sehari sebelum Aryssa bercakap dengan Ariff.Sayang risau lah bang takut Aryssa tu hilang kawalan.Ye lah kan Aryssa berdendam dengan Niara, Alaina dan Aizat sebab Niara dan Alaina tolak Aryssa jatuh tangga sampai semua memori dia hilang lepastu Aizat tu kan obses dengan Aryssa sampai sanggup bunuh tunang Aryssa"kata puan Alice.Dia memang agak risau dengan anak bongsu dia sebab Aryssa seorang yang agak sukar untuk dijangka.Buat nya Aryssa tiba tiba plan untuk bunuh Niara Alaina dan Aizat tak ke naiya orang tu.
"Semua ni salah abang,Lis.Abang yang kahwin dengan Niara."kata Tuan Ariel yang kesal dengan kesilapannya mengahwini Niara.
"Bukan salah abang kalau Niara tu yang gila bayang.Niara tu obses sangat dengan abang sampai sanggup cuba untuk bunuh sayang dengan Aryssa dan sanggup menghancurkan rumahtangga kita sampai kita bercerai"kata Puan Alice yang kesal atas kelakuan bekas madu dan sahabat baiknya itu.
"Lagipun ni semua salah Lis bang.Lis yang kenalkan abang dengan dia.Lis tak sangka yang Niara sampai boleh obses dengan abang.Lis kesal dengan Niara"kata puan Alice.
"Biar lah dia sayang.Abang harap suatu hari nanti keluarga Niara akan terima balasan Allah atas penderitaan Lis dan anak-anak kita lebih-lebih lagi Aryssa,anak bongsu kita"kata tuan Ariel memujuk isterinya daripada sedih memikirkan nasib anak bongsunya itu.
TBC....
***************************
MAAFLAH KALAU CERITA NI HAMBAR.BY THE WAY LYA UBAH SEDIKIT JALAN CERITA NI.SO HARAP KORANG SUKA.PLEASE VOTE COMMENT AND SHARE YE....
I LOVE YOU GUYS.
————————————————
Jangan pernah sesekali melukai wanita kerana wanita adalah insan yang melahirkan lelaki ataupun perempuan.Perempuan kalau dah sayang dia akan sayang betul betul tapi kalau dia dah tawar hati buatlah apa apa pun dia tetap takkan terima balik tak kira seseorang tu cinta pertamanya atau pun orang yang paling dia sayang.jadi hargailah wanita dan jangan sia-sia kan dia kalau korang taknak menyesal atas kehilangan dia buat selama-lamanya~Lya Hazel
————————————————
YOU ARE READING
The Kapla's Sweetheart
Storie d'amore"Sayang,sayang nk tahu tak apa beza sayang dengan lebah.Lebah hinggap di bunga,sayang hinggap di hati Kahar"Kata Kahar. "Ada ada je Kahar ni.Malu lah Ryssa"kata Aryssa. "Tak salah kan kalau Kahar nak bagi pickupline dekat girlfriend kahar.ehh silap...