Bab 2

384 31 4
                                    

SESUDAH Subuh lagi, Khalish diarahkan untuk memandu pergi ke lokasi yang dinyatakan. Tak berhenti-henti mulut menguap gara-gara kantuk yang masih lagi bersisa. Tetapi disebabkan dia sudah janji untuk turut sama dalam Hari Keluarga yang dianjurkan oleh pihak sekolah di mana tempat kakak sulungnya bekerja, terpaksa jua dia gagahkan diri.

"Pak Su mengantuk ke?" Suara anak kecil yang berada di tempat duduk belakang itu bertanya. Mungkin perasan yang bapa saudaranya itu tak berhenti-henti menguap.

"Sikit la. Kenapa?" Stereng dipusingkan ke kiri tatkala tiba di simpang.

"Pak Su tidur lah! Bagi mama yang bawak kereta." Tawa Khalish meletus saat mendengar ayat anak saudaranya itu.

"Cuba Nureen tengok mama Nureen tengah buat apa sekarang?" Mulut dimuncungkan sedikit menunjuk ke arah tempat duduk sebelah pemandu.

"Eh, mama tidur?"

"Bingo!" Baru tiga puluh minit mereka di atas jalan, Khairina sudah terbabas ke alam mimpi. Kalah si anak.

"Reen pun tidur lah. Dah sampai nanti, Pak Su gerak," beritahu Khalish sambil memandang anak saudaranya itu melalui pantulan cermin. Nureen gelengkan kepalanya.

"Tak nak. Reen nak teman Pak Su. Kesian Pak Su tak ada orang teman."

Bibirnya dihiasi dengan senyuman sebagai balasan. Kita tengok lah teman tu sejauh mana kerana dia guarantee, tak sampai sepuluh minit, pasti Nureen pun akan ikut jejak mamanya masuk ke alam tidur. Biasalah, orang kata bapa borek anak rintik, tapi kes ni, ibu borek anak rintik!

***

KHAIRINA meregangkan tubuhnya, meluruskan balik segala urat dek kerana lama berada di dalam kereta. Sakit badan!

"Kau menggeliat macam kau yang bawa kereta," cebik Khalish. Ingatkan kakaknya itu hanya akan tidur sekejap sahaja, tup tup, dari awal perjalanan sampai lah tiba ke destinasi, masih lagi sedap berada di alam mimpi.

Khairina tayang sengih. Tubuh Nureen didukung lantas ikatan rambut dikemaskan. "Ala, sekali-sekala jadi driver. Jom ikut aku. Diorang dah ada dekat lobi hotel. Jangan risau, diorang bagi rehat dulu. Lepas Zohor baru mula aktiviti," jelas Khairina saat melihat wajah penat adiknya itu.

Khalish tidak membalas, sebaliknya hanya mengikuti sahaja langkah wanita itu dari belakang. Sebaik sahaja tiba di lobi, terdapat sekumpulan manusia sedang berkumpul di mana sudah tentu lah ia merupakan guru-guru dari tempat Khairina bekerja.

"Eh Rina, mari la sini." Salah seorang guru wanita, iaitu Cikgu Wati, menggamit Khairina untuk datang mendekat.

Dengan langkah yang malas, Khalish membuntuti langkah kakaknya itu dari belakang. Telefonnya sedikit bergetar, menandakan ada pesanan WhatsApp yang masuk. Diseluk keluar objek nipis itu dari poket seluar. Dek kerana terlampau ralit menunduk memandang skrin, dengan tidak sengajanya, berlaku pelanggaran dengan seseorang. Terkejut dia jadinya.

"Sorry, sorry!" Serentak mereka berkata. Saat mata Khalish terpaku pada seraut wajah tersebut, dia terpana. Segala pergerakan juga mula terhenti.

Haania pula ketika ini rasa macam nak benam kepala dalam tanah. Itu lah! Mari undur je belakang tak toleh dulu. Tak pasal-pasal dah langgar orang. Buat orang yang dia langgar ni jenis baran, mahu kena sembur. Tapi bila dah masing-masing meminta maaf, segala pemikiran negatif, terus tak jadi singgah.

"Maaf ye encik. Saya tak sengaja. Telefon encik tak jatuh kan?" Haania perasan yang lelaki itu memegang telefon bimbit. Mana tahu mereka bertembung kuat sangat sehingga terlepas objek cangih itu dari pegangan tangan lelaki di hadapannya ini.

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now