EC:NN13

2.2K 87 0
                                    

                        "IT'S LUNCH HOUR GUYSSS!!" jerit Hafiz ceria seraya membaling kertas kerjanya ke udara. Dialah orang yang paling punctual ketika waktu makan tengah hari.

"Psst! Cik Lily datang weh," desas desus kedengaran suara pekerja-pekerja di syarikat KZ's Holding sedang berbisik.

Lily berjalan masuk dengan penuh diva. Spek mata hitamnya diletakkan di atas kepala. Matanya menjeling semua orang sebelum dia perasan sesuatu.

"Omg, what the hell are you guys wearing? So not up to date, looks like makcik-makcik you know?" ujar Lily sinis.

Mereka semua hanya diam mendengar tomahan yang keluar daripada mulut Lily. Hati memang pedih, namun tidak berani mereka melawan kerana takut dibuang kerja.

"Kenapa ya, Cik Lily? Kenapa kalau kitorang pakai tudung pun? Cik Lily panas hati ke?" soal Aishlyn jengkel.

Percayalah, dia sudah sedaya upaya menahan mulutnya daripada membalas ayat gadis terdedah itu. Namun, haihh terlepas jua.

"You siapa? Orang baru? Eh you kenal tak I ni siapa? I ni Lily. Model Antarabangsa yang terkenal," ujar Lily sambil menunjal bahu Aishlyn.

Aishlyn menjuihkan bibirnya. Halah kisah pulak aku!

"Haah, Cik. I orang baru, plus, I might be your new rival, trust me... Tuan Zaquan dah mula nak berubah hati dekat I tau," bisik Aishlyn sinis.

Lily ketawa seperti orang gila.

"Guys! Oh my god, this is so funny! This selekeh girl said that my boyfriend, nak berubah hati daripada I dekat dia? Can you guys believe it?!" soal Lily masih dengan sisa tawanya.

"In your dream," ujar Lily sinis.

"Tapi betul lah, Cik Lily. Encik Luth tu caring gila dekat Aishlyn semalam, siap tolong ikatkan luka, harini pun dia minta maaf dekat semua orang sebab Cik Aishlyn suruh!" jerit seseorang.

"Betul! Macam Cik Lily tak tahu perangai boyfriend Cik Lily tu macam setan! Ada dia minta maaf kalau Cik Lily suruh? Lamberttt lagi!" tambah seorang lagi pekerja.

"SIAPA YANG CAKAP TU?!" tengking Lily kuat. Tiba-tiba, suasana di tingkat itu senyap sunyi.

Lily mulai bengang manakala Aishlyn pula tersengih sinis.

"Dreams come true," ujar gadis itu sinis. Lily menaikkan tangannya untuk menampar gadis biadap dihadapannya ini.

"Lily!"

Mata semua memandang Zaquan yang sedang memerhatikan mereka dengan reaksi wajah yang bengang.

"Apa you buat dekat sini?" soal Zaquan sambil mendekati mereka.

"Sayangg! I datang nak jumpa you, tapi perempuan kurang ajar ni buat darah I menggelegak!!" marah Lily seraya menunjuk ke arah Aishlyn.

Zaquan mengerling bekas kekasihnya itu, Aishlyn buat riak tidak bersalah sambil menggelengkan kepalanya.

"Kenapa you nak jumpa I?" soal Zaquan lagi.

3|| EC: Lynquan's First Love ©️Where stories live. Discover now