EC:NN15

2.3K 91 0
                                    

                  ZAQUAN dan Aishlyn berjalan beriringan masuk ke dalam restoran tersebut. Hal ini kerana, Zaquan ingin berjumpa dengan client mereka.

"Wey aku minta maaf tau tadi," ujar Aishlyn lagi. Sejak daripada kes dia kena tengking tadi sehinggalah masuk ke dalam restoran ini, rasanya sudah hampir 5 kali dia meminta maaf.

Hatinya tidak tenang selagi Zaquan tidak memaafkannya.

"Zaquan... Aku minta maaf," rungut Aishlyn lagi apabila Zaquan mengendahkannya.

"Awakkk... saya minta maaf la," ujar Aishlyn lagi. Sebanyak 5 kali itulah Aishlyn menggunakan panggilan yang berbeza.

Aku-Kau, Lu-Gua, Ekau-Eden, Naneun-Neorang, Kawe-Mike, semua loghat di Malaysia telah dia gunakan.

"I forgive you. Okey? We're done? Now seat," arah Zaquan seraya menarik kerusi untuk Aishlyn. Aishlyn tidak berpuas hati dengan jawapan Zaquan namun dia pendamkan sahaja memandangkan sebentar sahaja lagi, client mereka akan tiba.

"Hye, Mr Luth Zaquan," sapa seorang lelaki yang berbangsa Cina. Lelaki itu tersenyum manis sambil menghulurkan tangannya kepada Zaquan.

Zaquan dan Aishlyn bangun dari duduk mereka sebelum Zaquan berjabat tangan dengan Lucas. Aishlyn pula hanya tersenyum di samping Zaquan.

"Shake my hand?" Lucas menghulurkan tangannya kepada Aishlyn. Aishlyn yang gelabah itu menggelengkan kepalanya dengan senyuman janggal.

"Aaa sorry... Tak boleh," balas Aishlyn janggal. Lucas menjongketkan sebelah keningnya.

"Sombong personal assistant kau ni, Zaquan. Mana kau dapat dia ni? Dengan bertudungnya... I thought company kau hanya terima yang... Liar?" soal Lucas sinis.

Aishlyn memandang Zaquan.

"Trust me, she's the wildest of them all. Even aku pun rasa ditawan," balas Zaquan lalu ketawa. Lucas hanya tersengih sebelum duduk. Diikuti oleh Aishlyn dan Zaquan.

Mata lelaki berbangsa Cina itu hanya memerhati gerak-geri Aishlyn.

"Jadi... Let's start with our discussion," ujar Zaquan kepada Lucas. Lucas mengangguk sebelum dia mengerling Aishlyn buat sesaat lagi sebelum perhatiannya sepenuhnya kepada Zaquan.

20 minit telah berlalu semenjak mereka memulakan perbincangan. Aishlyn sebagai seorang personal assistant yang baik, dia mencatat segala isi yang penting.

Hinggalah tiba satu saat dimana dia merasakan ada sesuatu yang sedang bermain-main di bahagian betisnya. Aishlyn menolak garfu itu jatuh.

"Sorry," ujar Aishlyn sebelum dia tunduk untuk mengambil garfu tersebut. Sekaligus melihat gerangan biadap yang mengganggu ketenteraman kakinya.

Kaki Lucas !

Terus Aishlyn bangun secara drastik yang mengejutkan Zaquan.

"Sorry... I wanna go to the toilet, excuse me," pamit Aishlyn sebelum pergi ke tandas. Sepanjang perjalanan ke tandas itu, mulutnya memaki hamun jejaka berbangsa Cina yang duduk di hadapannya tadi.

"Jijik! Jijik! Jijik!" marah Aishlyn sambil menyental kawasan yang terkena Lucas itu sekuat hati.

Tak cukup dengan itu, dia menadah air sebelum membasahkan kawasan betis itu. Benci, geli, dan jijik!

"Kurang ajar punya jantan. Eh nasib kau tu client jelah, kalau bukan client tu dah lama aku patah riukkan tulang kau!" marah Aishlyn lagi.

Nafas ditarik dan dihembuskan berulang kali. Pipi ditepuk dalam kadar kekuatan sederhana sebelum dia keluar daripada tandas tersebut.

"Boo!"

"Allahuakhbar!" terjerit Aishlyn disitu. Dia melihat gerangan biadap yang mengejutkannya itu, erghh Lucas!

"Hye awaknyaa," ujar lelaki itu sambil tersengih kepada Aishlyn. Aishlyn menjeling lelaki itu, malas aku dia ni.

"Sombongnya awak ni," tangannya naik ingin menyentuh Aishlyn namun gadis itu pantas mengelak.

"Perangai jangan nak sibat sangat boleh tak? Takde adab ke? Yang nak sentuh-sentuh orang ni kenapa?" bidas gadis itu bengang. Haa aku kalau boleh debik dia ni, apa pun tak dapat!

"Chill la abe, Zaquan kata awak ni liar... Nak tengok juga tahap 'keliaran' awak tu," balas Lucas sinis. Tangannya sekali lagi naik ingin menyentuh tangan gadis itu.

PANG !

"Kau nak tengok liar aku sangat kan? Tu baru aku tampar, belum aku siat kulit muka kau buat roti canai. Tolong eh, jangan tunjuk sangat bangang tu. Jangan tunjuk sangat tak reti hormat orang, sentuh aku lagi... Aku patahkan tangan kau," ugut Aishlyn sebelum kembali ke meja meninggalkan Lucas sendiri.

Lelaki itu masih menyentuh pipinya sebelum dia ketawa. Wahh rasa macam tak percaya! Dia kena tampar? Hebat.

Aishlyn duduk di tempatnya dengan muka yang jelas bengang.

"Lama betul kau gi tandas, you okey?" soal Zaquan.

"No I'm not." Elok sahaja Aishlyn mengutarakan ayat itu, Lucas kembali dengan senyuman di bibir.

"Bro pahal pipi kau merah?" soal Zaquan hairan.

"Kena sepak dengan bidadari tadi... Small matter la, nothing to worry," balas Lucas sambil matanya mengerling ke arah Aishlyn.

Aishlyn mendekatkan dirinya kepada Zaquan sebelum berbisik.

"I don't like him," bisik Aishlyn dengan nada benci yang membuak-buak. Ya dia memang seorang yang jujur, orang kata painful truth, beautiful lies.

"Same."

"Anyways, let's continue our discussion. Your proposal nampak baik setakat ini," tambah Zaquan dengan senyuman menghiasi bibir.

Aishlyn di sebelah kembali mencatat apa yang patut.






Main villain kita dah sampai ges, welcome to the group... Presenting~ ABE LUCAS!!😽

🌸-arysffya-🌸

3|| EC: Lynquan's First Love ©️Where stories live. Discover now