Tak perlu dijemput, Emma melabuhkan punggungnya disebuah kerusi yang bertentangan dengan Dylan. Mereka dipisahkan meja besar milik lelaki itu.
"Mana agreementnya?"
Dylan diam sejenak, sambil merenung kosong mata gadis didepannya. 'Boleh tahan beku gadis ni..'Bicara Dylan didalam hati.
Beberapa lembar kertas yang sudah dikepil rapi Dylan hulur.
Tidak membuang masa, lembaran pertama Emma selak lalu baca.
-AGREEMENT-
1.Kena bahasakan boyfriend awak 'saya,awak' Terutama dihadapan Rita.
2.sentiasa ada masa bila diperlukan
3.pastikan Rita dan saya bersatu dalam masa 3 bulan,kalau tak kembalikan semua wang dan juga barangan yang saya beri.
4.mesti bekerja di pejabat saya.
Syarat ke 5,ke 6 dan seterusnya Emma baca dengan kerutan didahi.
"Kenapa syarat ni,untungnya semua untuk kau? Habis tu, aku macam mana?" Soal Emma tak berpuas hati.
"Sebab tu, ada benda yang namanya perbincangan cik Emma.. Kalau kita tak berbincang memang salah seorang dari kita je yang untung. Dan..Panggilan saya awak adalah syarat pertama yang saya senaraikan. Kalau orang dengar, orang akan curiga tentang hubungan kita." Emma mengalih pandangannya ke arah muka Dylan.
"Ye la, ak.. Saya cuba." Emma cuba menyesuaikan diri. Dia bukan seorang gadis yang lemah lembut, kerana dibahunya terpikul seribu bebanan keluarga. Walaupun ada abang, tapi dia adalah seorang ibu kepada seorang adik yang masih kecil, dan dijaga penuh kasih sayang sejak adiknya berumur lima bulan.
Dia juga seorang cucu kepada seorang nenek yang sudah sakit, dan perlukan duit untuk rawatan. Seperti mana neneknya menyayangi mereka sejak kecil, sehingga mereka tiga adik-beradik besar seperti sekarang, begitu jugalah Emma menyayangi neneknya. Sebab itulah dia tak ada kawan, adapun hanya kawan sekerja saja. Emma betul-betul tak pandai bersosial.
"Satu lagi tambahan, awak kena tidur dirumah saya apabila perlu.." Mata bulat Emma, Dylan pandang sambil melihat reaksi gadis itu.
"Kenapa pula?" Pandangan Dylan Emma balas tanpa takut.
"Sebab.. Rita nak celebrate persahabatan di rumah saya.." Perlahan Emma menghembus nafas. Sudahlah terpaksa berhenti kerja ditempatnya kerja sekarang, terpaksa pula bekerja sebumbung dengan lelaki ini. Dan saat ini, terpaksa serumah pula.
Tak diikut, dia perlukan duit untuk rawatan neneknya. Dia bukan takut, tapi.. Mereka hanya kenal baru berapa hari saja."Kalau bab terpaksa tinggal kat rumah kau tu.. Eerr, rumah awak tu, saya kena bincang dengan family saya. Saya kena minta izin abang dan nenek saya dulu. Saya tak pernah tinggalkan rumah sebelum ni." Jujur, wajahnya dikerutkan. Risau jika nenek dan abangnya tak setuju. Melayanglah peluang untuk dapatkan duit yang banyak tu.
Dylan memerhati wajah polos gadis kasar itu. Zaman sekarang mana ada perempuan yang sudah dewasa sepertinya masih perlukan keizinan. Interesting..
"Berapa umur awak masih nak minta izin bagai ni? " Sinis senyuman lelaki didepannya. Wajah yang tersenyum senget itu membuat darah Emma diparas normal kini tiba-tiba naik 100 darjah celcius. Dia tak kenal nenek aku!
"Apa masalah dengan umur saya? Awak tak kenal nenek saya. Lagipun, saya kena patuh dengan nenek saya. Dari saya kecik sampai sekarang, dialah pengganti arwah ibu dan abah saya. Kalau bukan kata-kata dia yang saya turutkan kata-kata siapa lagi?" Ada getar disebalik ketegasan nadanya.
Untuk pertama kalinya dalam seumur hidup Dylan, kata-kata gadis didepannya itu berjaya membuat hati Dylan merasa bersalah.
"Emma.. I'm sorry.." Belakang tangan Emma dia sentuh, niat untuk menenteramkan gadis itu.
Tangan yang disentuh lembut, Emma tarik. Tak suka disentuh begitu. Walaupun hanya sentuhan biasa bagi orang lain.
Dylan cuba membaca sifat Emma, jauh bezanya dengan Rita. Kalau Rita, dia suka bila dibelai walaupun belum bergelar kekasih dulu, lemah-lembut, kalau bertutur, dialah gadis melayu terakhir. Emma, walaupun berambut panjang, berkuku cantik, ada mekap tipis diwajah, tapi tetap kasar. Dari segi percakapan dan perbuatannya.
Kalau sekali pandang, orang akan salah sangka melihat kelembutan wajahnya. Orang akan kira Emma seorang gadis yang lemah-lembut.
"Okay.. Awak boleh balik, lepas awak dah dapat permission dari family awak nanti, text saya. Nanti saya hantar orang bawa awak pergi rumah saya." Sinis senyuman Emma mendengar kata-kata dari mulut Dylan. Kau tak kenal nenek akulah.
" Yakin betul ehh awak.. "Terangkat kening Dylan, tak faham.
" What? "
"Awak tak kenal nenek saya Dylan.."
Dan disebabkan itu, Dylan terpaksa menunggu Emma untuk datang kerumahnya selama tiga hari sejak hari itu.
Dylan sempat ragu akan tindakannya mengambil Emma sebagai teman wanita upahan sementaranya.
Telefon dicapai, nombor Emma dicari sebelum didail.
Dia dengan sabar menunggu orang dihujung talian menyambut panggilannya.
"Hello.." Suara lembut Emma kedengaran. Dylan sempat tergamam, pertama kali mendengar Emma bersuara lembut dengannya. Selalunya tegas dan sedikit kasar.
"Macam mana dengan nenek awak sekarang?" Suara decitan kecil Emma sempat dia dengar.
"Susahlah nenek aku.. Abang dengan adik aku err saya dah settle.. Tinggal nenek je lagi.."
" Tak apa.. Macam ni, macam mana kalau saya yang datang rumah awak? Saya tolong pujuk nenek awak.. Dah tak ada masa sangat ni Emma.. " Ragu-ragu Emma dengan cadangan itu. Nenek ni kalau dia kata tak boleh jarang betul dapat boleh.
" Err awak cubalah dulu. Mana tahu dengan awak dia lembut sikit.. "Tak salah kalau cuba kan.. Sayang betul kalau tak boleh, peluang jadi kaya ni. Kaya sekejap pun tak apa kan..
YOU ARE READING
Agreement Cinta
Storie d'amoreDisebabkan keegoan Dylan yang tinggi, tugas Emma menyatukan Dylan dan bekas kekasihnya menjadi rumit. Itu selalu membuatkan punca pergaduhan keduanya. Emma semakin stress kerana dikhabarkan Rita akan bertunang dengan kekasihnya James. Semakin...