Prolog

8 3 0
                                    

-Tahun 1460-

      Seorang lelaki yang berbaju tradisional Melayu itu berlari ke sana ke mari mencari jalan keluar dari hutan tebal itu.

      "Huh, dah nak senja ni, macam mana aku boleh tersesat kat sini?" Dia berjalan lurus tanpa tujuan, dan tanpa disangka dia menemui sebuah gua.

      "Oh? Tak tahu pulak dekat sini ada gua, bolehlah aku berehat sekejap."

Dia masuk ke dalam gua perlahan-lahan dan dan duduk di atas salah satu batu di dalam gua itu. Dia mengambil kain yang terlilit di kepalanya lalu mengipas dirinya menggunakan kain tersebut. Kepalanya menoleh ke kiri ke kanan dan terlihat di penjuru gua itu terdapat obor-obor yang menerangi ruangan itu. Kerana sifat ingin tahu, dia bangkit dari duduknya dan berjalan menghampiri penjuru itu. Dahinya berkerut apabila terlihat sebuah peti kayu yang diselaputi sarang labah-labah. Dia membersihkan sarang labah-labah itu dan sedikit habuk di atasnya lalu membuka peti tersebut.

      "Uhuk... uhuk... ehem.. Ish, dahsyat betul dia punya debu tu.. Apa yang berbalut-balut ni?"

Dia mengambil sesuatu yang dibaluti dengan kain usang itu. Perlahan-lahan dia membuka kain itu yang akhirnya menampakkan sebuah buku yang tebal.

      "Nampak macam buku kosong, kenapa pulak nak balut-balut ni?" Ujarnya seorang diri sambil membelak  muka surat buku itu sehingga dia terbelak satu muka surat yang begitu menarik perhatiannya. Pada muka surat itu, terpampang satu ayat yang ditulis dalam Jawi.

'سيلا توليس هاجت اند ديسيني'

      "Muka surat ni je yang masih elok? Peliknya.." Tiba-tiba dia teringat akan rakannya.

      'Faliq, 10 tahun dah benda ni berlalu, dan aku masih tak boleh nak buat apa-apa. Kalau aku boleh putarkan masa, aku takkan setuju bertemu dengan kerajaan Pujangga Sari.'

Dia terfikir, adakah buku ini benar-benar dapat membantu kawan baiknya selaku bekas Raja di kerajaan ini?

  "Usah risau anak muda, tuliskan sahaja hajatmu. Di sini, tiada yang namanya dusta. Dusta hanyalah di duniamu ya penuh alpa."

Faliq menoleh ke kiri dan kanan. Berdiri bulu roma-nya dek kerana suara misteri itu. Namun, kalbunya berkata lain.

      'Aku tidak mahu Raja Akbar terus menzalimi rakyat disini. Dia hanya memusnahkan kerajaan Pancar Rajawali. Mungkin ini adalah penamatnya?' ujarnya dalam hati. Dengan penuh tekad, dia mula mencari pena untuk menyatakan hajatnya. Akhirnya, dia berjaya menjumpai sebatang pena di dalam peti itu tadi.

'ڤوتر كمبالي ماس كڤد تاهون ١٤٥٠'

Tamat sahaja hajatnya ditulis, langit senja yang mulanya kejinggaan mulai gelap. Melihat gua yang semakin gelap, Faliq segera bangkit sambil memeluk buku itu dan berjalan laju untuk keluar. Gerun dirinya melihat langit yang semakin menyinar dengan panahan petir. Angin yang begitu deras seakan-akan hendak taufan. Tuba-tiba, pendengarannya mula berdengung, matanya mulai kabur. Badannya sudah kehilangan keseimbangan membuatnya terjelopok ke tanah. Tidak lama kemudian, matanya tertutup dan dia akhirnya hilang kesedaran.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 30, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Red MoonWhere stories live. Discover now