Rumah opah riuh dengan gelak tawa. Mana taknya, kisah aku dan Nazirul dikejutkan pukul 3 pagi itu sudah tersebar luas. Habis satu rumah terjaga dengan penggera jam loceng itu.
Aku dan Nazirul duduk di meja makan sambil menikmati sarapan pagi yang sudah disiapkan oleh ibu dan ummi. Lantaran itu, suara sahutan salam dari luar menarik perhatian kami. Kelihatan dua orang lelaki melangkah masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur.
"Hai Amir, Rashid. Awal kamu berdua hari ni?"tegur Ummi.
"Saja mak ngah.. nak tegur pengantin baru"kedua kening Amir dijungkitkan memandang ke arah Nazirul dan aku. Nazirul memandang Amir tajam. Pandangan membunuhnya menikam mata Amir.
"Kau kurang ajar kan!"marah Nazirul melemparkan kain buruk tepat mengena wajah Amir. Aku tertawa geli hati.
"Hehehe.. relax lah Rul. Tapikan, aku tertanya juga. Macam mana semalam?"soal Rashid pula tersengih. Nazirul mula bengang drastik berdiri dan mengacah untuk mengejar Amir dan Rashid. Terus lintang pukang Amir dan Rashid melarikan diri.
Nazirul kembali duduk. Air teh o suam di teguknya. Aku tidak henti mentertawakan gelagat Amir dan Rashid.
"Seronok gelak?"soal Nazirul kepada aku.
"Kelakar. Tak sangka, kapten Nazirul Althar pun senang untuk dikenakan"kata ku sengaja menyakatnya.
Nazirul hanya diam. Dalam diam, dia turut melakar senyum sambil meneguk air.
Aku duduk bersantai di atas pangkin sambil menikmati suasana kampung dengan tiupan angin pagi yang bertiup lembut. Tidak ku sangka aku kini sudah bergelar seorang isteri kepada sepupu aku sendiri. Bila di ingatkan balik kisah dulu membuatkan aku tertawa sendiri.
Aku dan dia tidak pernah bertegur sapa disebabkan aku seorang yang sangat pemalu. Kini, dia sudah menjadi suami aku dan duduk sebilik dengan aku.
"Jauh termenung"tegur Nazirul melabuhkan duduk disamping aku.
"Tak ada.. saja ambil angin"jawab ku tanpa memandang ke arahnya.
"Sayang cuti lama lagi kan?"tanya Nazirul. Drastik aku menoleh memandangnya.
"Kenapa?".
"Abang ingat nak bawa sayang jalan-jalan"tutur Nazirul pandanganya di lempar terus ke hadapan.
"Jalan-ja..."tutur ku terhenti apabila telefon bimbit aku berdering.
Telefon di ribaan aku, aku pandang dan aku telangkupkan. Melihat nama yang tertera di skrin membuatkan aku mengeluh berat. Panggilan itu aku biarkan begitu.
"Kenapa tak angkat?"tanya Nazirul turut melihat ke arah telefon aku.
"Malaslah. Bos Leyya je tu"jawab ku kembali memandang ke hadapan.
"Angkatlah.. mana tahu ada urusan kerja ke"pujuk Nazirul.
Aku mengeluh berat. Telefon aku angkat dan butang hijau aku tekan. Panggilan aku buat dalam mode pembesar suara agar Nazirul dapat mendengar perbualan itu.
"Aleyya.. why you tak bagitahu I yang you dah kahwin. I thought you ambil cuti pergi umrah sampai 2 minggu"sahut bos aku dalam talian.
Aku memandang ke arah Nazirul yang sudah berkerut dahinya mendengar percakapan Bos aku.
"Leyya, sampai hati you lukakan hati I. Sam-"terus aku memutuskan talian. Malas mahu mendengar celotehnya yang entah apa-apa tu.
"Sebab tulah Leyya malas nak jawab call dia"kata ku.
"Susahlah macam ni kalau ada yang suka dekat isteri abang"usik Nazirul mengjungkit kening.
YOU ARE READING
Pabila Datangnya Dia (onhold)
Lãng mạnPenyatuan yang tidak pernah disangka oleh seorang gadis bernama Aléyya. Kejadian yang mengguris hatinya membuatkan dirinya berada didalam dilema. Aléyya terpaksa menerima pernikahan bersama seorang lelaki yang dia tidak pernah sangka bakal menjadi...