HARI berganti hari, Mikael sudah mula mahir dalam menguruskan anak kami. Abang El dan Abang Mike langsung tidak pernah ketinggalan dalam melawat kami. Hari-hari ada sahaja topik baharu yang hendak diajarkan. Mikael juga hanya mampu menadah telinga mendengar bebelan Abang El sekiranya dia buat kesalahan.
Aku menepuk anak aku tidur. Si kecil itu sudah terlena kerana kekenyangan. Mikael pula berbaring disebelahku tapi di atas lantai sahaja sambil menompang dagu merenung anak kami.
Sesekali bibirnya mengukirkan senyuman.
Orang tu seronoklah sebab dia dah ada anak sendiri.
"Nada." Suara Abang El membuatkan aku mendongak menatapnya yang sedang duduk di atas sofa sambil memerhatikan kami. Abang Mike pula baring berbantalkan riba Abang El sambil menonton tv.
Aku terkebil-kebil menatap seraut wajah abang sulungku itu. Sentiasa penuh lagak tetapi hatinya baik.
"Kau dah fikir nama untuk anak kau?" soal Abang El ingin tahu. Sepasang mataku terkelip untuk sesaat. Haah, nama anak kami. Aku dah lupa tentang hal itu kerana terlalu seronok mendapat ahli baharu dalam keluarga kecil kami.
Aku menggeleng. Jujur.
"Kau, Mika?" soal Abang El pada suamiku.
Mikael juga menggeleng.
"Apa jenis mak ayahlah kau berdua ni. Orang lain dah teruja nak cari nama untuk berikan pada anak. Kau berdua? Asyik sibuk kelek anak," bebel Abang El bersama-sama muka geram.
Kami berdua menayangkan sengihan.
Biasalah pertama kali memperoleh anak. Pastinya kami akan menjadi sedikit 'obses' dengan si kecil ini.
"Abang Mike ada satu nama. Sunshine nak ke?" soal Abang Mike sambil bangun dari pembaringan. Sepasang matanya itu merenungku.
"Nak!"
"Qabil. Muhammad Qabil." Mudah dan ringkas.
"Qabil..." ulang Mikael sambil menatap anak kami. Seulas bibirnya mula menguntumkan senyuman.
"Saya setuju, Abang Mike. Nama tu menarik." Puji Mikael.
Aku mengangguk.
"Baguslah. Tak sia-sia Abang Mike tak boleh tidur selama dua hari hanya kerana memikirkan nama anak untuk sunshine dan Mikael." Katanya sambil tersengih. Aku pula rasa terharu.
"Terima kasih, Abang Mike." Ucapku telus.
Abang Mike mengukirkan sengihan. Kelihatan berlekuk lesung pipit pada pipi kirinya. Ya, Abang Mike hanya ada sebelah sahaja lesung pipit. Manakala, Abang El punya kedua-duanya. Tapi itulah. Abang El jarang senyum.
"Assalamualaikum, Muhammad Qabil. Daddy harap anak sulung daddy ni dapat membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh. Jadi abang yang baik dan berjaya kepada kami, umat islam dan negara." Ucap Mikael seraya mencium dahi Qabil.
"Awalnya sebut adik?" aku menyakat.
"Biar dia tahu awal-awal yang dia ada adik. Lagipun, abang pasti anak lelaki kita ni akan jadi insan yang buat hati kita gembira." Ujar Mikael.
Aku tersenyum.
"Assalamualaikum juga, Muhammad Qabil. Mummy sentiasa mendoakan kebahagiaan, kecemerlangan dan kejayaan Qabil untuk dunia dan akhirat. Mummy nak Qabil jadi macam daddy yang tak pernah gagal untuk membahagiakan mummy dan seorang yang baik. Mummy harap Qabil boleh jadi tulang belakang keluarga yang paling kuat dan juga manusia yang beritergriti. Tidur nyenyak, Qabil." Bisikku.
Mikael mencium dahiku.
Aku senang hati.
"Inilah sebabnya aku malas nak datang sini, Mike. Kau beria ajak aku ikut," rungut Abang El tiba-tiba. Dia menongkat dagu sambil memerhatikan kami berdua. Dasar busuk hati. Dia yang tak mahu cari pasangan selepas itu dengki.
"Apa salahnya sunshine romantis dengan suami sendiri? Kita juga yang senang hati, El." Tukas Abang Mike tak mahu kalah.
Abang El menjuihkan bibir.
Biasalah. Pendapat Abang El dan Abang Mike jarang sekali hendak sama. Namun, mereka terlalu rapat bagaikan isi dengan kuku.
+++
LANGIT sudah bertukar senja. Abang El dan Abang Mike menunaikan solat maghrib secara berjemaah dengan Mikael sebelum berangkat pulang. Abang Mike menyentuh kulit wajahku dan sepasang matanya merenungku.
"Abang Mike mungkin susah nak jumpa sunshine selepas ni. Jaga diri elok-elok. Jadi isteri yang baik. Dengar aje apa yang El pesan." Tuturnya dengan lembut.
"Bila Abang Mike balik?" soalku.
Abang Mike menjungkit bahu.
"Hmm. Kalau panjang umur insyaAllah tiga empat bulan lagi. Kalau tak. Abang Mike mungkin takkan balik lagi."
"Abang Mike." Suaraku menjadi keras sedikit.
Aku marah.
Abang Mike ketawa kecil.
"Sorry, sunshine. Abang Mike gurau je. Abang Mike akan cuba balik dalam masa yang terdekat. Jaga diri tau. Jangan stress." Aku mengangguk. Tangan kekar Abang Mike mengusap rambutku sebelum dahiku dicium. Lama.
Abang El mendekati kami lalu bahu Abang Mike disentuh.
"Jom balik." Gamitnya. Abang Mike lekas bangun. Seusai itu, Abang El tunduk sedikit lalu dia mengusap kasar rambutku sehingga serabai. Rambut aku dah serupa orang gila.
Abang El tersengih sinis.
"Jaga diri dan berpantang elok-elok. Kalau si Mika tu buat kau sakit hati beritahu aku. Tahulah dia nanti." Pesannya sebelum melangkah pergi.
"Mikael takkan buat Nada sakit hati," bangkangku.
Abang El hanya mengabaikan bicaraku ibarat angin lalu.
Aku hanya memerhatikan Mikael yang mengiring abang-abang aku keluar dari rumah. Aku minta mereka bermalam mereka tak mahu. Alasan, bertimbun kertas kerja yang masih belum disentuh.
Dasar.
Abang El dan Abang Mike memang abang yang boleh diharap. Sesibuk mana pun mereka aku tetap juga diutamakan. Itu sebabnya aku rasa sangat bertuah. Lagi-lagi Mikael yang sentiasa ada disisi aku.
YOU ARE READING
MIKAEL: Overprotective Husband
RomanceApa perasaan kau bila suami kau terlalu overprotective sedangkan perkara yang normal boleh dianggap abnormal? pasti sakit kepala kan? "Abang. Saya rasa tak selesa bahagian perut-." - Nada Hania "What?! Isteri abang dah nak bersalin? Abang akan call...