EC:NN19

1.9K 71 0
                                    

              "AISHLYN bangun. Kita dah sampai," kejut Zaquan sambil mengeliat di dalam kereta itu.

Fuh lenguh segala urat kaki yang ada. Kerja tekan brek, tekan minyak. Kena pulak kereta banyak, perghh menangis Zaquan di atas jalan raya tu.

Aishlyn pula baru sahaja sejam naik kereta, dia sudah melelapkan matanya. Langsung tidak bertindak sebagai co-pilot yang berguna.

"Aishlyn? Bangunlah kita dah sampai rumah bapak setan tu. Cepatlah, kau dah mati ke? Aishlyn? Dayana? Sahabat? Hello?" panggil Zaquan bertubi-tubi apabila Aishlyn tidak bergerak.

Zaquan mencapai bantal sebelum menekup muka gadis itu. Meronta-ronta Aishlyn dibuatnya.

"APA MASALAH KAU?!" tengking Aishlyn kuat. Sebelah tangannya naik menepuk kepala Zaquan kuat menggunakan bantal yang dipeluknya.

"Sakitlah! Kau tinggi suara pahal?! Ha derhaka derhaka! Jomlah, dah sampai dah rumah dia ni," ujar Zaquan malas sebelum turun daripada keretanya. Dia melakukan senaman ringan.

Begitu juga dengan Aishlyn sebelum mereka berdua berjalan beriringan masuk ke halaman rumah itu.

"Assalamualaikum," laung Zaquan di hadapan pintu kayu itu. Pintu terbuka menampakkan seorang bibik.

"Silakan masuk. Sebentar lagi Dato bakal turun," ujar bibik itu seraya mengundurkan diri. Aishlyn dan Zaquan pun masuk ke dalam rumah itu dan duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu.

"Kau nervous?" soal Zaquan kepada Aishlyn. Kedua-dua tangannya di atas lutut.

"Tak. Tuan?" soal Aishlyn kembali. Zaquan menggeleng kepalanya padahal kakinya sudah menggigil.

Muncul sosok tubuh Dato Zaini yang turun daripada tangga. Dia duduk di hadapan Aishlyn dan Zaquan yang hanya kaku seperti patung.

Lelaki tua itu memandang Aishlyn atas bawah dengan pandangan sinis.

"Inilah perempuan simpanan kau ya, Zaquan?" soal Dato Zaini sinis.

"Dato! Tolong jaga mulut, dia bukan perempuan simpanan saya. Dia pembantu merangkap kawan baik saya," balas Zaquan dengan nada dingin.

Aishlyn pula yang rasa seram sejuk melihat pandangan dingin anak beranak itu.

"Marah nampak?" provok Dato Zaini lagi.

"Memanglah marah. Takkan saya nak diam bila orang salah anggap orang yang saya sayang. Lainlah macam Dato, you don't even know how to love someone properly," bidas Zaquan sinis.

"Kau jangan nak biadap dengan aku ya, Zaquan! Aku ni bapak kau! I do know how to love someone! Selama ni aku sayang mak kau dengan kau, tak cukup lagi ke, Zaquan?!" bentak Dato Zaini.

Dadanya turun naik menahan amarah. Matanya mencerlung tajam mata anak lelakinya itu.

"Oh sayang. Lain macam ya sayang Dato? Jual anak, curang dengan bini waktu dia kena kanser... Tu sayang ke, Dato?" soal Zaquan sinis.

Aishlyn terdiam di tempatnya. Tak berani nak menyampuk.

"JANGAN MELAMPAU, LUTH ZAQUAN!" tengking Dato Zaini. Zaquan tersengih sinis. Mission accomplished!

"Aku bagi kau syarikat tu. Apa lagi tak cukup?! Kenapa kau biarkan perempuan takguna sebelah kau ni rosakkan reputasi syarikat tu?! Mana aku nak letak muka aku?!" bentak Dato Zaini lagi.

Matanya mencerlung tajam ke arah Aishlyn dan Zaquan. Aishlyn menunduk manakala Zaquan hanya memandang bapanya dengan mata yang dingin.

"Dato okey ke tak ni? Dato ingat tak? Dulu Dato bagi syarikat tu dekat saya sebab apa? Sebab dah di ambang kejatuhan kan? Dah nak muflis dah pun. But I managed, sekarang ni apahal you nak malu pula? You tak ada sumbangan langsung, function you nak malu? Nak tumpang nama I ke, Dato?" ejek Zaquan lagi.

"Saya tak malu pun. Saya CEO, tu syarikat saya. Kalau saya tak malu dengan tindakan si pembantu, Dato siapa ya yang saya perlukan pendapat Dato untuk buat keputusan?" provok Zaquan lagi.

"AKU BAPAK KAU LAH!!" Tengking Dato Zaini geram.

"Oh bapak. Sekarang baru mengaku bapak? You're funny... Father. Aku lagi rela mengaku kawan-kawan sibat aku tu as bapak daripada kau," bidas Zaquan dingin.

"Apa lebihnya mereka?!"

"Waktu kau jual aku tu... Kau tahu siapa beli aku? Diorang. Diorang baru umur 10 tahun kau tahu tak? Yet diorang kumpul duit sebanyak RM10,000 untuk beli aku daripada penjual organ tu. You could never," ujar Zaquan lagi.

Matanya bergenang mengingatkan peristiwa pahit zaman kanak-kanaknya itu.

Dato Zaini hanya merenung anaknya. Dia sudah tiada idea ingin menyerang sang anak!

"Masalah kita dekat sini dah selesai. Kesimpulannya, saya tahu apa yang terbaik untuk syarikat saya. Dan saya tak perlukan bantuan ataupun pendapat Dato, saya akan buktikan... Syarikat saya akan maju hingga dikenali serata dunia," ujar Zaquan lagi seraya bangun dari duduknya.

Begitu juga dengan Aishlyn.

"Zaquan, tunggu. Aku nak kau kahwin dengan Lily, lepastu aku tak akan kacau kau dah," ujar Dato Zaini lagi. Terhenti langkah Zaquan dibuatnya.

"Saya taknak dan tak berniat nak menghalalkan Lily," balas Zaquan malas. Berubah reaksi Dato Zaini.

"Kenapa?! Lily tu sempurna! Takkan kau suka orang yang bertutup litup macam ni?! Aku tak izinkan kau kahwin dengan orang yang macam dia ni!" hambur Dato Badrul sambil menunjuk ke arah Aishlyn.

Aishlyn pula yang bengang disitu. Lahh pakcik ni marah kita pulak! Besa dia tu! Melampau!

"Apa yang Dato tak suka tulah saya akan buat. Saya akan kahwin dengan perempuan sebelah saya ni sama ada Dato suka atau tidak! Keputusan saya muktamad."

"Dato dengar sini, mulai saat ini... Saya tak ada ayah. "

Zaquan terus keluar daripada rumah itu.

Aishlyn dan Dato Zaini ternganga. Dua-dua terkejut! Seorang terkejut kerana si anak melawan dirinya manakala seorang lagi terkejut kerana si bekas kekasih ingin mengahwini dirinya!

Aishlyn tak cakap banyak terus mengejar langkah Zaquan. Elok sahaja Aishlyn menutup pintu kereta, Zaquan terus memecut laju keluar daripada halaman rumah tersebut.

"T-Tuan okey tak?" soal Aishlyn sambil memegang tali pinggang keledar miliknya erat. Mana tidaknya, Zaquan memecut laju seperti mereka berdua mempunyai sembilan nyawa!

Tiba-tiba Zaquan menghentikan kereta itu di bahu jalan. Aishlyn pula yang resah, ha sudah ni apahal pulak ni kan?





Jeng jeng jenggg~!

🌸-arysffya-🌸

3|| EC: Lynquan's First Love ©️Where stories live. Discover now