Seorang lelaki berpakaian kerja lengkap yang berdiri dan memakai apron sedang menyapukan coklat ke arah roti kemudian memberikannya kepada seorang kanak-kanak yang sedang menggoyang-goyangkan kakinya di bawah meja makan.Kanak-kanak tersebut memakan roti tersebut dengan gelojoh menyebabkan lelaki tadi kurang senang dengan sikap kanak-kanak tersebut.
"Junho,makan roti tu perlahan-lahan la.Kan comot dah tu."kata lelaki tersebut sambil mengelap mulut kanak-kanak atau namanya,Junho menggunakan tisu.
"Mianhae appa."kata Junho lalu meneguk susu yang berada di meja tersebut.Lelaki tadi hanya tersenyum manis memandang Junho.Junho memudian memandang 'appa'nya itu.
"Good boy."kata lelaki tersebut sambil mengusap kepala Junho.Junho membetulkan cermin mata bulatnya.
"Appa,tak bosan ke kalau cuma kita saja dekat rumah ni?"rungut Junho sambil memuncungkan mulutnya.
"Maksud Junho?"tanya lelaki tersebut kurang faham dengan soalan anaknya itu.
"Maksudnya,Junho nak orang selain kita dalam rumah ni."terang Junho.Lelaki tersebut membuka apron lalu duduk di sebelah anaknya.
"Junho nak pembantu upahan ke?Nanti appa upahkan pembantu rumah untuk Junho.Tak payahlah papa bangun pagi-pagi untuk buatkan kamu bekal."kata lelaki tersebut.Namun,Junho tidak menunjukkan sebarang reaksi gembira.
"Appa,Junho nak omma la!"kata Junho sambil memandang lelaki yang sudah bingung itu.
"Ambillah isteri upahan,appa."kata anaknya lagi.Lelaki tersebut atau nama sebenarnya,KimJunMyeon atau lebih mudah Suho,sudah bingung memikirkan permintaan anaknya.Saban hari,semestinya Junho akan mengigau sambil mengatakan 'omma'.
Isterinya sudah menninggalkan mereka semasa melahirkan Junho.Sungguh Suho keliru untuk memilih isteri baru atau memduda selama-lamanya.Bukannya dia tidak mencuba,namun hatinya masih tertutup untuk wanita lain.Lagipun,dia masih muda.Bukan susah untuknya memilih wanita baru.
"Appa,janganlah termenung."kata Junho sambil menggoyang-goyangkan tangan appanya.Suho serta-merta memandang jam tangannya.
"Masa untuk tadika."kata Suho apabila melihat jam sudah menunjukkan jam 7:25pagi lalu dia mengambil beg kerjanya.Junho hanya membuntuti Suho sambil tangannya memegang beg sekolahnya.
_______________