Bab 4

305 22 0
                                    

"SERONOK dating?" Bahu Khalish sedikit terhinjut saat suara Khairina menegurnya dari belakang. Dia toleh dengan rasa hairan.

"Sejak bila pulak aku dating?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Reen cerita time lunch tadi kau ajak cikgu Nia kan?" Sebaik sahaja dia pulang ke rumah, mulut Nureen petah sahaja bercerita berkenaan apa yang terjadi tengah hari tadi.

Mendengarkan hal tersebut, Khalish rasa macam nak tampar dahi sendiri. Lupa pulak nak pesan kepada anak buahnya itu supaya tidak ceritakan langsung kejadian yang berlaku ketika makan tengah hari tadi.

Khairina menapak ke arah adiknya itu lantas tangan kanan Khalish ditarik. Tersentak Khalish jadinya. "Eh kau dah kenapa?" tanya Khalish hairan apabila melihat kakaknya itu seolah-olah seperti menilik sesuatu.

Dahi Khairina berkerut saat melihat objek yang masih lagi tersarung di salah satu jari jemarinya. Dihalakan objek itu tepat ke hadapan wajah Khalish

"Kau masih pakai cincin ni?" Tempoh tiga tahun telah pun berlalu, dia ingatkan Khalish sudah move on, tetapi kenapa cincin pertunangan itu masih kekal utuh di tangan? Khalish tarik tangan dari pegangan kakaknya itu.

"Kenapa? Tak salah pun kan?"

"Are you still not moving on?" Keluhan mula terbit keluar. Wajah Khalish dipandang.

"None of your problem."

"It's more than three years already Khalish. Akak rasa even dia sendiri pun nak kau move on, start find your own happiness." Dia tahu betapa besarnya cinta Khalish terhadap gadis yang pernah mengikat tali pertunangan bersama-sama dengannya itu, dan disebabkan itu lah Khalish bagaikan hilang arah saat wanita yang dicintainya itu maut dalam kemalangan jalan raya. Tetapi adakah adiknya ini akan selama-lamanya biarkan diri tenggelam dengan rasa cinta itu?

"I will handle this on my own way." Tidak memberikan ruang untuk Khairina berikan balasan, Khalish melintasi wanita tersebut, menapak menuju ke bilik. Rambut diraup ke belakang. Memikirkan semula ayat Khairina itu membuatkan tawa sinis terbit di bibir lantas keluhan diberikan.

Dia tahu sudah tiba masa untuk dia cari kebahagiaannya sendiri, tetapi entah mengapa sukar sekali. Sebaris nama tersebut seperti melekat kuat di hatinya.

Namun, tidak menyangka ada gadis lain yang mula menggoyahkan nama yang sekian lama terpahat di hati itu.

Haania...

Haania Aylin.

***

HAANIA labuhkan duduk di sebuah bangku kosong yang terdapat di taman rekreasi tersebut. Selesai sahaja kerja di sekolah, dia terus pecut ke sini. Penat? Sudah tentu, sebab itu lah dia datang ke sini untuk rehatkan kembali mindanya dengan mengambil angin luar.

Matanya tertancap ke sebuah ahli keluarga yang sedang duduk di bangku selang satu daripadanya. Segala adegan keluarga tersebut menarik perhatiannya, membuatkan pandangan matanya langsung tak lepas daripada memerhati. Mereka nampak bahagia.

Sangat bahagia.

Membuatkan timbulnya rasa iri dalam diri. Dia tahu dia tak patut berasa begitu, tetapi sungguh dia juga inginkan perkara tersebut. Sampai sekarang dia masih lagi tertanya-tanya kenapa ibu bapanya sanggup tinggalkan dia begitu sahaja? Ketika dia masih kecil dulu, soalan itu langsung tak pernah lekang di bibir dan sebanyak itu jugalah ibu tak pernah jemu dalam memujuknya.

Memikirkan ibu membuatkan bibirnya tersungging senyuman tipis. Sekurang-kurangnya dia punya ibu walaupun bukan ibu kandung. Sekurang-kurangnya dia patut bersyukur yang dia masih lagi ada tempat untuk berkasih sayang meskipun bukan dari pertalian darahnya sendiri.

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now