Di Rumah Encik Rashid ,Dayana menyusun buku mengikut jadual untuk hari Isnin.
Pintu bilik diketuk oleh Puan Rizani .Puan Rizani ini mengajak anak daranya untuk makan malam .
Ketukan pintu menandakan Puan Rizani ingin mengajak untuk Dayana dan keluarga mereka untuk makan malam .
"Sekejap Mama ,Dayana nak susun buku dalam beg "
"Cepat sikit.Tok Aminah ada dekat bawah dengan Zaidi "
"Serius Mama !!!"
"Seriuslah Dayana .Tok Aminah tengah tunggu kita untuk makan malam bersama -sama"
Sedih pula hati ini .Kalau aku ada buat salah mesti Tok Aminah baling barang yang berada berdekatan dengannya .
Zarifah Ridayana turun dari biliknya datang ke arah meja makan berdekatan dengan dapur .
Tok Aminah memandang ke arah aku dengan senyuman manis . Walaupun hakikatnya sebenarnya senyuman itu adalah senyuman menyeramkan untuk aku .
"Dayana mari kita makan sama.Lama tok Aminah tidak bersembang dengan kamu "
Riana memandang ke kakaknya baru saja duduk di kerusi bersebelahan Tok Aminah .
"Zani anak dara kamu makin lawa .Kamu tak nak ada menantu ke ?"
"Ibu ,Dayana baru nak ambil SPM.Rasanya biarlah dia buat apa dia nak .Zani tidak mahu dia stress"
"Bukan apa Zani .Ibu cadang nak jodohkan Dayana dengan Zaidi bila dia sudah habis belajar"
"Tok ,Zaidi rasanya tak perlu untuk paksa Dayana .Dayana mesti sudah pilihan hati."
Zaidi tidak mahu memaksa adik sepupunya untuk menerimanya .Dia tahu bahawasanya adik sepupu sudah ada pilihan hati .Razmir Fakhri jejaka pilihan hati Zarifah Ridayana .
Dayana hanya mampu berdiam mendengar permintaan Tok Aminah .
Hatinya tidak mahu dengan Zaidi kerana dia sudah menganggap Zaidi hanya sebagai abang sepupu tidak lebih dari itu .
"Dayana ....kamu tak nak berkahwin dengan abang Zaidi"Tanya Tok Aminah .
"Tok Aminah , Dayana nak fokus untuk SPM.Dayana tak nak fikir pasal perkara lain kecuali pelajaran saja .Harap Tok Aminah faham "
"Baiklah kalau itu jawapan kamu .Tok Aminah akan tanya soalan ini selepas kamu habis SPM "
Tiada kata-kata yang keluar dari bibir mereka .Mereka meneruskan makan malam yang masih bersisa .
YOU ARE READING
Dan Bila Esok Menjadi Kenangan Terindah
Truyện NgắnZARIFAH RIDAYANA -RAZMIR FAKRI Kisah cinta seorang gadis terhadap sahabat baiknya.Tetapi cinta tetap ada dihati walaupun jasad sudah bersemadi di atas tanah . (sad romance)