BAB 33

17.7K 358 69
                                    

Laila memandang dirinya di hadapan cermin. Sesekali dia berpusing ke kiri dan kanan kemudian dia mencebik mukanya. Tak sesuai. Macam perempuan jalang saja.

Kalau Nora Danish yang pakai mestilah cantik. Tapi kalau dia yang pakai, macam buruk saja. Laila mengomel seorang diri.

Baju yang dia pakai tadi dipandangnya. Takkan nak pakai balik baju tadi sebab baju itu sudah berbau asap ikan bakar.

Kenapakah Tasya belikan baju yang macam ini. Sudah la warnanya terang,  nanti kalau lembu tengok pun boleh kena kejar. Satu keluhan dilepaskan.

Tok tok tok "Laila."

Terkejut Laila bila pintu bilik air diketuk dari luar. Terbang semua semangat yang cuba dikumpul dari tadi. Dadanya diurut perlahan.

"Laila, kenapa lama sangat tu? Laila okey tak?"

"Laila okey. Laila sakit perut je." Laju Laila mencari idea. Mulutnya ditampar kerana sudah pandai menipu.

"Laila nak pergi klinik tak?" Tanya Tuan Mizan risau dari luar bilik air.

"Tak perlu. Sikit je ni. Kejap lagi Laila keluar." Laila mundar mandir di dalam bilik air. Macam mana dia mahu keluar dengan pakaiannnya sekarang. Nanti bukan dia yang kena pergi klinik tapi tak pasal-pasal Tuan Mizan yang menjadi mangsa.

"Jangan lama-lama sangat dalam bilik air tu. Sejuk." Pesan Tuan Mizan.

"Baik." Laila memandang mukanya di cermin lagi sekali. Mampukah dia keluar dengan berpakaian begitu? Berkemban di depan Tuan Mizan pun tak pernah, apatah lagi mahu menyarung baju seksa itu. Mahu saja dia menangis saat itu.

Laila menampar kedua-dua pipinya beberapa kali. Cuba diusir rasa malu dan digantikan dengan kulit muka yang lebih tebal. Segala macam jenis doa yang dibaca sebelum dia memulas tombol pintu.

Perlahan-lahan daun pintu dikuak. Hanya kepalanya saja yang mengintai keluar.

"Laila kenapa?" Soal Tuan Mizan pelik dengan tingkah laku Laila.

"Tak ada apa." Laila cuba mempamerkan air muka bersahaja dan membuka pintu lebih lebar. Kakinya melangkah keluar seperti tidak ada apa-apa. Tetapi debaran dada hanya Tuhan saja yang tahu.

Tuan Mizan yang sedang bersandar di kepala katil diam tidak berkata. Matanya tidak lekang memandang Laila.

Melihat Tuan Mizan yang hanya berdiam diri membuatkan keberanian Laila semakin goyah. Buruk kah dia memakai baju itu?  Mesti Tuan Mizan memandangnya pelik.

Malu dengan situasi tersebut, Laila kembali masuk ke dalam bilik air lalu pintu bilik air di tutup rapat.

Tuan Mizan bangun lalu mengetuk pintu bilik air. "Laila."

"Abang nak ketawakan Laila kan?" Laila bersuara sebak. Matanya mula bergenang dengan air mata. Sedih dan malu pada masa yang sama.

"Tak. Laila bukalah pintu ni dulu."

"Tak nak."

"Laila nak tidur dalam tu ke? Nak biar aku tidur seorang diri kat sini?"

Laila diam tidak bersahut.

"Laila, dah lewat ni. Pukul berapa Laila nak tidur?"

Perlahan-lahan Laila membuka pintu bilik air. Air mata dilap dengan tangan.

"Laaaa... Kenapa nak menangis pula ni." Tegur Tuan Mizan. Dia cuba menarik Laila yang menyorok di sebalik pintu.

Takut-takut Laila menapak keluar.

Tuan Mizan cuba mengawal senyumannya. Hatinya lucu melihat reaksi Laila begitu. Hidungnya digaru beberapa kali.

"Tengok, abang nak ketawakan Laila la tu." Laila mula merengek tidak puas hati. Matanya mula berkaca kembali.

SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)Where stories live. Discover now