Seminggu sudah pun berlalu dengan pantas rasa sekejap sahaja masa berlalu, Mariam masih menanti keputusan kerja yang dia minta dari Adyan. Dia masih memikirkan bagaimana mahu membayar hutang itu jika dia tidak dapat kerja yang di mohon, susah nanti.
"weh Mariam, kitaorang nak pergi mall engkau nak ikut tak? " ajak kawan serumahnya di Universiti, Mariam masih termenung di luar tingkap serabut memikirkan cara untuk membayar hutang tersebut sampai kawan mengajak dia tidak sedar langsung
"mar? Mar! Mariam Ayyesha aku tanya ni! " tersedar Mariam dari termenung dia terus menoleh ke arah Kawannya itu
"apa tadi mawar? " Mawar mengerutkan keningnya, dia hairan dengan perangai Mariam sejak kebelakangan ini nak kata Mariam sedih dengan keputusan perperiksaan tidak juga dia sendiri melihat keputusan Mariam lulus semua lagi.
"aku tanya kitaorang semua nak pergi mall kau nak ikut tak? " Mariam berfikir sebentar lalu dia angguk dengan laju, terus dia pergi ke almari untuk mengambil baju baharu, dia hanya memakai swetear , inner neck yang Kedua-duanya bewarna pic beserta seluar baggy jeans bewarna hitam, untuk rambutnya pulak dia hanya mengikat style bun supaya kelihatan kemas dan tidak serabut
Tiba sahaja di mall mereka terlebih dahulu mencari restoran untuk makan petang, Mariam hanya memerhati mulut masing-masing menguyah tetapi dia? Mulutnya bagaikan di gan tidak menguyah atau apa-apa maklum lah dia sudah menjamu nasi ayam pada beberapa jam yang lalu walaupun dia makan untuk makan pagi tetapi dia masih kenyang
"lepas ni nak pergi mana? " soal Mawar lalu menghirup air jus tembikai, Mariam yang melihat Mawar menyedut minuman tersebut tekaknya terus terasa kering bagai dek pasar di dalamnya
"tengok wayang jom? " ajak Layla
"boleh juga tu! " lepas sahaja Sofea setuju akan cadangan Layla mereka semua setuju kecuali Mariam, dia tidak memberikan apa-apa respon terhadap cadangan tersebut. Mereka semua menoleh ke arah Mariam yang masih tiada jawapan
"mar? Kau setuju tak? " Mariam terus angguk tapi perlahan seakan-akan geleng membuatkan lagi mereka berempat keliru dengan jawapan Mariam, mereka ambil jawapan Mariam sebagai ya malas mahu menanya balik kalau tidak karang semuanya keliru
Mawar mengerutkan dahinya sambil memerhatikan Mariam, dia tahu mesti ada yang tidak kena dengan gadis itu kerana sikap Mariam bukanlah seperti Mariam yang dia kenal, Mariam yang dia kenal banyak cakap dan mudah tersenyum malah tertawa tetapi sekarang semuanya hilang lesap begitu sahaja. Sambil matanya tertumpu pada Mariam matanya dengan tidak sengaja tertoleh pada seorang lalaki dan lagi seorang perempuan dan dia kenal sangat dengan muka dua orang itu,terus terangkat keningnya apabila dua orang itu berjalan sambil memegang tangan.
Mawar menyiku perlahan lengan Kayla yang duduk di sebelah nya sambil sedap menjamu spaghetti meatball
"kay,cuba kau toleh kiri kau" Kayla hanya memerintah permintaan Mawar sebentar tadi alangkah terkejutnya apabila melihat perempuan yang tadi meletakkan kepalanya di atas bahu lelaki tersebut, matanya membulat lalu menoleh ke arah Mawar dengan muka yang tidak percaya lalu kepalanya laju menoleh kearah Mariam
Mariam yang tidak perasan apa-apa hanya leka bermain dengan telefon bimbitnya apabila dia merasakan seseorang sedang perhatikan nya, matanya kini menoleh ke arah Mawar dan juga Kayla, mereka berdua yang dari tadi perhatikan gerakan Mariam tiba-tiba berlakon seperti sedang berborak apabila mata Mariam menoleh ke arah mereka
Mariam hanya tersenyum melihat perangai dua orang kawannya, dia hanya geleng kan kepala lalu matanya melilau di seluruh restoran tiba-tiba matanya terhenti pada seorang perempuan dan juga seorang lelaki, tanpa sedar telefon di tangannya jatuh ke atas meja membuatkan mereka yang tadi rancak berborak tiba-tiba terhenti apabila menoleh ke arah Mariam yang matanya jelas kelihatan berair

YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺 | hold.
Romance𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 𝐬𝐫. 𝟏 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐍𝐞𝐰 𝐑𝐞𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞! "𝑲𝒂𝒖 𝒋𝒂𝒏𝒋𝒊 𝒌𝒂𝒖 𝒕𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍 𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒖" -𝐌𝐚𝐫𝐢𝐚𝐦 𝐀𝐲𝐲𝐞𝐬𝐡𝐚 "𝑨𝒌𝒖 𝒋𝒂𝒏𝒋𝒊 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍�...