💫BAB 8💫

4.2K 250 16
                                    

Eldian dengan berpeluhnya memasak didapur untuk isterinya.

Siap sahaja hidangan ayam percik itu diletak di atas meja.

"Sunshine." Dengar sahaja panggilan itu Dhia segera bangun dari sofa ruang tamu dan berlari anak ke arah Eldian.

"Ha ha lari. Jatuh nanti siapa nak tanggung?" Kata Eldian. Dhia tersengih.

"Kalau Dhia jatuh abang sambut lahh." Kata Dhia sambil memeluk batang leher Eldian.

"Ye memang aku sentiasa sambut, tapi kalau tak sempat ha macam mana?" Kata Eldian tangan berlingkar dipinggang Dhia. Dhia tertawa kecil.

"Dah duduk ni makan. Maaf lah rupa dia memang cam sial sikit." Kata Eldian sambil menunjukkan ayam percik yang hangus sedikit.

"I don't care." Kata Dhia lalu melabuh punggung di kerusi meja makan lalu menjamah ayam itu.

Eldian memandang sahaja isterinya yang melahap ayam itu.

"Ermm sedapp." Kata Dhia terus menyambung makan.

"Pelik, ayam rentung gitu pun kata sedap." Kata Eldian perlahan.

"Abang nak?" Tanya Dhia. Eldian menggeleng.

"Fulamak bau apa yang rentung ni?" Fawwaz masuk bersama Adrian dan Yusof.

"Ye hawau. Bau sial." Kata Adrian.

Masing-masing melihat Dhia yang berselera makan ayam percik Eldian.

"Dhia, kau makan arang ke?" Tanya Yusof. Dhia mendongak memandang Yusof.

"Ayam percik lah." Kata Dhia.

"Ayam percik apa nii rentung semacam." Kata Fawwaz. Dhia menjeling.

"Suka hati saya lahh." Kata Dhia.

"Kau beli kat mana ni El?" Tanya Adrian. Eldian menjongket kening.

"Aku masak." Kata Eldian.

"Perghh patut cam sial." Kata Fawwaz lalu gelak bersama Yusof dan Adrian.

"At least ada orang appreciate makanan aku." Kata Eldian.

"At least aku masak tak rentung." Kata Fawwaz pula.

"At least aku hensem." Kata Adrian. Semua pandang Adrian.

"What?" Tanya Adrian.

"Apa kena mengena?" Tanya Yusof. Adrian menjongket kening.

"Jom lah main at least tu cam seronok je." Kata Yusof.

"Start lah." Kata Fawwaz.

"Erm at least aku tak pernah kena halau rumah lepas buat hal." Kata Yusof dengan bangga.

"At least aku bukan anak yatim." Kata Adrian.

"First blood." Bisik Eldian.

"At least aku tak menumpang harta orang."  Kata Fawwaz dengan sinis.

"Double kill." Kata Eldian.

"Bapak ah sampai hati ea?" Kata Yusof dengan nada sedih.

"Sampai jee. Sampai kaki pun boleh. Sampai kat muka kauu." Kata Adrian. Yusof mencebik.

"Abang dahh." Kata Dhia. Ayam percik itu habis dimakan.

"Pergi basuh tangan." Kata Eldian. Dhia mengangguk. Dengan perlahan Dhia bangun dan berjalan ke arah dapur.

"Dah macam penguin." Kata Yusof. Pantas Eldian menutup mulut Yusof.

Dhia memusing kepalanya memandang Yusof.

HIS PAST:ELDIAN AMIR(COMPLETE)Where stories live. Discover now