D1 - Describe your personality

9 1 0
                                    

Topik berat juga ni kalau nak ditulis. 10 minit berfikir dan aku ambil keputusan untuk mula menulis intro sebegini.
Orang kata, "Kita sebenarnya tak tahu pun personaliti diri kita sendiri, tapi orang disekeliling kita, tahu." 50% aku setuju dengan statement ni. Separuh lagi bagi aku sengih dulu.

Aku tak mahir dalam menganalisa diri sendiri. Tapi orang lain, ya. Aku suka mendengar yang lain bercerita tentang aku. Tentang aku. Semuanya. Dari situ aku akan kenal diri sendiri. Yang tak enak didengar aku tapis siap. 'Aku tak seharusnya begini, aku cuma perlu begini.' Habis, terima.

Susah jugak nak menulis tentang ni. Macam angkat bakul sendiri. Padahal mula pun tak lagi. Rasanya kena tukar list. Tapi takpelah. Ini untuk hari pertama. Harap tajuk hari esok lebih menarik untuk ditulis. Habis noktah ni tadi aku baru dapat 125 patah perkataan sahaja. Dan sekarang aku tak tahu apa yang patut aku tambah untuk cerita hari pertama. Kalau macam ni lah gayanya, challenge ni aku fail dah kut kan?

110823, 23:05

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 11, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

30 Days Writing Challenge Where stories live. Discover now