𝓡𝓲𝔃𝓑𝓮𝓵𝓵 1

173 19 0
                                    

𝒀𝒐𝒖'𝒓𝒆 𝒎𝒚 𝒔𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂.

HARRIZ menapak keluar dari kondominium miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARRIZ menapak keluar dari kondominium miliknya. Dia menuju ke lif. Butang lif ditekan. Setelah pintu lif terbuka, dia memboloskan dirinya ke lif tersebut.

Dia melangkah keluar dari lif setelah pintu lif terbuka. Kaki diatur ke arah parkiran superbike nya. Topi keledar dipakai sebelum menaiki superbike nya.

Dia menaiki Yamaha R15 miliknya. Yamaha R15 meluncur keluar dari kawasan kondominium tersebut. Dia membawa motor berkuasa tinggi itu menuju ke markasnya.

Setelah sampai , dia turun dari superbike miliknya dan dibuang topi keledar dari kepalanya. Seraya dia masuk ke suatu tempat yang agak mewah di kawasan yang sangat sunyi.

Seorang jejaka yang sangat dikenali oleh Harriz menuju ke arahnya. Harriz menapak ke arah sofa serta melabuhkan punggungnya pada sofa tersebut.

" Kau jumpa tak bangsat tak guna tu, Ghib? " soal Harriz sarkastik. Dia memandang ke arah kawannya itu.

" Aku dah jumpa location dia, cuma location tu macam dah kena hack sebelum ni. Kau faham tak Riz? " ujar Ghibran senada.

" Maksud kau, location yang kau jumpa tu, location yang diubah ke macam mana, Ghib? " Harriz berkata dengan nada yang tak berpuas hati.

" Yes, that's my point bro. " Ghibran menyandarkan tubuhnya pada sofa empuk itu.

Harriz berdecit geram. Tengku Carl Cullen menyapa kawannya, Harriz serta menghenyakkan punggungnya di sebelah Putera Ghibran. Manakala Tengku Cayden Cullen menapak ke arah sofa di hadapan Ghibran serta melabuhkan punggungnya pada sofa tersebut.

" Kenapa dengan Riz, Ghib? Ketat je muka aku tengok. " Tengku Carl memandang wajah sahabatnya, Ghibran. Kadang, dia mengintai si Harriz.

" Kau rase sebab ape bongok? " Ghibran menatap wajah Tengku Carl dengan panahan mata yang tajam.

Tengku Cayden hanya buat tidak endah sahaja. Malas ingin masuk campur. Baik tidur dari layan adiknya membuat ulah. Dia memejamkan matanya.

" Tak payah la marah kita, kita tanya je pun. Jange la maroh kito, kitonyo manjo. Cay, tengok Ghib marah aku. " adu Tengku Carl manja serta memalingkan wajah ke arah abang kembarnya.

Mukanya dimasamkam setelah melihat abang kembarnya melelapkan matanya. Lebih tepat lagi, tidur.

" HAHAHA, Cay tidur. Cay taknak layan kau. Lawak dowh. " Ghibran ketawa sakan. Wajah Si Carl cemberut.

" Benci la aku. Ada abang pun, macam takde abang. " Tengku Carl berlalu pergi dari situ dan melangkah ke arah tingkat atas markas itu. Ghibran masih ketawa sakan.

H | Mrs Harriz Danial Where stories live. Discover now