EC:NN39

1.9K 69 3
                                    

                             "KENAPA boleh ada dekat sini pulak ni?" soal Aishlyn apabila dia dan Zaquan sudah berdiri dihadapan sebuah butik yang menjual pakaian mahal.

"Esok ada apa? Majlis makan malam syarikat kan?" balas Zaquan.

"Lepastu? Apa kena mengena dengan aku? Aku dah berhenti," marah Aishlyn sambil menyilangkan tangannya.

"Betul la tu. Tapi aku tak anggap kau berhenti, aku anggap kau cuti. So, as my assistant, you have to help me pilih baju yang sesuai untuk esok," ujar Zaquan dengan sengihan.

"Err nope-"

"Err yes. Let's go, no choice," potong Zaquan sebelum lelaki itu melangkah masuk kedalam butik tersebut. Aishlyn menarik nafas dalam sebelum turut masuk kedalam butik itu.

"Tak faham apa yang kau cerewet sangat. You're a guy. Baju korang sama ja, apa yang kau nak suruh aku tolong pilih sangat ni?" bebel Aishlyn sambil mengambil tempat duduknya.

"Shut up, will ya? Aku pun nak bergaya jugak hek eleh," bidas Zaquan sambil membelek-belek jenis baju yang ada.

Aishlyn hanya menjongketkan bahunya sebelum menghidupkan telefon pintar. Sedang gadis itu ralit menonton video di Tiktok, ada tangan yang merampas telefonnya!

"No phones are allowed during my pilih-pilih baju session!" ujar Zaquan tegas sambil memasukkan telefon milik Aishlyn kedalam poket seluar miliknya.

"Kau ingat kau cikgu disiplin ke nak rampas-rampas phone orang?" soal Aishlyn jengkel.

"Ya memang. Sekarang ni, tolong aku pilih! Which one do you think suits me better? The black one? Or the blue one?" soal Zaquan sambil mengangkat penyangkut baju yang menyangkut dua jenis tuxedo itu.

Aishlyn meneliti baju itu.

"Hm... Hitam buat you nampak awam, biru tu not my taste," Aishlyn memberikan komen seperti seorang komentar yang profesional.

"Kau bangun pilih sekarang," arah Zaquan. Aishlyn menurut arahan bekas majikannya itu.

"I like this one. Warna ni buat orang nampak kaya, I don't know about you but I like this," ujar Aishlyn dengan senyuman sambil menghulurkan tuxedo yang berwarna beige itu.

Zaquan menyambut huluran Aishlyn.

"We'll take this one," ujar lelaki itu kepada pekerja butik tersebut. Aishlyn agak terkejut kerana Zaquan sangat cepat membuat keputusan padahal lelaki itu tidak memandang langsung tuxedo tersebut.

"Kau datang kan esok?" soal Zaquan sambil membayar pakaian miliknya itu.

"I don't think so-"

"Kau. Datang. Kan. Esok?" soal Zaquan lagi. Kali ini dia merenung tepat mata gadis itu.

"Ya, datang." Aishlyn mengeluh kuat manakala Zaquan sudah tersenyum senget.

Seronok membuli Aishlyn hari ini!

Seronok membuli Aishlyn hari ini!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
3|| EC: Lynquan's First Love ©️Where stories live. Discover now