Part 1

470 45 17
                                    

ENAM bulan sudah, kat ataih pangkin depan bendang...

"Orang dulu-dulu kata..."

Dahi aku berkerut. "Ke awak yang kata ni?"

"Dengaq dulu... Bagi salam kalau nak menyampuk."

Eh, dia ni...

"Orang dulu-dulu kata, bercinta biaq satu... Berkawan biaq seribu. Bahaskan. Betui ka tak betui?"

"Betui la... Apa yang tak betui?"

"Tak betui untuk kita."

"Untuk kita?"

"Kawan la ni bukan macam kawan dulu. Cinta la ni pun bukan macam cinta lagu dulu. Tak sama... Tak juga serupa."

Dahi aku... Berkerut-kerut.

Soalan tu bukan susah pun tapi, awat aku berkerut lagu nak jawab kepentingan sistem kardiovaskular pula ni? Masalahnya... Dah kenapa tiba-tiba Hafsham tanya soalan lagu ni pula?

"Apa yang tak sama?"

"Kalau teknologi pun ada beza... Takkan orang tak dak beza?"

Ah... Pening!

"Tengok macam kita. Kita masih berkawan. Tak dak apa pun yang berubah untuk kita."

"Tu sebab saya kata tak betui. Pasai kita langsung tak berubah. Masih juga berkawan. Awak... Tak nak ubah apa-apa tentang kita ka?"

"Ubah apa?"

"Manalah nak tau... Ubah daripada kawan biasa kepada hat luaq biasa?"

Aku terdiam.

Soalan Hafsham tu tergantung... Aku tak bagi apa-apa pun jawapan. Dia pun tak tanya. Lagipun, nak tanya apa?

Kawan tetap kawan...

Dah 34 tahun pun berkawan.

Nak ubah kepada apa?

Takkan lawan pula!

Aku tak daklah ada sampai seribu orang kawan tapi, dia satu-satunya kawan yang setia dengan aku. Dia selalu ada bila aku sedih. Teringat masa adik aku Deyna... Duk sakit. Aku teriak, dua pun teriak. Lagu Deyna tu adik dia pula.

Dan...

Dia juga ada ketika aku senang. Teringat masa dapat sambung bidang aku nak dan sewaktu aku dapat jadi doktor... Dia sangat gembira untuk aku. Macam dia pula yang jadi doktor!

Aku ada kawan perempuan yang lain... Tapi, tak serapat dan sebaik aku dengan Hafsham. Dialah kaunter untuk aku mengadu, untuk aku bertanya... Kaunter macam-macam!

Satu kampung ingat Hafsham tu marka aku. Tapi, aku dan dia... Tak pernah pun sampai ke tahap itu. Aku pun, tak pernah tanya dan dia pun tak pernah cakap. Cuma... Masing-masing selalu ada untuk satu sama lain. Lagipun, itulah seorang kawan yang patut buat kan? Sentiasa ada bukan aje bila perlu tapi juga bila mahu!

"Sorry... Sorry lambat!"

"Tak apa."

"Baru sampai ka?"

"Dak... Lama dah."

"Lama sangat ka? Sorry... Sorry. Motor ni... Dah lama tak start jadi payah nak start la. Jenuh!"

Hafsham menggelengkan kepalanya. "Masih lagi tak serik ka? Seronok jatuh motor?"

"Hesy, tak orang kampung la kalau serik. Motor ni... Walaupun cabuk dan buruk, ada sentimental value tau!"

Semua keluarga aku...

Mesti jatuh pertama kali dengan motor tu!

"Hmmm... Yalah tu. Kalau saya tau awak nak mai dengan motor ni, saya pi ambil awak kat rumah tak sat."

BELUM SAMPAI SERU!Where stories live. Discover now