Bab 3: Maaf

407 9 0
                                    

Cahaya masuk ke perkarangan rumah. Cahaya mengetuk pintu lalu dibuka oleh neneknya.

"Eh Cahaya , kenapa datang sini malam buta ni?" Tanya neneknya, Datin Sri Hajah Rodziah

Cahaya hanya diam.

"Ajak lah masuk dulu, awak ni pun" ucap Dato' Sri Haji Abdul Aziz

Lalu neneknya mengajak Cahaya untuk masuk. Cahaya masuk lalu berlutut dihadapan atok dan neneknya membuat kan mereka terkejut.

"Cahaya minta maaf sebab tak dengar nasihat atok ngan nenek." Lalu Cahaya menceritakan semua yang berlaku daripada Muaz dan Isya sehingga ke Edelis.

"Atok dah cakap dah tapi Cahaya tak nak dengar. Degil. Dah² atok dengan nenek maafkan tapi jangan buat lagi. Janji?" Ucap atok

"Cahaya janji" balas Cahaya.

"Jangan fikir lagi. Malam ni Cahaya relaks je, okay?" Tanya nenek

Cahaya membalas dengan anggukkan.

Cahaya masuk ke dalam bilik , terduduk diatas katil. Dia buntu. Lalu dia teringatkan Tuhan yang selalu bersamanya. Cahaya sedar yang dia telah jauh , jauh dari sang pencipta. Cahaya syukur kerana Muaz memperlakunya begini, sekurang kurangnya dia ingat kepada sang pencipta. Cahaya menangis lalu tertidur.

Keesokannya Cahaya demam, mungkin sebab hujan.

"Anak dara tak bangun lagi, dah pukul 10 pagi ni Cahaya oii. Bangun laa nanti tak ada orang nak masuk minang." Kata nenek ketika masuk ke dalam bilik Cahaya.

Neneknya menggoncang badan Cahaya dengan lembut.

"Cahaya ooo Cahaya. " Ucap nenek sambil membelai rambut Cahaya. Tanpa sengaja , tersentuh dahi Cahaya. Panas.

"Cahaya demam lah. Cahaya dengar tak?" Tanya nenek.

Cahaya hanya membalas dengan anggukkan. Cahaya kelihatan murung.

"Cahaya bangun lepastu mandi lepastu makan lepastu rehat. Okay?" Ucap nenek.

"K" Cahaya membalas dengan satu huruf sahaja.

Cahaya mendapatkan trauma baru.
Dia takut dengan situasi tersebut .





Bersumbang...
Jap jap aku blur.

Prof.Edelis Is My Husband [C]Where stories live. Discover now