EC:NN40

2.2K 72 8
                                    

                         "TAKPA, we'll fix this," celah Arya dingin sambil menarik tangan Aishlyn untuk ketandas. Sempat dia menendang lutut Zaquan ketika berselisih dengan lelaki itu.

"You sure it was an accident, bro?" soal Firdaus dingin sambil merangkul bahu Zaquan erat.

Tiba-tiba Luth Zaquan gugup.

"Y-Yes?"

"He said it was an accident, Firdaus. Which part of that sentence that you don't understand?" soal Ayana jengkel. Cemburu apabila melihat Firdaus seakan-akan berpihak kepada Aishlyn.

"And which part of our conversation that said I need your freaking opinion?" bidas Firdaus kembali. Terkejut Ayana dibuatnya apabila mendengar balasan si suami. 

"Okey... Aaa apa kata kita makan?" sampuk Naufal yang sedaya upaya mengawal situasi tersebut. Takut sekiranya ada yang berbunuhan didalam dewan ini.

Firdaus menjeling sang isteri sebelum mengikut para sahabat untuk duduk. Ayana turut mengikuti langkah suaminya dengan wajah yang cemberut.

Selang beberapa minit, Aishlyn, Arya dan Felisha kembali dari tandas. Sekali lagi semua mata tertumpu kearah Aishlyn memandangkan bajunya penuh dengan bunga mawar plastik yang ditampal diseluruh bahagian yang terkena air sirap sebentar tadi.

"Fulamak lawa siaa," puji Hariz. Rahangnya kalau boleh mencecah lantai kerana terpegun dengan kecantikan baju yang dipakai oleh Aishlyn.

"Oi mana kau dapat bunga-bunga ni?" soal Naufal hairan.

"Pasu." Arya membalas dengan selamba sebelum mengambil tempatnya disebelah Felisha.

Naufal pula memandang sekeliling. Kemudian barulah dia faham maksud Arya, gadis itu mencabut semua bunga perhiasan yang berada didalam dewan tersebut.

Pasu-pasu tersebut kini hanya tinggal batang dan daun sahaja. Bunganya sudah terlekat elok dibaju Aishlyn.

"Attention guys! Assalamualaikum and hai everyone! I'm Luth Zaquan the CEO of KZ's Holding. And I would like to share something with you guys!"

Suara Zaquan sedang berucap diatas pentas menarik perhatian mereka semua. Kelihatan Zaquan dan Lily sedang berdiri bersebelahan diatas pentas tersebut.

"Kami ada berita baik yang ingin kami umumkan," ujar Zaquan. Seisi dewan hanya senyap menanti bicara lelaki itu.

"WE'RE ENGAGED!!!" jerit Lily ceria selepas merampas mikrofon itu dari tangan Zaquan. Dia turut menunjuk sebuah cincin yang berada dijarinya.

Terus dewan itu hingar bingar dengan jeritan keseronokkan para pekerja dan tetamu.

"WOOO CONGRATSSS!!!" Ayana bangun dari kerusinya dan mulai menjerit seperti orang gila. Tangan juga ditepuk sekuat hati bagi menunjukkan sokongan kepada pasangan yang baru bertunang itu.

Enam daripada lapan bersahabat itu hanya membuat muka dingin. Aishlyn hanya minum air sirapnya dengan penuh anggun, Arya dan Firdaus merenung Zaquan bagai hendak tembus, Felisha memandang Ayana jengkel manakala Hariz dan Naufal pula sedang mengira semut.

"This party sucks," ujar Aishlyn sebelum bangun dari tempat duduknya. Malas ingin berlama-lama dimeja itu.

Aishlyn mengambil keputusan untuk mengacau bahagian makanan. Dia mencedok segala pencuci mulut yang ada disitu masuk kedalam pinggannya.

3|| EC: Lynquan's First Love ©️Where stories live. Discover now