Dua hari telah berlalu. Arfan kini masih berada di hospital untuk susulan lanjut. Panggilan telefon dan mesej yang diterimanya dari Humaira, tidak dibalas sama sekali. Dia tidak mahu Humaira tahu tentang keadaannya yang tidaklah terlalu teruk.
Arfan masih ditahan dihospital akibat tisu bahunya terkoyak selepas terkena dua das tembakan. Terasa seperti disayangi pula. Setiap hari akan ada yang datang melawatnya sambil membawa buah tangan. Tidak perlulah dia menghadap muka-muka orang atasan lagi buat masa ini.
Alhamdulillah, laporan kali ini bukan dia yang buat. Empat lagi sahabatnya yang mengambil alih. Syukur dapat kawan yang memahami keadaanya.
Komputer riba yang berada dihadapannya dipandang dengan rasa sebal. Mereka suruh Arfan yang masih dalam kesakitan ini untuk siapkan laporan? Sepatutnya memang dia, tapi takkan tiada rasa kasihan melihat tangan sahabatnya yang berbalut ni? Nak menaip macam mana?
"Alaa bro, selalunya kau yang buat laporan ni. Nak suruh kami yang siapkan? Format pun taktahu. Seorang cakap A, seorang lagi cakap B. Alih-alih tak siap laporan ni. Apa kata kau buat, nanti kita orang yang hantar?" dengan tiada rasa serba salah, Dylan berkata-kata. Nak mengelat laa tu.
Arfan mengeluh perlahan. Kepala digelengkan. Apalah nasib badan dapat kawan macam ni? Musibat punya kawan. Bukan nak tolong, lagi dibulinya.
"Pihak atasan ada kata apa-apa ke tentang operasi kita?" Komputer riba dihidupkan. Fail diambil dan dibelek sehelai demi sehelai.
"Nope. Mereka Cuma pesan untuk pastikan kau sihat seperti selalu. Senang mereka nak hantar kau pergi 'memburu' lagi." terkekek-kekek mereka mentertawakan Arfan.
Ini kalau tak difikirkan sakit yang ditanggung, memang kena ganyang sekor-sekor ni. Tunggulah dia sihat nanti, sekor-sekor dia luku kepala.
Hari ini merupakan hari pertama Humaira bekerja. Alhamdulillah. Siapa cakap nak jadi tukang masak senang? You need to go through a lot of things. Nampak mudah kan? Ambil kuali, senduk, gaul-gaulkan dan siap. Tapi tiada siapa yang memahami pekerjaan sebenar kami. Kebanyakan yang bekerja akan penat secara mental, tapi kami mental dan fizikal perlu kental kalau hendak bertahan lama dalam bidang ini.
Masih segar diingatan Humaira ketika abang saudaranya memandang rendah terhadapnya apabila dia memberitahu yang dia akan menyambung pelajaran dalam bidang seni kulinari.
'Apa ambik bidang tu. Sekarang nak masak tengok je Google. Senang. Tak payah belajar tinggi-tinggi kalau setakat nak masak je. Belajar sendiri. Jimat kos mak ayah kau. Tak perlu nak bayar sampai beribu. Membazir.'
Strength and growth come only through continuous effort and struggle. We all have dreams. But in order to make dreams come into reality, it takes an awful lot of determination, dedication, self-discipline, and effort
Ayat yang selalu dia terapkan dalam dirinya. Alhamdulillah, hari pertama Humaira bekerja berakhir dengan senyuman yang tak lekang. Mereka menerima baik kedatangannya. Syukur Allah permudahkan segala urusannya.
Telefon bimbit yang di genggam, dipandang dengan rasa gusar. Kemana dia pergi? Mesej tidak dibalas, panggilan telefon tidak diangkat. Kenapa dia mendiamkan diri?
Humaira mengeluh. Mungkin dia terlalu sibuk. Tapi dia masih tertanya-tanya. Apakah pekerjaannya?
Hari ini adalah hari yang dinantikan. Discharge! Bolehlah dia jumpa kekasih hati, pengarang jantung, intan payungku. Wait for me reina.
Setelah pihak hospital memberitahu tentang keadaannya yang semakin sihat, akhirnya dia dibenarkan pulang. Arfan bersiul kecil sambil berjalan menuju kearah kereta. Pintu kereta dibuka lalu memboloskan diri ke dalam kereta. Hanya satu tempat yang menjadi tujuannya. Damansara!
YOU ARE READING
The Resisted Love [COMPLETE]
RomantizmMuhammad Arfan Idraki x Humaira Fadhlia Pertemuan yang tidak disangka diantara penjaga keselamatan negara dengan seorang tukang masak mencambahkan lagi bibit-bibit cinta yang semakin mekar dihati. Siapa sangka, seorang jejaka yang berperwatakan tega...