"Welcome to my world, bidadari abang" tutur Faruq. Matanya tidak lepas daripada terus-menerus menikam bebola mata milik aku. Jelas terpancar kegembiraan di sebalik senyuman yang terukir pada wajahnya.
"Abang?" ulang aku perlahan. Senyuman teruja aku cuba sorokkan.
Mata aku melirik memandang tubuh tegapnya yang sedang mengenakan baju Melayu berwarna krim, sedondon dengan persalinan aku. Pertama kali aku melihat dia mengenakan baju Melayu. Jika sebelum ini dia kelihatan kacak, hari ini kacak dia tu extra.
"Yes. Abang. I think we should change the way we address each other. Malay love to adress their spouse abang-sayang right?" soalnya meminta kepastian daripada aku. Aku mengangguk.
Mujur sahaja ketika ini, tidak begitu ramai orang menumpukan perhatian pada kami. Masing-masing sibuk berbual dan merakam detik bahagia kami.
Tiba sesi photoshoot, photographer mengajak kami bergambar di luar masjid. Pada awalnya mereka mahu mengambil gambar di dalam sahaja namun ditolak secara baik oleh Faruq. Katanya dia tidak mahu mencemari kesucian masjid dengan pose-pose pengantin yang agak mesra.
Saat ingin mengambil gambar, Faruq mengambil kesempatan tersebut dengan menarik badan aku supaya berada di sebelahnya. Tubuh aku terasa kejung saat bahu kami bersentuhan.
"Call me abang" arahnya tiba-tiba. Matanya pula telah difokuskan pada kamera di hadapan kami.
Namun dek suasana yang agak riuh-rendah, kata-katanya kurang jelas pada pendengaran aku. Ketinggian aku yang hanya separas bahu Faruq memaksa aku mendongak untuk melihat wajahnya dengan lebih jelas.
Anak matanya aku cari, meminta penjelasan di sebalik kata-katanya.
"Huh?"
"You heard me, sayang" ujarnya. Mahu sahaja tubuh aku mencair di situ apabila dia memanggil aku sayang.
"Panggil apa doc..."
Belum sempat aku menghabiskan ayat, pinggang aku dirangkul lagi sekali dan kali ini lebih erat. Tindakan drastiknya itu memaksa aku menahan tangan di dadanya untuk mengekalkan jarak di antara kami. Buat beberapa detik, mata kami bertentangan antara satu sama lain.
Kami masing-masing tenggelam dalam dunia kami tanpa menyedari keadaan sekeliling.
Klik
"Nice shot!"
YOU ARE READING
Mrs Faruq (E-Book)
RomanceAyana, gadis kampung yang menjadi mangsa dera ibu dan kakak tirinya. Kerana satu kejadian, dia dihantar ke hospital sakit jiwa. Namun, tidak pula dia menafikan bahawa dia tidak mempunyai masalah mental. Ayana tidak membenci keluarga tirinya namun di...