Bab 5

297 20 1
                                    

HAANIA melangkah masuk ke dalam kedai buku. Dia merasakan dia perlu mencari bahan yang baharu untuk mengajar para pelajarnya. Bahagian 'Sekolah Rendah' dituju lantas buku latihan bagi subjek Matematik dicari.

Dibelek satu persatu buku yang ada sebelum dia mengambil dalam beberapa buah yang menarik perhatiannya. Sebelum dia menapak menuju ke kaunter, sempat Haania melencong ke bahagian yang menempatkan novel Bahasa Melayu. Sudah lama rasanya dia tak baca novel sebegini. Kali terakhir dia baca ketika di sekolah menengah. Itu pun pinjam dari perpustakaan sekolah.

Nak beli sendiri duit tak ada sangat. Masuk sahaja ke alam pengajian tinggi, minatnya itu terus terkubur. Dibelek satu persatu novel yang ada. Saat matanya tertancap ke sebuah novel yang berkulit berwarna putih, Haania cuba capai, namun ada tangan lain juga yang turut ingin mengambilnya. Spontan Haania tarik semula tangan.

"Oh awak nak ambil ke? Ambil la dulu." Lelaki itu bersuara sambil tersenyum ke arahnya. Haania pula hanya angguk. Objek itu dicapai sebelum lelaki itu turut mengambil cetakan lain yang terletak di belakang buku yang diambilnya itu.

Jarang nak nampak lelaki baca novel. Dia lihat lelaki itu memandang belakang objek tersebut dengan skrin telefon bersilih ganti.

"Awak baca novel jugak ke?" Mulutnya tiba-tiba sahaja ramah bertanya.

"Oh tak la. Saya beli untuk kakak saya..." jawab lelaki itu sambil membelek buku di tangan. Haania hanya anggukkan kepala. Seronok betul ada orang belikan novel, atau lebih tepat lagi, seronoknya bila ada keluarga.

Bibir Haania melorek senyum tipis. Haih, sampai bila-bila pun, hatinya tetap akan rapuh bila memikirkan hal yang satu itu. Tetapi walau bagaimana pun, dia tetap harus bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia dibesarkan di tempat yang dapat menggantikan kasih sayang yang lama dia idamkan.

Lelaki itu menundukkan sedikit kepalanya sambil tersenyum, memberi isyarat untuk beredar pergi. Dia turut lemparkan senyuman. Sebaik sahaja lelaki itu melangkah keluar, dia turut bergerak ke kaunter untuk melakukan pembayaran.

***

"BELI buku ke buat buku?" Khalish terus menyerang dengan soalan sebaik sahaja Hadeef muncul di tempat pemandu. Lelaki itu ketawa. Plastik berwarna putih itu diletakkan di bahagian belakang.

"Tak jumpa cari."

"Habistu yang kau beli tu benda apa?"

"Oh buku yang akak aku nak la. Aku pergi tanya pekerja dia."

"Oh..." Hanya itu yang meluncur keluar dari mulut Khalish. Dia yang baru sahaja ingin tunduk memandang skrin telefon, terbantut apabila matanya menangkap susuk tubuh yang sangat dia kenali, melangkah keluar dari kedai buku.

"Haania?" Bisiknya perlahan tetapi dapat didengari oleh telinga Hadeef. Lelaki itu turut pandang ke tempat yang dilihat oleh Khalish.

"Kau kenal ke dia?"

Khalish alihkan pandangan. Eh dengar pulak dia sebut nama perempuan tu. Telinga lintah ke apa? Padahal dia sebut perlahan sahaja.

"Boleh lah. Dia cikgu dekat tempat akak aku mengajar jugak," jawabnya ringkas. Mulut Hadeef sedikit membulat lantas pemanduan dimulakan.

"Oh aku jumpa dengan dia jugak tadi dalam kedai. Cantik jugak dia..." pujinya. Khalish yang mendengar, terus menjeling.

"Haih Deef. Jatuh cinta ke?"

Hadeef ketawa. Kenapa dia merasakan bahawa soalan Khalish itu berbaur cemburu? "Tak la, aku puji je. Tapi entah kenapa aku rasa macam dah lama kenal dia..." Apabila dia berdiri berdekatan dengan gadis tersebut, seolah-olah terasa seperti mereka sudah lama berkenalan.

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now