CHAPTER 5~EXO, EMOSI, EXAM!

335 22 0
                                    

*NO ONE POV*

Jin berjalan ke bilik Kiara. Dia sudah dapat mengagak sesuatu yang buruk bakal berlaku sebaik sahaja appanya sampai. Jin mengetuk pintu bilik Kiara. KNOCK!!! KNOCK!!!

"Masuk." Kata Kiara dari dalam bilik. Jin memulas tombol pintu.

*JIN POV*

Aku masuk ke dalam bilik Kiara dan nampak dia sedang termenung diberanda. Aku menghampiri Kiara. Kiara sedang mengesat air matanya.

"Noona nangis ke?" Soalku.

"Taklah. Mana ada nangis." Kata Kiara.

"Kalau tak tahu menipu, tak jadi jugak. Jin tahulah noona nangis." Kata Jin. Kiara ketawa kecil.

"Noona ketawa?" Soalku pelik.

"Memang noona tak boleh simpan apa2 dari Jin, kan." Kata Kiara.

"Mestilah. Well, noona, beza umur kita setahun je kot." Kata Jin.

"Setahun ke?" Soal Kiara.

"Okay, fine. Setahun dua bulan. Noona bulan 10, Jin bulan 12." Kiara ketawa kecil.

"Noona gwenchanayo?" Soal Jin.

"Nae, gwenchanayo." Jawab Kiara.

"Noona janganlah amik hati dengan appa tu. Noona kan tahu appa memang macam tu." Kata Jin.

"Noona tahu. Tapi noona tak fahamlah. Kenapa appa tu suka sangat cari pasal dengan noona. Padalah noona tak kacau dia pun." Kata Kiara. Aku diam. Tak tahu nak cakap apa.

Aku mengaku, sejak appa berubah sikap lepas kahwin dengan omma dulu, noona cuba untuk jauhkan diri dari appa. Dan appa pulak tak habis2 cuba untuk sakitkan hati noona. Aku sendiri tak tahu kenapa.

Kalau sebelum appa kahwin dengan omma, Kiara rapat sangat dengan appa. Tapi, sejak peristiwa tu, dia orang sering gaduh.

Aku memandang langit dan tiba2, DUNG!!! Bunyi guruh yang kuat.

"ARGHHHH!" Jerit noona dan terus memelukku. "Noona, jom masuk." Ajakku dan kami segera masuk ke dalam bilik. Kami duduk dihujung katil. Bunyi guruh dan kilat silih berganti dengan bunyi hujan yang jatuh pada atap rumah. Noona memelukku rapat. Aku memeluk Kiara untuk menenagkan dia. Tapi makin kuat dia memelukku.

DUNG!!! DUNG!!! "OMMA!!!" Jerit Kiara ketakutan. Tiba2, omma masuk ke bilik. "Ara, gwenchana?" Soal omma. Kiara memeluk omma pula. Omma membalas pelukan Kiara sambil menggosok2 belakang badannya. "Gwenchanayo. Omma ada dekat sini. Jeosiman." Kata omma cuba untuk menenenagkan Kiara.

"Heh! Hujan pun takut. Aku ingat berani sangat." Kata appa yang berada dihadapan bilik sambil berpeluk tubuh dan kemudian, berlalu dari situ.

"Omma tidur dengan Ara malam ni." Kata Kiara.

"Yela. Omma tidur dengan Ara malam ni." Setuju omma.

"Jin pun tidur dekat sini boleh?" Soalku.

"Boleh, sayang." Kata omma. Aku senyum.

Malam itu, kami bertiga tidur bersama diatas katil Kiara. Kiara tidur diantara aku dan omma sambil memeluk omma.

Kiara memang selalu dimanjakan oleh omma. Jadi, dia amat manja dengan omma. Setiap kali hujan, omma pasti akan datang ke bilik Kiara menemani Kiara.

-keesokan harinya-

*NO ONE POV*

Aku pergi ke sekolah seperti biasa tetapi tidak seperti selalu kerana pagi tadi aku datang bulan. Jadi, aku sedikit moody.

LOVE FATE (EXO Baekhyun ff)Where stories live. Discover now