34

240 18 0
                                    

Dari pagi subuh sampai lah ke petang, Farrel muntah teruk lepas makan salad timun subuh tadi. Aresya mula rasa serba salah melihat Farrel keluar masuk tandas untuk memuntahkan isi perut.

"Abang okay ke?" Soal Aresya. Ini kali ke berapa dia tanya. Setiap kali Farrel keluar tandas, mesti dia akan tanya.

"Okay sayang" dan itu jawapan yang keluar dari mulut Farrel. Cakap je okay tapi badan member dah lembik. Farrel jatuhkan badan lemah atas katil. Kepala diletak pada perut Aresya.

Jari jemari Aresya bermain di rambut Farrel. Mata terpejam saat rasa selesa dengan usapan Aresya. "Resya minta maaf abang"

"Takpa sayang. Abang juga yang nak makan" gumam Farrel lemah. Dia tiada tenaga untuk bercakap. Tekak masih terasa lagi timun salad tu.

"Abang tak nak makan ke?" Soal Aresya risau. Dari pagi tak makan sebab kerap muntah. Farrel geleng tak mahu. Dia rasa kalau dia makan lagi muntah.

"Tapi abang tak makan apa-apa lagi harini? Nanti perut kosong" pujuk Aresya lagi. Kepala mengintai wajah Farrel diperut. Tiba-tiba baju nya terasa basah.

Eh air apa pula ni?

"Ya Allah abang menangis ke?!" Jerit Aresya terkejut. Esakan Farrel jadi kuat. Entahlah. Tekak dia sakit sebab muntah banyak kali. Perut rasa lapar nak makan tapi tekak tak bagi kerjasama untuk dia makan.

"Abang lapar tapi.. tapii" Aresya kemam bibir dari ketawa. Buruk rupa kalau suaminya nangis. Macam budak-budak tak dapat makan gula-gula.

"Okay okay, dah lah. Tak nak nangis. Abang teringin nak makan apa? Resya masakkan" pujuk Aresya. Jatuh kesian pula tengok. Sampai menangis pulak tu.

"Tak nak apa-apa. Nak you je" rengek Farrel lagi. Pelukan dipinggang makin erat. Aresya mengeluh perlahan. Jari nya kembali mengusap rambut Farrel sehingga dengkuran halus kedengaran.

"Haihh abang. Manja macam budak-budak"

⋆⋅☆⋅⋆

Aresya kacau sup dalam periuk sekejap sebelum tangan bergerak memotong lobak merah untuk masukkan ke dalam periuk.

Dia masakkan sup ayam untuk Farrel. Kalau dah semua benda tak mahu. Sedang dia potong lobak, terasa pinggangnya dipeluk seseorang. Tak toleh pun tahu siapa.

"Kenapa you tinggalkan abang sorang kat atas?" Ada nada rajuk dalam suara. Aresya sengih kekok. Tangannya mengusap lengan Farrel dipinggangnya.

"You masak apa? Sedapnya bau" puji Farrel. Perut yang tadi tak terasa lapar, terus menjerit minta di isi.

"Sup ayam untuk abang. Mummy bagitahu, abang kalau sakit suka hirup sup ayam" terang Aresya. Sebelum masak, Aresya menelefon Puan Firah untuk tanyakan tentang Farrel.

Aresya dapat bebelan sikit bila cerita yang Farrel makan benda pelik. Dia pun terpalit sama sebab dia yang buat.

"Thank you sayang." Pipi Aresya dikucup sekilas.

"Abang pergi duduk. Nanti dah siap, Resya bawa ke depan. Nak tunggu carrot ni lembut" arah Aresya. Farrel akur dengan arahan Aresya. Dia pun tak adalah larat sangat nak berdiri lama.

Satu sudu sup dia hirup untuk pastikan cukup rasa. Setelah puas hati, perlahan-lahan dia letakkan sup dalam mangkuk dan satu pinggan nasi. Kut kut lah nak makan nasi.

"Abang, bangun makan" kejut Aresya. Bahu Farrel digoncang lembut buatkan Farrel celik kan mata. Farrel bangun dari baringan dan tenung Aresya yang tengah tiup sup.

"Abang nak nasi atau nak hirup sup?" Soal Aresya.

Farrel tenung pinggan nasi serentak itu dia tunjuk pinggan. Tanda mahu makan sup bersama nasi.

"Aaa" satu sudu nasi disuap ke dalam mulut Farrel. Terus hilang rasa loya tadi. Sedap betul sup ayam yang Aresya buat. Sedar tak sedar, satu pinggan nasi habis.

"Sedap yang. Nak nasi lagi" pinta Farrel. Segera Aresya bangun untuk menambah nasi.

Aresya senyum manis. Rasa senang hati sebab Farrel habiskan hampir 3 pinggan nasi.

⋆⋅☆⋅⋆

Mata Aresya tertacap pada Farrel yang baru keluar dari tandas. Jangan risau kali ni bukan sebab muntah. Baru lepas gosok gigi dan cuci muka sebelum tidur.

"Loya abang dah okay?" Soal Aresya. Dia masih risau. Bukan sekejap Farrel rasa loya mahu muntah.

"Dah okay. Thanks to sup ayam yang sayang masak. Mujarab betul" Farrel ambil tempat duduk tepi Aresya. Pinggang Aresya dipeluk kemas. Bauan Aresya dihirup dalam.

"Hehe sedap kan sup ayam tadi. First time Resya masak sup ayam sesedap tu. Mungkin risau dengan keadaan abang" balas Aresya sambil tersengih.

"Siann somi saya ni muntah-muntah" kata Aresya lagi. Pipi Farrel dia usap dengan penuh kasih sayang. Farrel mecebikkan bibir.

Tawa Aresya meletus tatkala Farrel cebikkan bibir. Dada Farrel dipukul lembut. Mengada-ngada lah. Farrel ketawa sama.

"Ohh sayang. Abang lupa nak bagitahu you yang hujung minggu ni kita akan balik rumah tok tau. Ada kenduri tahlil untuk arwah atuk" mata Aresya membulat. Balik kampung? Wahh dia sukaa.

"Balik kampung?!" Jerit Aresya teruja. Yay balik kampung. Sepanjang 20 tahun dia hidup, tak pernah dia jejak kaki ke kampung memandang arwah ibu dan abah anak yatim piatu.

"Ya sayang. Kenapa you suka sangat ni?" Soal Farrel lalu tergelak kecil. Kelakar betul tengok reaksi Aresya. Balik kampung je pun, excited dia macam nak pergi korea!

"Mestilah abang. Resya tak pernah balik kampung sebab takda kampung. Teringin nak tidur kat rumah kayu!" Ujar Aresya lagi.

"Wow, nasib you baik sayang sebab rumah tok masih rumah kayu"

"Ehee tak sabarnyaa!" Luah Aresya. Tak sabar nya nak duduk rumah kayu, mandi air sejuk pagi pagi. Arghh.

Farrel tersenyum nipis melihat senyuman lebar Aresya. Nampak sangat teruja tapi satu hal yang buatkan hati Farrel berat mahu bawa Aresya pulang ke rumah tok.

Dan dia berharap, apa yang difikirnya takkan terjadi.










TO BE CONTINUE..

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now