"Aku terima nikahnya Nur Delisha Maddlyn binti Wafiz dengan mas kahwin 100,000 ribu ringgit tunai."
Air mata mengalir laju dek duka yang melanda jiwa. Delisha cuba mengikhlaskan hati menerima takdir yang tersurat. Berat, sangat berat.
Jujur dia juga tidak pernah bermimpi untuk bersuamikan lelaki kacukan Itali yang kaya raya. Realiti kini ditelan kesat, dia tersedar sejenak bahawa jejaka elok dan berupa di depan mata telah menjadi suaminya yang sah.
Antara beruntung atau malang, dia tidak pasti. Di benak kepalanya, family is everything even they're not related by blood. Dia lemah apabila keluarga angkat kesayangan yang akan menjadi mangsa jika dia menolak pinangan itu.
Cincin bertakhta berlian yang bersinar indah tidak langsung menarik perhatian. Dia tahu cincin itu bukan seribu dua. Tapi dia juga tidak faham dengan orang kaya. Padahal saiz permata berlian itu sangat kecil. Mungkin makin kecil makin sadis harganya.
Doa diamin dengan hati yang lapang. Air mata diseka. Kini lelaki itu sudah betul-betul duduk di depan untuk menyarungkan cincin. Jari halus dihulur, lalu cincin disarung di jari manis. Kini dia sudah selamat menjadi isteri kepada Noé Valentino. Jejaka tampan yang juga merangkap pemilik tunggal Valentino Group (VG). Tangan sasa itu digenggam erat, dan dikucup lama. Delisha tidak berani untuk memandang ekor mata encik suami. Bila dia mengimbas kembali tragedi dia diugut atau lebih tepat dipaksa berkahwin, rasa nak hempuk je kepala sang suami. Sabarla kau Del! Dah ni nasib kau!
Kepala didekatkan ke telinga,"Lama lagi ke kau nak cium tangan aku ni?!"bisikan halus kedengaran di telinga kanan Del. Menangis hatinya dalam diam.
Cepat-cepat Delisha melepaskan tangan Noé. Senyum meleret lelaki itu. Ubun-ubun Delisha dicium lembut. Kucupan lembut itu mampu membuat Delisha membatu. Dia juga turut mendengar debaran di dada sendiri dengan jelas. Allahu, dah kenapa aku nak berdebar pulak ni?!
Senyuman dihadiahkan oleh Noé buat isteri. Hish, cair pulak...Delisha terpesona seketika. Reaksi seolah-olah malu kucing. Gaya macam aku dengan dia bercinta bagai nak rak. Tapi di mata keluarga angkat, sungguh mereka ibarat cincin dengan berlian. Mereka cukup gembira dengan pilihan hati Del. Mereka langsung tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku antara dua hati itu. Yang merana, hanya Del seorang.
Seusai majlis itu, nasi minyak dijamu untuk para tetamu yang sudi hadir ke majlis yang serba sederhana. Kak Aisha merangkap kakak angkatnya menangis sambil memeluk Del. Tiba-tiba sentimental pulak. Ucapan barakallah tidak pernah lekang dari mulut. Sungguh bahagia yang mereka rasakan tapi tidak bagi Delisha.
"Del, kau jaga lah suami kau elok-elok tau. Ingat Syurga di bawah tapak kaki suami."pelukan dieratkan lagi. Sayu hati Delisha akan nasihat kakak.
"Inshaallah Kak. Terima kasih sebab jaga Del macam adik akak sendiri." Air mata mengalir lagi.
"Del takkan lupakan jasa Kak Aisha, Ummi dan Baba. Abang Nawwaf sekali, sampai mati Del akan ingat orang yang selalu support Del."pelukan dileraikan.
Dari jauh, wajah Baba dan Ummi dipandang sepi. Baba dan Ummi bagai lipas kudung melayan tetamu yang hadir. Di keramaian itu, Delisha menitip doa buat mereka berdua agar mereka diberi kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.
"Jauh termenung nampak!"tegur Noé. Matanya ralit memerhati raut wajah Delisha dengan teliti. Terkejut Del. Sungguh tiada cacat cela pada wajah bidadari yang sah menjadi miliknya.

YOU ARE READING
Amina mia: the White Angelo
Romance"Amina mia: the White Angelo" means My soul: the White Angel. Noé Valentino, seorang jejaka tampan kacukan melayu-Itali yang sangat terkenal di pelosok dunia kerana tersenarai 10 orang terkaya di dunia meskipun umurnya baru mencecah 26 tahun. Pemili...